Rate

BAB 2

Romance Completed 631

Argh!! Jeritku. Resort apa benda ni? Semuanya gila. Telefon terus aku capai dan memanggil pihak hotel yang bertugas. Kelam kabut mereka datang ke bilik aku.

“Kenapa cik? Ada yang kami boleh tolong?” tanya pengurus hotel. Nampak sangat dia ini pengurus. Pakaiannya agak kemas berbanding empat orang pengikutnya. Wait a minute, bukan itu mamat perasan bagus ke? Best juga kalau aku kenakan dia.

“What is this? Paip tercabut, air shower sangat kecil and kotor. Tengok air cond ni bocor. Hello, ini ke cara resort ni layan tetamu. Ish, menyesal I duduk sini,” kataku penuh angkuh. Tapi memang betul pun. Kenapa bilik aku teruk sangat? Padahal aku bayar bilik mahal tau. Apa punya resort lah.

“Ya Allah, maafkan kami, cik. Bilik ni memang bilik rosak. Sekejap, siapa yang bagi bilik ni pada Cik Hayra ? Kamu tahu ni bilik yang perlu dibaiki. Kamu ni kenapa? Kerja senang pun susah nak buat?” marah pengurus hotel itu.

Keadaan sunyi seketika. Tiba-tiba ada seorang yang sedang mengangkat tangan. Semua memandang ke arahnya.

“Saya yang bagi bilik ini,” ngaku lelaki itu. Wah, bertambah sakit hati aku mendengarnya. Maksudnya lelaki ini memang sengaja mahu kenakan aku.

“Kenapa kamu buat macam itu, Adha . Kamu tahukan Cik Hayra sudah beli bilik dengan harga yang berpatutan. Apa masalah kamu? Kamu tak tahu ke ini bilik rosak?” marah pengurus resort itu lagi.

“Saya tahu, puan,” jawab Adha . Amboi, dia tahu. That’s mean dia sengaja kenakan aku. Ish, memang nak kena lelaki ini.

“Puan, macam ni ke pekerja dekat resort ini? Saya bayar puan. Bukan tinggal free sahaja. One more, pekerja puan ni langsung tak ada budi bahasa,” kataku.

“Jangan memandai menuduh, Cik Hayra ,” lelaki itu bersuara.

“Saya tak menuduh. Orang dah cakap terima kasih bukan nak cakap baik-baik. You panggil I perempuan gila, meroyan and macam-macam yang tak elok. Jadi, bila masa saya tuduh. This ears hear all that nonsense.”

Puan pengurus itu hanya menggeleng. “Maafkan kami Cik Hayra . Maafkan juga Adha . Dia housekeeper baru merangkap penduduk kampung ini. Dia baru balik dari kampung sebelah dua hari lepas. Mungkin dia tak tahu pasal benda ni. Nanti kami uruskan bilik lain untuk Cik Hayra ,” jelas pengurus itu.

“Baik saya setuju tapi dengan satu syarat,” kata aku. Aku sudah mula merancang sesuatu yang jahat.

“Apa dia?”

“Saya mahu dia betulkan semua kerosakan dalam bilik ini. By hook or by crook. No excuse. Saya akan sentiasa perhatikan bilik ini. Remember only that man. Nobody can help him. Agree?” jawab aku dengan muka seposen. Aku tahu lelaki itu sakit hati. Hahaha... padan muka. Ada aku kesah? Tak takut pun.

“One more, saya nak awak bawa barang saya semua ini ke bilik baru. Awak sahaja!” sambung aku. Aku terus berlalu keluar dan menunggu di tangga. Pekerja yang lain sudah meninggalkan bilik itu.

Puan pengurus itu pula sudah memberikan kunci bilik baru kepadaku. Lelaki itu yang bernama Adha sudah pun membawa barang-barangku dengan muka yang masam. Macam asam kecut.

Dengan selamba aku terus pergi ke bilik baru. Sesekali aku menjeling ke belakang. Hahaha... rasa macam nak pecah perut aku menahan ketawa. Siapa suruh main-mainkan aku. Sengaja dia. Rasakan! Tulah main-miankan Hayra lagi. Ini Hayra binti Dato’ Basri tau. Seorang wanita yang sangat berjaya dekat KL tu. Ingat senang mahu kenakan Hayra .

Sampai sahaja ke bilik, aku terus mengarahkan Adha membuka langsir, menyusun beg-beg dan memeriksa keseluruhan bilik jika ada kerosakan. Aku pula duduk goyang kaki sahaja.

“Done?” tanya aku kepada Adha .

“Sudah. Hmm.. aku blah dulu. Suka lah kenakan aku,” kata Adha .

“Suka sangat.”

Adha terus meninggalkan bilik aku. Aku pula.. ha.. ha.. ha.. ha.. ketawa guling-guling atas katil. Senyum sokmo aku malam ni.

Indahnya pantai. Nyaman sungguh udara di sini. Aku pula menghirup angin pantai dengan selesa sekali. Sudah tiga minggu aku di sini. Adha dan aku pula tidak habis-habis bergaduh dan berperang mulut. Malas aku nak fikir pasal ini. Ish, pelik betul aku. Kenapalah lelaki itu asyik nak mengenakan aku sahaja. Aku ada buat salah ke? Lantak ah.

Tiba-tiba ada yang mengenggam tanganku. Aku terus berpaling. Macam nak tersembul biji mata aku. Mata tidaknya, lelaki ini yang aku mahu elakkan daripada berjumpa. Bagaimana boleh berjumpa pula ni? Mana dia tahu aku ada di sini?

“Baby, let’s go. Tinggalkan kampung ni. You kan orang moden takkan nak tinggal dekat kampung yang langsung tiada perkembangan macam ni?” pujuk Ameer.

“Lepaskan I, I tak kenal you. Macam mana you tahu I di sini. Please, jangan ganggu I. I tak mahu you hadir dalam hidup I lagi. You and me just a past story,” jeritku. Aku cuba melepaskan genggaman tangannya.

“I tak peduli. You kena ikut I balik KL. You know. I’d searching for you about three weeks. Now, I already found you so it’s not easy for you to escape from me. Balik sekarang. Lupakan pasal I dengan perempuan tu. She just my friend. How many time you want me to tell you? Kita kena siapkan barang-barang perkahwinan kita,”

Ameer cuba menarik aku tetapi aku cuba melepaskan pegangan tangannya. Kudratnya sangat kuat. Aku tak mampu melawan. “Sakit, Ameer. Let me go. I tak nak kahwin dengan you. You kahwin jelah dengan perempuan tu,”

Pang!

Sakit pipi aku. Tak sangka Ameer menampar aku. Ah, macam mana aku boleh bercinta dengan mamat gila talak ni? Baru bercinta dia sudah berkasar dengan aku apa cerita kalau sudah berkahwin.

“You jangan cabar I. Siap you sampai KL nanti. I tak peduli, kahwin dengan I juga,” paksa Ameer sekali lagi.

Aku terus meronta-ronta. Pergelangan tanganku yang sakit tidak lagi aku hiraukan. Yang penting aku tak mahu ikut Ameer. Aku tak nak kahwin dengan dia. Tolong, siapa nak tolong aku. Ameer pula semakin berang. Dia menarik rambutku dan memegang daguku dengan kasar.

“Kalau kau tak nak aku naik hantu, ikut cakap aku,” sekali lagi Ameer mengugut.

Aku pula sudah menangis teresak-esak. Bukan takut dengan kata-kata Ameer tetapi kerana keganasan Ameer. Apa yang telah merubah Ameer? Sakit! Mama, Hayra sakit ma... tolong Hayra .

Aku terus ditarik tanpa perasaan. Pergelangan tanganku sudah merah sangat. Aku juga cuba sedaya-upaya untuk melepaskan diri.

“Lepaskan dia” jerit satu suara. Langkah Ameer terhenti.

“Kau siapa?” tanya Ameer.

“Aku Adha . Aku kekasih Hayra . Lepaskan dia. Dia nak kahwin dengan aku tak lama lagi,”

Ameer ketawa. Kenyataan Adha sangat mengelikan hatinya. “Wow, Hayra . You suka dengan lelaki kampung? Awesome. Tak sangka I. Cepatnya you cari pengganti I. Huh. Kau ingat aku percaya?”

“Aku tak suruh kau percaya ke apa ke? Yang penting sekarang lepaskan Hayra ,” laung Adha lagi.

Aku tak mampu membuat apa-apa. Air mata aku sudah laju mengalir. Aku cuba menggigit tangan Ameer dan terus berlari ke arah Adha tetapi gagal. Ameer menarik rambutku dan terus memeluk leherku. Pisau kecil pula sudah diletakkan pada leher aku.

“Tak guna, lepaskan Hayra . Jangan cederakan dia,” marah Adha . Wajahnya nampak sangat cemas. Cara dia, gaya dia dan ekpresi dia mengingatkan aku kepada seseorang. Adakah dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience