Completed
                        
2489
                    Haikal memandu keretanya yang berjenama BMW dengan laju ke rumahnya.Entah mengapa hatinya berasa berdebar-debar.Dia masih ingat lagi bagaimana dia terserempak dengan Ridzuan di Stadium Shah Alam.Lelaki itu seolah-olah berbual dengan seseorang.Seseorang yang tidak wujud.Matanya memandang tempat duduk di belakang.Tiba-tiba,dia terlihat seorang budak perempuan yang berwajah pucat di bahagian belakang tempat duduk kereta.Haikal terkejut lantas menoleh ke belakang dengan pantas.Tiada sesiapa.
"Hah,tak payah dipedulikanlah.Fikiran je."bisik hatinya.Dia tidak mengetahui bahawa itulah hari pertama dan terakhir dia melihat gadis itu.
~~~~
Haikal masuk ke dalam rumahnya yang bertingkat dua itu.Dia erasa sangat letih.Dia terus membuka lampu ruang tamu.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ridzuan di dalam rumahnya.Lelaki itu sedang duduk di atas sofa miliknya sambil memandang tajam wajah Haikal.
"Lambat balik Haikal?Kau pergi mana?"Ridzuan bertanya dengan nada suara yang penuh misteri.Haikal mengerutkan keningnya.
"Macam mana kau boleh masuk?"Haikal bertanya dengan penuh sangsi.Ridzuan tersenyum sinis.
"Boleh aku tanya kau satu soalan?"Ridzuan bertanya tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.Haikal mendekati Ridzuan.
         "Apa dia?"soal Haikal.Ridzuan tersenyum penuh makna.
         "Kau kenal Diana?"Ridzuan bertanya.Jantung Haikal bagaikan mahu terkeluar daripada badannya tatkala mendengar nama itu.
         "Si...siapa tu?"Haikal berpura-pura tidak mengenali.Ridzuan tergelak pendek.
         "Kau tak kenal?Betul?"Ridzuan bertanya lagi.Haikal mengangguk.
         Oklah.Dengar baik-baik.Diana tu budak perempuan yang hilang 10 tahun yang lepas.Sekarang dah ingat?"balas Ridzuan dengan keras.Haikal tersentak.
         "Ke...kenapa kau tanya ni?"tanya Haikal.Ridzuan tergelak sinis sebelun memandang tajam wajah Haikal.
         "Sebab kau tahu siapa yang bunuh dia!"tengking Ridzuan sebelum melibas sebilah gunting yang agak tajam ke arah Haikal.Mujur,Haikal sempat menyelamatkan diri.Haikal terkejut dengan tindakan Ridzuan yang tiba-tiba itu.Ridzuan merenung tajam ke arah Haikal sebelum cuba menikam badan Haikal.Haikal mengelak dari serangan itu sebelum menendang tubuh Ridzuan.Ridzuan tercampak dan badannya terhentak pada dinding.Ridzuan mengaduh kesakitan.
"Kau...yang bunuh Diana,kan?"soal Ridzuan sebelum menangis secara tiba-tiba.Haikal tersentak.
"Ya...aku yang bunuh..."pengakuan Haikal dibalas dengan linangan air mata.Ridzuan mengalirkan air mata.
"Kenapa?Dia tak buat salah.Dia sangat baik tahu tak?Kenapa kau buat begitu?!"tengking Ridzuan.Haikal melepaskan keluhan berat.
"Aku tak tahu...aku tengah berkhayal waktu tu sebab...ambil dadah..."Haikal berkata.Ridzuan mengetap bibirnya.Dia terus melibas pisau ke arah Haikal.Haikal berundur sebelum memegang tangan Ridzuan dengan kuat.Haikal mengeluh sebelum menjeling tajam wajah Ridzuan.
"Kau silap."Haikal berkata.Ridzuan tidak mengendahkan Haikal dan terus menendang tubuh Haikal sebelum melibas tangan Haikal.Tangan Haikal luka.Haikal terus memberikan tumbukan padu pada wajah Ridzuan.Ridzuan terduduk sambil memegang wajahnya.Haikal mengeluarkan sesuatu dari lacinya sebelum menikam bahagian belakang badan Ridzuan.Ridzuan menjerit kesakitan.Dia tidak mampu berdiri lagi.
"Disebabkan kau dah tahu...aku akan bunuh kau..."kata Haikal sebelum mengukir senyuman.Ridzuan merintih,perlahan.
"Aku takkan biarkan kawan dia heret aku masuk penjara.Kau faham,kan?"Haikal melutut di hadapan Ridzuan sambil tergelak pendek.
"Kau akan tetap masuk penjara sebab....aku dah laporkan pada polis bersama bukti yang sahih!"bidas Ridzuan.Haikal terdiam.Tiba-tiba,pintu rumahnya dirempuh kuat.Haikal menoleh.Kelihatan beberapa orang anggota polis menyerbu rumahnya sebelum mengacukan pistol ke arahnya.
         "Kau nak heret aku masuk penjara,kan?Heretlah!Yang penting budak tu tetap mati."balas Haikal.Ridzuan menundukkan kepalanya sebelum mendongak.Matanya tajam memandang wajah Haikal.Di mata pihak polis,mata Ridzuan bertukar berwarna merah dan terdapat garisan hitam di bawah matanya.Namun,di mata Haikal,di hadapannya bukan lagi wajah Ridzuan sebaliknya wajah seseorang yang amat dikenalinya berada di hadapan mata.Kelihatan Diana sedang memandangnya bersama wajah putih pucat seperti mayat.Gadis itu mengalirkan air mata.Haikal terperanjat beruk lalu menjerit seperti orang kurang siuman.Lelaki itu terus berlari ke balkoni dan melompat ke bawah.Semua pihak polis menuju ke balkoni dan melihat ke bawah.Kelihatan Haikal sudah terbaring di bawah bersama cecair merah yang penuh membasahi kepalanya.Saiful,rakan sekerja Ridzuan mendapatkan kawannya yang masih berdiri tegak.
"Ridzuan,kau ok tak?"Saiful bertanya.Ridzuan yang tadinya berdiri kini rebah dan tidak sedarkan diri.Tubuhnya kehilangan banyak darah akibat kesan dari tikaman Haikal.Akhirnya,semua hampir berakhir.
~~~~
Share this novel