BAB 6

Romance Completed 4705

Ayuni yang melihat gaya mak andam itu hampir sahaja ketawa tetapi ditahannya.

“And we are done! All set and look in the mirror baby, you incredibly stunning!’’ Ayuni memandang cermin meja solek di hadapannya. Biasan wajahnya sudah terlakar di situ.

“Oh my English!”ujar Ayuni. Tak percaya pula macam ni sekali dandanan mak andam itu. Cantik juga!

Mak andam itu mencebik. Apa kelaaas oh my English!

AYUNI melangkah sambil dipimpin oleh Diandra. Bukan maih struggle dia memakai kasut tumit tinggi.

Dia mengeluh lega apabila tiba di muka pintu masjid. Dia menunduk untuk membuka ikatan kasut tumit tingginya.

Apabila dia bangun dan mendongak, “Aduh Arman?”Tiba-tiba sahaja ayat mak andam tadi terluah dari mulutnya.

Dia memalingkan wajah memandang Diandra. Kakaknya itu tersengih lebar.

“Bakal suami kau. Hehe…”

Terbuntang biji mata Ayuni. Apakah?! Tatkala dia menatap wajah lelaki di hadapannya itu,

Arman berkata,

“Azra ? Tak kenal Armansyah ke?” Ketawanya sudah meletus sehingga menarik perhatian beberapa orang dari rombongannya. Pantas sahaja dia menutup mulut.

“Awak jangan cakap yang awak ni, Arman. Mentang-mentanglah saya tak pernah jumpa dengan Armansyah. Awak kan Arman, kenapa ada kat sini?” soal Ayuni. Nama pun dah dekat…

“Ternyata bakal isteri Armansyah ni setia orangnya. Armansyah ialah Arman dan Armansyah harap Azra akan terima Armansyah seadanya.”

“Habis, hari tu? Siapa? Betul ke saya kahwin dengan artis ni?”

“Yup. Diandra. Dia yang planned semua ni bila Armansyah cakap Armansyah nak test tahap kesetiaan Azra kat Armansyah.”

Bagai mahu tersembul biji Ayuni. Pandangannya segera dikalih pada Diandra dan kelihatan wanita itu sudah mengibar-ngibarkan tisu di tangannya sebagai lambing bendera putih tanda dia mengalah kemudia perlahan-lahan kakinya mundur ke belakang cuba untuk lari dari situasi itu.

‘’Lebih baik I segera angkat kaki!’’ ujarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience