Completed
                        
2489
                    Ridzuan membeliakkan matanya.
Seorang gadis berdiri di hadapannya.
Namun,gadis itu membelakangi dirinya.
"Siapakah awak?"Ridzuan bertanya
walaupun perlahan.Gadis itu tergelak perlahan.
 "Awak dah lupakan saya rupanya..."
gadis itu membalas dengan nada yang menyeramkan.Rambutnya yang panjang 
sehinggan pinggang.Ridzuan berundur ke
belakang.Gadis itu menoleh.Wajahnya
sangat pucat seperti mayat.Sebahagian
wajahnya ditutupi rambut.Matanya bersinar tajam memandang Ridzuan.
Ridzuan terkedu melihat gadis itu.
"Diana!"
~~~~
    Ridzuan terjaga dari tidurnya.
Dadanya berombak ganas.
    "Astaghfirullah.Mimpi rupanya."
Ridzuan mengeluh.Dia bangun dari katilnya.Matanya tertancap kukuh pada 
potret di atas mejanya.Ya.Gambar 10
 tahun yang lalu.Mata Ridzuan ditakungi
air jernih yang hampir tumpah.Dia mencapai potret itu.Gambar dia dengan Diana,rakan baiknya yang hilang sehingga
sekarang tidak dijumpai.Rakannya yang hilang semasa menonton perlawanan bola sepak yang diadakan di Stadium Shah Alam 10 tahun yang lalu.Semua itu salahnya kerana membiarkan gadis itu pergi ke tandas seorang diri.
    "Maafkan,saya Diana.Saya cuai.
Saya rindu awak.Baliklah..."Air matanya
menitis di pipi. 
~~~~
Share this novel