BAB 2

Romance Completed 4705

Ramai juga yang datang membeli kuih tradisional negeri Kelantan itu hari ini.

Ayuni menghulurkan dua plastik yang berisi air soya dan kuih tersebut kepada pelanggan di hadapannya itu.

“RM7semuanya…” Lelaki itu terus mengeluarkan wang dari dompet dan menyambut plastik itu setelah diberitahu oleh Ayuni harga pembeliannya.

“Daripada cik tengok dia, baik cik tengok saya ni. Apa kurangnya saya ni? Kacak lagi daripada Arman tu.” Lelaki itu mengenyitkan mata kirinya lalu berlalu pergi.

Eeeiii! Gelinya aku dengan dia ni! Agak-agaklah nak mengurat pun. Lepas membebel jugak yang dipilihnya. Nak kata kacak, jauh sekali dengan Arman tu.

“Dik, giliran aku pulak yang jual. Timeaku dah masuk ni. Dah pukul 5. Lainlah kalau kau nak sambung lagi.” Diandra yang ralit berehat sambil menunggu giliran menjual, datang menyapa Ayuni.

“Tak ada maknanya. Aku pun letih jugak ni,” sahut Ayuni lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan. Diandra pula menggantikan tugas Ayuni.

Ayuni mengurut-ngurut bahunya yang terasa lenguh. Bekerja dua jam sekalipun, pastinya meletihkan kerana di pasar ini tentunya penuh setiap hari.

Dia fikir mungkin dia mampu berehat seketika. Lagipula, gilirannya untuk bekerja ada dua jam lagi.

Perlahan-lahan, matanya dilelapkan setelah kedua-dua belah lengannya diletakkan di atas meja bagi dijadikan pengganti bantal.

“AHHH!!!”Jeritan itu mengejutkan Arman. Astaghfirullahalazim… Kenapa dengan minah ni? Buka aje mata dah menjerit macam kena histeria. Tapi comel pulak pipi dia ni, geram pulak aku nak mencubitnya. Hehehe…

Ayuni segera berdiri. Siapa yang tidak terkejut jika saat membuka mata, ada wajah seorang lelaki yang berada dekat dengannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience