Rate

BAB 3

Romance Completed 631

“Kau jangan masuk campur urusan aku. Dia tunang aku. Aku nak bawa dia pergi kahwin dan aku berhak lakukan apa-apa kepada dia. Betul tak sayang?” kata Ameer. Dia terus mencium leher aku. Aku pula semakin kuat meraung.

“Lepaskan aku, Ameer. Kita sudah putus. Aku tak nak kau jadi suami aku. Lepaskan aku, Ameer,” rayu aku.

“Apa? Kau tak nak aku?” jerkah Ameer.

Pisau itu terus ditekan ke leher aku. Sakitnya. Aku dapat rasakan darah mengalir di leherku. Ameer sudah gila. Dia memang gila.

“Hoi, jangan cederakan dia,” laung Adha . Dia sudah mula risau. Darah terus mengalir dan aku sudah meraung kesakitan.

“Kau nak aku serahkan dia pada kau? Sebelum tu biar aku rasa dulu dia. Baru aku pulangkan. So nanti kau dapat bekas aku. Amacam? Okay? Lagipun dah lama aku tahan ni,” kata Ameer.

Tidak sampai seminit, Ameer sudah mula mencium leherku, mukaku dijilatnya dan tangannya sudah menjalar keseluruh tubuh badanku. Ya Allah, selamatkan aku. Hari pula sudah semakin senja. Aku menyesal keluar bilik. Kalau aku tahu jadi begini aku takkan keluar.

“ Adha , tolong. Saya tak rela,” panggil aku lemah. Aku lemah dengan semua ini.

Tanpa berlengah, Adha terus menyerang Ameer yang leka. Dia menumbuk muka dan perut Ameer bertalu-talu. Aku pula sudah jatuh terjelopok. Kepala aku sangat pening sekarang ini. Leher pula sudah aku rasakan perit sekali. Apalagi pipiku yang ditampar tadi. Bibirku juga berdarah.

“ Adha ...” panggil aku.

Adha yang mahu menumbuk Ameer yang sudah terkulai lemah itu terus berhenti. Dia terus meluru ke arah aku yang sudah terbaring lesu.

“Awak okay, Hayra ? Jom saya bawa awak ke hospital,” arah Adha . Panggilannya juga sudah bertukar. Tiada lagi aku-kau.

Aku terus bangun. Adha pula memimpin aku perlahan-lahan. Tiba-tiba mata aku tertacap ke belakang Adha . Ameer berlari ke arah Adha bersama pisau tadi. Tanpa berlengah aku terus menolak badan Adha ke tepi.

“Hayra !!” jerit Adha

Aku memegang perutku. Darah! Wajah Ameer di hadapanku, aku pandang. Mukanya terkejut. Aku terus rebah. Sakitnya tidak tertanggung lagi.

“Tak guna kau Ameer!!”

Adha terus menumbuk muka Ameer sekuat hati. Tiba-tiba penduduk kampung datang menahan Adha . Adha terus meluru ke arah aku yang sudah semakin lemah.

“Hayra , tahan, Hayra ,” kata Adha .

“Awak siapa?” tanya aku terketar-ketar.

Mata Adha aku pandang. Cuba mencari sesuatu yang aku cari. Aku seperti dapat merasakan sesuatu pada dirinya. Dia seolah-olah mengenali diriku. Aku pula terasa sangat rapat dengannya. Kenapa aku rasa begini?

“Saya Adha . Lelaki yang sangat cintakan awak. Awak ingat tak? Tapi saya terpaksa pindah ke Italy ikut family saya. Saya datang sini lawat datuk dan nenek saya. Saya pula cuba cari awak tapi tak jumpa. Saya kerja sini sementara dan tak sangka jumpa awak. Saya minta maaf sebab tinggalkan awak dulu. Saya tak sengaja. Saya terpaksa,” jelas Adha yang sudah menangis teresak-esak.

Aku pula cuba mengingatkan sesuatu. Adha ? Ya, aku ingat. Lelaki yang sangat aku cinta semasa zaman sekolah menengah. Tetapi setelah tamat SPM, Adha hilang begitu sahaja. Cinta pertama yang mendorongku mencari cinta kedua. Cinta pertama ini yang membawa dia mengenali erti kekecewaan.

“Please, jangan tinggalkan saya lagi. Jangan pergi dulu. Saya nak awak bertahan. Saya nak awak terus ada bersama saya,” kata Adha .

“Tapi kenapa awak tak cerita dekat saya?” tanya aku sekali lagi.

“Saya nak luangkan masa dengan awak. Saya nak awak kenal saya sedikit demi sedikit. Saya senang bergaduh dengan awak. Saya nak awak sentiasa di depan saya. Tolong, Hayra . Don’t talk. Kita pergi hospital.”

Adha yang mahu mencempung aku terus terhenti apabila mendengar aku mengaduh. “Sakit Adha . Sakit sangat. Saya.. tak.. mampu.. Adha.. sakit,”

“No, Hayra . Jom kita pergi hospital.”

“Saya minta maaf. Saya kecewakan awak. Saya masih cintakan awak,” kataku sebelum menutup mata.

Aku tidak pernah melupakan cinta pertamaku sampai bila-bila.

“Hayra !!!”

Lima tahun kemudian...
Hayra ... satu nama yang sentiasa terukir dan tersemat dihati Adha . Tanpa Hayra dia rasakan dunia ini gelap gelita. Apabila mengingati kisah di resort itu sangat manis. Memang dia sengaja mengenakan Hayra tinggal di bilik rosak itu. Dia tahu Hayra seorang anak manja dan pasti akan melenting kalau ada benda yang tidak sempurna di hadapannya. Sangkaannya tepat sekali. Memang Hayra melenting sehingga menelefon pengurus resort. Tak pernah berubah.

Gambar Hayra dikucup dengan penuh kasih sayang. Penantiannya menunggu Hayra berbaloi apabila mereka bertemu di resort itu. Dan dia tahu Hayra ke resort kerana kecewa. Dengan mencari gaduh dengannya dia tidak akan dapat melihat air mata Hayra . Jika tidak Hayra asyik sahaja menangis.

Hatinya terus menyuruh dia untuk terus membahagiakan Hayra . Walaupun hati kecewa apabila mendapat tahu Hayra tunangan orang, dia tidak mahu air mata Hayra keluar walaupun hanya setitis.

“Papa...” panggil Hayra Alya. Anak sulung Adha . Sudah hampir lima tahun dia mendirikan rumah tangga. Hayra Alya adalah gabungan nama Hayra dan Alya. Hayra nama wanita yang sangat dia cintai dan Alya nama yang Hayra suka.

“Mama mana?” tanya Adha .

“Mama ada, jom papa kita main dekat luar. Kesian papa duduk sorang-sorang dekat sini. This place is not suitable for you. Mama, miss you. Let’s go, papa,” petah sekali Hayra Alya bercakap. Adha hanya mengangguk.

Adha terus membawa Hayra Alya keluar. Sampai sahaja ke pantai, anak sulungnya itu terus berlari ke arah datuk dan nenek. Memang hujung minggu mereka akan berkelah di resort ini. Resort tempat bertemunya dia dengan si cinta hatinya.

“Abang...” panggil satu suara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience