Rate

BAB 4

Drama Completed 514

Cikgu Wan dijemput datang ke rumah Saiful , ayah kepada Bibi dan Tishan . Dia mahu mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya mendidik anak – anaknya sehingga menjadi pelajar yang cemerlang.

Sebaik sahaja tiba dipintu pagar, Mak Eton yang merupakan orang gaji mereka, membukakannya untuk Cikgu Wan .

“Terima kasih Mak Jah ” senyum Cikgu Wan . Berkerut dahi Mak Eton mendengarnya tetapi dia dapat menangkap akan kekeliruan Cikgu Wan tadi.

“Jemput cikgu. Silakan duduk. Tatiana , ambilkan minuman untuk cikgu ni ye , sayang” senyum Saiful pada isterinya,. Tishan dan Bibi terus duduk di sebelah cikgu Wan . Mak Eton datang dengan menatang dulang berisi air teh sebelum mereka semua makan tengahari.

Dengan niat mahu berbudi bahasa, Cikgu Wan memuji Mak Eton dihadapan Saiful dan Tatiana .

“Tak sangka Mak Jah ni pandai mengajar” senyum Cikgu Wan .

“La... belajar sampai Ireland takkan tak tahu mengajar, cikgu” gelak Tatiana . Cikgu Wan terdiam. Dia berkata – kata sendiri di dalam hati...

Biar betul orang gaji pun ada kelulusan luar negara!. Kaya sangat ke diorang ni. Kesian mak Jah ni,.... belajar sampai luar negara tapi jadi pembantu rumah je. Hmmm.... nasib manusia, siapa yang tahu...

“Kenapa sedih pula muka cikgu ni?” Saiful menyoal apabila melihat riak wajah Cikgu Wan yang kelihatan sedih.

“Makcik tak minta kerja korporat ke?” soal Cikgu Wan sebaik sahaja Mak Eton menuang teh di hadapannya.

“Eh,..... cikgu! Tak layak makcik nak kerja macam tu. Membaca pun terkial – kial ni” gelak Mak Eton

Ish... terkial – kial baca pun boleh belajar luar negara!!!!... makin pening kepala Cikgu Wan .

Saiful dapat mengagak seribu persoalan yang sedang bermain di fikiran cikgu Wan . Dia gelak besar apabila melihat Cikgu Wan memandang Mak Eton hingga lenggok pembantu rumahnya hilang dari pandangan.

“Bibi ... pergi panggil Mak Jah ” arah Saiful .

“Eh.. tak mengapa... tadi baru sahaja dia tuang air. Penat dia” senyum Cikgu Wan . Kali ini Tatiana pula bantai gelak.

“Mak Jah !!!!!!!” jerit Bibi .

“Saya . kenapa sayang?” sahutan dari tingkat atas itu membuatkan Cikgu Wan terkedu sambil tangannya masih menatang piring cawan.
Hampir terjatuh cawan yang sedang dipegangnya saat melihat Mak Jah berada di hadapan matanya.

“Hmm... inilah Mak Jah yang betul. Tadi tu mak Eton . Tak pernah sekolah pun. Namanya sebenarnya Halimatus Saadiah. Anak – anak saya panggil dia Mak Jah ” terang Saiful .

Cikgu Wan sudah berubah wajahnya. Malunya tak usah cerita....

“Awak Mak Jah ?..... tak padanlah dengan wanita secantik awak nama tu...” rungut Cikgu Wan . Saiful berdehem dan mulut Cikgu Wan terus terkatup.
Kenapalah mengelirukannya hingga begitu sekali. Tapi apa pun, senyuman dan renungan Mak Jah terhadapnya mengubat perasaan malu tadi..

Esok start misi ngurat Mak Jah !!!!!!!!!!!!! Jerit Cikgu Wan di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience