Rate

BAB 4

Romance Completed 631

Adha berpaling. “Hayra kenapa angkat pinggan-pinggan ni? Kesian Hayra penat. Baby dekat dalam ni pun kesian tau. Meh abang tolong angkatkan. Din,” panggil Adha .

“Ya tuan,” sahut Din. Dia sudah berdiri tegap di hadapan Adha . Adha terus memberikan pinggan-pinggan itu kepada Din.

“Jangan biarkan puan kamu ni buat kerja. Faham?” pesan Adha . Din pula hanya mengangguk sebelum berlalu pergi.

“Abang, angkat pinggan je,” jawab Hayra . Rimas pula asyik dikawal oleh Adha . Ada sahaja larangannya. Sampai tak bebas Hayra mahu bergerak.

“No, sayang need rest. Baby penat tau kalau sayang berjalan saja,”

“Abang ni..” rajuk Hayra . Hayra terus berpeluk tubuh dan memuncungkan mulut.

Adha terus memeluk Hayra dari belakang. Tangannya sibuk mengusap perut si isteri yang sudah memboyot. Sudah sembilan bulan. Tinggal tunggu hari sahaja untuk melahirkan. Adha lah orang yang paling teruja dengan kelahiran anak ini.

Selepas membawa Hayra ke hospital, doktor mengesahkan Hayra kehilangan banyak darah. Kebetulan darah Hayra dan darah Adha sama. Jadi, Adha mendermakan darah kepada Hayra . Hampir sebulan juga Hayra koma. Dalam juga tikaman itu. Ameer pula dipenjarakan atas tuduhan mencederakan.

Setelah Hayra sedar, wajah pertama yang di tatap ialah wajah Adha . Adha mahu menjaga Hayra tetapi terbatas kerana aku haram baginya. Jadi, dia memutuskan untuk menikahi Hayra . Selama dua bulan juga baru Hayra sembuh. Mereka pula terpaksa kahwin gantung.

Selepas sembuh sepenuhnya, mereka mula hidup sebagai suami isteri yang lain. Hayra pula sedia menjadi isterinya dalam erti kata yang sebenar. Setahun berkahwin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hayra Alya. Sekarang masuk yang kedua pula.

Tak sangka cinta zaman sekolah bertahan sehingga ke jinjang pelamin. Rasa seperti mimpi sahaja. Apa yang mereka impikan sewaktu zaman persekolahan dulu termakbul. Mereka sering kali berjanji mahu berkahwin. Dan akhirnya memang benar mereka berkahwin.

“Abang bahagia sayang. Terima kasih sebab sudi terima abang semula. Abang minta maaf sebab tinggalkan sayang dulu,” ucap Adha . Ada nada kesal di situ.

“Hayra pun bahagia, abang. Abang ada sebab tinggalkan sayang dulukan. Lagipun masa tu kita masih budak-budak. Lupakan lah, ya?” jawab Hayra .

“Terima kasih sekali lagi sebab sudi pinjamkan perut sayang untuk lahirkan zuriat abang. Dan terima kasih sebab sudi jadi isteri yang terbaik untuk abang. Abang tak mampu hidup tanpa sayang,” pipi Hayra dicium dengan penuh rasa kasih sayang.

“Hayra pun nak ucapkan terima kasih kerana abang selalu berkorban untuk Hayra . Hayra sangat hargainya. Abang suami terbaik untuk Hayra . Selamanya,” Hayra pula mencium pipi Adha . Senyuman manis terukir.

“Abang harap anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Dan lepas ni kita kena usaha untuk mendapat banyak anak lagi.”

“Amboi. Gatalnya. Yang dua ini pun entah larat nak jaga ke tidak,”

“Of course larat jaga, sayang.” Ketawa Adha apabila melihat reaksi si isteri yang mencebik. Menyampah. “Sayang... I always love you.” Adha mencium dahiku.

Alahai, romantiknya suami aku ni. Hayra kembali mencium pipi Adha .

“Aku takkan pernah berhenti mencintaimu, cintaku tulus untukmu!”

Sekarang lengkap sudah hidup mereka. Ada anak dan suami. Siapa kata cinta monyet tak boleh kekal ke akhir hayat. Buktinya sekarang ini. Kalau jodoh tak ke mana. Semuanya atas ketentuan Tuhan yang Maha Esa. Teruskanlah berdoa supaya jodoh itu diberkati dan bertahan lama. Bukan setakat hingga hujung nyawa tetapi sampai ke Jannah jua.

Adha terus mencium bibir Hayra . Lama. Hayra pula tersipu malu. Nasib baik tiada siapa yang nampak. Mereka berharap cinta mereka akan terus berkembang dan tiada lagi yang menghalang cinta mereka.

Mencintaimu tulus, selalu untuk selamanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience