SECOND MEET

Fanfiction Series 2598

Park Hana memandang ke luar tingkap apabila dia berasa amat bosan dengan kelas puan Song Ji Hyo yang amat garang selaku guru disiplin di sekolah tinggi itu.

Mulut pula tak sudah-sudah menguap,dari tadi dia hanya berdoa supaya waktu berlalu dengan pantas.Tidak sanggup dah dia menahan kantuk...mana taknya petang semalam dia bekerja sambilan di restoran ayam goreng.Penat tu masih ada..tak pernah hilang.Oleh itu apabila dia pulang teruslah terbongkang tidur kerana sangat mengantuk.

Itupun jam dah menginjak 4 Pagi!!!!Aigoooo.

Aku masih memikirkan perihal pemuda semalam.Arghh!!Kenapa dia cute dan handsome sangat!Muka dahla babyface kalau senyum manis lagilah cair dowh!Entah apa lah jadi kat mamat tu?Desis hatinya perlahan.

Hana tersentak dari lamunan apabila pemadam papan putih dibaling ke arahnya.Auh!!Latahnya perlahan sebelum memandang sekeliling cuba untuk mencari orang yang mendajalkannya pada waktu itu.

Erkk!Papan putih tentunya berada di belakang!Pastinya..??.

Terus saja Hana mengangkat wajah memandang wajah gurunya itu.Grrrr..kecut perut juga apabila terpandangkan muka Puan Ji Hyo sudah merah tambahan lagi apabila terpandangkan telinga capang puan Ji hyo itu juga memerah.Hana tidak dapat menahan diri dan terus ketawa di situ.

******************

Hana memandang surat disiplin di tangan dengan rasa sangat meluat.Padanlah kena gelak dengan aku..hahahha kali ini peristiwa telinga Puan Ji Hyo memerah bagaikan ulang tayang.Entah baginya sangat kelakar ya...selalunya muka merah ini telinga pun merah!!Aigooo.

Langkah diatur ke Practice Dance Room kerana apabila dia berasa tertekan,dia akan melakukan hobinya iaitu menari dan menyanyi.

Puan Ailee juga tidak kesah jika aku sering berkunjung ke PDR(Singkatan ya reader,mian writer mls nk letak pnjg).

Aku terus masuk ke PDR itu..Lampu dibuka dan aku mulai memasang lagu kesukaanku Fire nyanyian dari kumpulan BTS.Aku memang minat gilalah dengan kumpulan itu,kerana tarian diaorang yang cantik dan nyanyian diaorang pun ok sesuai dengan jiwa aku ....ahahahha...

Aku ligat menari sehinggakan tidak perasan yang ada orang lain sedang mengintaiku di sebalik dinding itu.

Sebaik sahaja lagu itu selesai dimainkan aku memutuskan untuk berehat seketika.Letih jugak kalau lama-lama tak praktis dance..

"Hebat awak dance"!Tegur satu suara di belakangku.Sepantas kilat aku terus bangun dari pembaringanku dan menyarungkan kembali hoodie yang berwarna hitam itu.

Aku tidak membalas kata-kata lelaki itu dan ingin keluar.

"Wait!Saya nak kenal dengan awak" ucap Park Jimin bersungguh-sungguh.Sebenarnya dia hairan selalunya kalau perempuan lain mesti diaorang suka benar kalau berkenalan dengannya.Salah satu faktornya kerana dia handsome..Ahack!Mian Jimin memang macam ni kuat perasan!

"Perlu ke?"balas Park Hana dengan riak dingin.Muka tak usah nak katalah masam macam air asam jawa tuh!Dia berasa geram juga dengan mamat tak faham bahasa ini..Kalau orang tak sudi,tak perlulah nak beramah bagai.Bebalnya!Tukas Park Hana di dalam hati.

Jimin akhirnya terpana.Mak aii garangnya mengalahkan singa betina.Muka macam cute tapi macam kasar dan sombong.Dia hanya memandang tubuh gadis itu dari belakang sebelum dia menutup pintu PDR.

**************

Kim Yoo Ni mengagau tas tangannya berkali-kali.Hish!Mana name tag ni...Sudahlah esok dia perlu berpakaian lengkap dan kemas untuk menghadiri pertandingan pidato.

Weh,Ae Ra kau nampak tak name tag aku?Tanya Yoo Ni apabila dia gagal mencari name tagnya itu.Mungkin teman serumahnya itu tahu atau ternampak di mana-mana.

Tak pun..cuba kau recall balik..ujar Ae Ra dengan selamba dan mencicip kopi buatannya itu.

Ahh!!!Aku ingat aku simpan dalam loker masa rehat sebab aku tukar baju tadi..Thanks Ae Ra..Love u..kataku sebelum mengambil handphone dan beg duit.Sweater pink disarungkan ke tubuh.

Takkan nak pergi kut?Esok ajelah Yoon..Ae Ra memandang pelik ke arahku.Hmm takkan nak biarkan si Yoon Ni pergi seorang diri ke sekolah semata-mata untuk mengambil name tagnya.Malas pulak.Baru saja hendak ditegah namun Yoo Ni lebih cepat lari dan menyusup ke bas.

Harghh!Nasiblah aku turun memang timing tepat bas itu akan menuju ke sekolahku.Yoo Ni merenung kosong pemandangan kota yang tidak kurang sibuknya itu.

Yoo Ni berjaya masuk ke dalam sekolah tanpa perlu melepasi kawasan pagar hadapan sekolah.Dia hanya memanjat pagar di belakang sekolah dan menyusup terus ke blok D.

Dia mengeluarkan kunci dan terus membuka lokernya.Huh!Lega settle satu masalah.Dia bernafas lega namun hanya seketika sebelum matanya menangkap kelibat seseorang?

Perasaan seram mula menyelubungi diri Yoo Ni.Namun dia tetap meneruskan langkah untuk menghampiri kelibat itu.

Peluh dingin di dahi disekanya kasar.Dia masih tertanya-tanya tentang kelibat tadi.

Sedang Yoo Ni terintai-intai mulutnya ditekup dari belakang dan menyebakan dia gabra!Habis menggigil satu badan.Namun itu hanya seketika sebelum dia mulai memijak kaki mahluk tersebut.

Oitt!Sakitlah jerit Park Chanyeol.Terus saja jantung Yoo Ni berdegup pantas,mendengarkan suara sahaja dia sudah tahu siapakah gerangan itu.

Apa yang kau buat kat sekolah malam-malam ni Chan?Tanya Yoo Ni.Dalam hati berasa gembira kerana impiannya tercapai juga dengan menegur lelaki idamannya itu.

Aku kena halau dengan omma dan appa aku..balas Chanyeol dan berwajah sunggul..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience