Epilog

Thriller Completed 2489

Ridzuan baru tersedar dari pengsan.Dia mendapati kini dia berada di hospital.Dia menggagahkan diri untuk bangun.Kepalanya terasa berat.Tiba-tiba,pintu biliknya diketuk.Dia menoleh.Kelihatan Saiful dengan kepala berbalut sambil tersenyum memandangnya.
"Kau dah ok,Ridzuan?"Saiful bertanya,prihatin.Ridzuan tersenyum kelat.
"Aku ok.Cuma pening sikit."balas Ridzuan.Saiful tersenyum senget setelah menatap lama telefon bimbitnya.
"Ridzuan,nampaknya tak lama lagi ada perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam."terang Saiful sambil tersenyum lebar.Ridzuan tersentak mendengar nama stadium itu.Dia termenung seketika mengingat sesuatu...

~~~~
"Goal!!!"sorak para penonton termasuklah Ridzuan dan Saiful.Entah mengapa,dirinya tersenyum ceria.
"May I seat here,please?"seorang lelaki menegur Ridzuan.Ridzuan tersenyum memandangnya.
"Sorry,there is someone seat here."balas Ridzuan dengan sopan.Lelaki itu memandangnya dengan hairan bercampur terkejut.Dia melihat tempat duduk di sebelah Ridzuan yang kosong itu.Dia menggigil sebelum melarikan diri.Hanya Ridzuan sahaja yang tahu dan dapat melihat kelibat itu.Kelibat Diana...

~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience