BAB 6

Drama Completed 2544

“Ya Faqeh kan, Ayah buai ya, tinggi kan, yeahhh Faqeh suka “tanpa disedari kakinya tersepak besi buai yang terjatuh masa dia rentap Faqeh keluar dari buaian. Faqeh yang dilambung tinggi tak sempat dicapai, bedebum jatuh ke lantai. Raungan kuat dari Nuhara bergema, Uwais terdiam hanya mata merenung tubuh Faqeh di lantai, darah kelihatan di hidung dan mulut,

“Faqeh mmmmm “ raung Nuhara.

“Ya Allah, apa dah jadi ni Uwais? “soal Pak Habib yang bekejar ke rumah itu bila dengar bunyi berdentum dan suara Nuhara menjerit.

“cepat kita bawak Hospital “arah Pak Habib sambil keluar rumah ambil kereta.

“Ya Allah, pedihnya, aku taknak mati, aku nak jumpa Faqeh dan Nuha, tolong aku Ya Allah, maafkan abang Nuha, maafkan Abang, Faqeh anak Ayah, sayang Ayah, maafkan Ayah Nak “ rintih Uwais.

Pandangan makin gelap, tangan dah tak daya memegang perutnya, basah seluruh baju nya, bisa nya.....dia yang tak sabar masa tu, Tahar yang leka mengutip sigerap di kebun tu, dia nak pauk dengan parang, malangnya Tahar dapat mengelak lalu merampas parang, terjadi pergelutan hingga akhirnya dia yang tersungkur dibenam mata parang nya......

“Puan Nuhara, Faqeh terpaksa kami tahan kerana dia koma, kami tak tahu bila dia akan sedar, ada darah beku di kepalanya dan buat masa ini kami tak dapat sebarang keputusan terperinci. Harap Puan bersabar dan banyakkan berdoa “ jelas Doktor Asmah yang merawat anaknya.

“Terima kasih Doktor, makcik pulang dulu. “ jawab Mak Peah, Nuhara hanya diam kebinguangan, mengikut sahaja tangannya dipimpin oleh Mak Peah.

“Mak, mana Abang Uwais, tak balik balik lagi, takkan menoreh lama sangat, dah malam dah ni “ tanya Nuhara pada Mak Peah yang sedang duduk bersimpuh mengobek sireh.

“Nuha, berapa kali Mak bagi tahu, Uwais laki kamu tu dah meninggal, dua bulan dah, orang kampung jumpa mayatnya kat semak ladang getah si Tahar “terang Mak Peah.

“Mak ni bergurau ke? Semalam Abang Uwais ada rumah main dengan Faqeh “

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience