BAB 9

Drama Completed 2544

“Ibu rindu sangat dengan Faqeh, Ibu sunyi sayang, Ibu nak tidur Faqeh, Ibu nak cium pipi Faqeh, maafkan Ibu ya sayang, Ibu tampa pipi Faqeh, Ibu tak sengaja masa tu Ibu taknak Faqeh nangis nanti Ayah marah, dia nak campak Faqeh.... maafkan Ibu ya sayang, maakan Ayah jugak ya sebab Ibu tahu Ayah sayangkan Faqeh. Ibu pergi dulu ya, nanti Ibu datang lagi, Ibu rindu Faqeh, tidur ya..... tidur si tidur “

Air mata yang membasahi pipi diusap laju. Nuhara terus bangun tinggalkan kawasan perkuburan tersebut yang juga kampung halaman nya setelah dua tahun berpindah menetap di kota Raya.

Dua bulan yang lalu masih terbayang dalam fikirannya, Faqeh pergi meninggalkannya, pilu menatap wajah senyum Faqeh tika itu.

“Puan, saya tahu bukan mudah untuk terima kenyataan ini, telah setahun lebih Faqeh tak sedarkan diri, kami dah usaha tapi Allah lebih menyayanginya ““Dia terlalu lemah untuk menghadap kecederaan pendarahan otaknya “sambung Doktor.

“In shaa Allah, Saya redha Doktor, cuma saya sedih Mak saya baru sahaja meninggal kini Faqeh pula, Ya Allah sungguh berat ujian Mu “

“Puan kena sabar, jangan tertekan, Puan pun baru sahaja pulih dan masih dalam pemerhatian kan? “Nuhara mengganguk lemah. Faqeh anak Ibu, dipeluk tubuh sejuk itu diusap buat kesekian kalinya.

Damailah Faqeh... Damai lah Abang..... Rindu pada semua.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience