BAB 7

Drama Completed 2544

“Astaghfirrlah Nuha, tu lah disuruh solat dan mengaji kamu degil, lama dah kamu tak solat Mak tenguk “

“Faqeh tu koma lagi kat Hospital, bila dia adanya “bebel Mak Peah. Nuhara bangun terus masuk bilik, buaian di ayun sambil menyanyi..

Tidurlah
Anakku tidur si buah hati
Sambil tidur ku harap kau lena bermimpi nan indah.

Tak semena-mena nyanyiannya terhenti.

“Abang, bangun bang, Nuha belum puas hidup dengan Abang, Nuha belum minta maaf, Anak kita sape nak tolong bawak jejalan Abang? “Laung Nuhara pada sekujur tubuh suaminya yang bertutup kain putih.

“Bertenang Nuha, doakan agar roh suami kamu dicucuri rahmat “ usap Mak Sipah isteri Pak Habib. Nuhara kini teringat akan pemergian arwah suaminya, sekarang dia bersendirian, baju arwah Uwais dipeluk dan dicium, air mata merembes keluar tanpa henti.

Dia juga tahu dan sedar Tahar telah pun ditangkap tiga hari selepas Arwah Uwais selamat dikebumikan.

Nuhara sedar itu semua cuma kadang -kadang dia terbawa perasaan kecewa dan terbayang bayang suaminya di rumah itu. Dia terkilan tak dapat melepaskan marah pada Arwah yang menyebabkan Faqeh koma sekarang ini.

“Kau kejam, kau bunuh Faqeh, kau campak Faqeh, aku benci Kauuuuuu “jerit Nuhara tiba -tiba.

“Ambik kau, tangan ni yang campak Faqeh “pekik Nuhara sambil mencalar calar tangan Uwais.

“Berdarah, luka... biarkan, lain kali kau tak lambung Faqeh lagi “tawa Nuhara, kejap dia menangis semahunya.

“Sakit Mak, pedih berdarah tangan Abang Uwais, biar dia rasa, tapi nape darah ada kat tangan Nuha Mak, adoiii pedih Mak “ rungut Nuhara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience