BAB 4

Romance Completed 4705

“Akak yang suruh saya kejutkan dia, saya buat. Kak Diandra, masa akak pergi ke tandas lagi saya kejutkan dia ni. Sampai akak keluar tandas pun dia tak bangun-bangun jugak. Pelanggan dah ramai, saya pulak yang jadi macam ni. Saya tak ambil kesempatan pun kat dia, kan kan kan?” Arman berpaling ke arah para pelanggan yang beratur untuk membeli.

Semuanya mengangguk setuju dengan kenyataan yang diberi oleh Arman.

Pipi Ayuni terasa berbahang. Baru dia perasan bahawa lelaki yang berada di hadapannya itu ialah Azhan Arman! Betulkah?

Aduhai, bagaAzra a ni? Tak pasal-pasal sahaja dia menempah klinik untuk lelaki itu.

Mujurlah dia diberi kenyataan yang cepat, kalau tidak mahunya lelaki itu dibelasah cukup-cukup.

Diandra memandang ke arah Ayuni. “Kau ni kan… Kalau tak buat hal memang tak boleh ke?” katanya sambil mengetap gigi. Marah sungguh!

Rasa bersalah mula menjengah di hati Ayuni apabila melihat wajah bengis kakaknya itu. Dia berpaling ke arah Arman. “Sorry…”Sengihan lebar dihadiahkan untuk Arman. Macamlah boleh ubati pipi aku yang bengkak ni. Rungut hati Arman.

“Kau pergi bawak dia ke klinik!” arah Diandra kepada Ayuni.

“Sekarang ke? Esok-esok tak boleh ke?” tanya Ayuni kembali sambil menarik muncung sedepa. Merajuklah camni…

Arman yang memerhati sudah tertahan untuk menghamburkan tawanya. Comelnya dia ni! Kalau diikutkan, memang bengkak di pipi kirinya tidaklah teruk sangat.

Tidak perlulah ke klinik bagai.

“Sekarang!” bentak Diandra.

“Yalah, yalah.” Ayuni mengerling kakaknya sepintas lalu. Kakinya sudah melangkah ke kereta yang terparkir agak jauh dari gerainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience