BEGIN TO LOVE EACH OTHER

Fanfiction Series 2593

Hari ini jadual tidak padat,jadi aku mengambil keputusan untuk menari di PDR saja.Sudah lama rasanya aku meninggalkan hobi kegemaranku itu kerana masa yang aku ada amat terhad.

Hana memanaskan badannya sebelum mulai menari mengikut tarian kumpulan EXID yang berjudul Up and Down.

Rambut tocangnya beralun mengikut langkah tarinya yang lincah.Sesekali dia memandang pantulan imej wajahnya.

Sedang asyik menari dia dikejutkan dengan suara gemersik seseorang.

Hana ah!Kamu busy tak?Soal Puan Ailee sambil mempamerkan senyuman seiring dengan itu dia menarik tanganku lembut untuk mengikutinya.

Tak..Puan Ailee..Mian kenapa ya?Soalku sopan.Ini kerana Puan Ailee lah yang banyak membantu aku semasa aku baru berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dan tarian itu.

Ouh ya...Hana saya nak minta tolong kamu..Boleh tak kamu ganti tempat Tzuyu..kali ini dance ballet pinta Puan Ailee lembut Sepasang anak mata hazelnya merenung aku dengan lembut.

Boleh Puan Ailee macam tak biasa kataku sambil ketawa kecil.Bukan aku tidak pernah menggantikan tempat sesiapa yang tidak dapat hadir sebelum ini..

Tapi..Puan Ailee sengaja menggantungkan ayatnya.

Aku pula yang tidak sabar menanti.Jemariku disulam.Kelihatan peluh juga sudah merenik di dahiku.

Boleh kamu dance bersama Park Jimin?Tanya Puan Ailee dengan nada penuh mengharap.

MWOO!Jeritku akibat terkejut yang amat.Lahai...kenapa kena dance dengan mamat sibuk itu!!Kalau aku sorang je kan best.

Boleh lah..pleasee..

Baiklah Puan Ailee..

Gowamo Hana sshi.

Alright.

*******************

Aku hanya memerhatikan gerak tari Puan Ailee sebelum mulai mengikutnya dari belakang.Katanya Jimin akan datang pukul 3:30 petang.Masa berbaki lebih kurang 20 minit lagi.

Aku meneruskan tarian dengan lembut dan teratur.Ballet bukannya susah sangat tapi haruslah menari dengan jiwa dan perasaan.

Tiba-tiba pintu diketuk dari luar dan tombol dipulas.Jimin kelihatan santai dengan memakai T-shirt berwarna hitam dan berseluar jean putih.

Jimin agak tersentak apabila mendapati Hana ada di situ sebelum senyuman nakal terbit di wajahnya.

*********************
PARK JIMIN POV

Beberapa kali kakinya tersentuh dengan kaki Hana akibat kesalahan yang dibuat oleh gadis itu.Namun Jimin masih lagi menari mengikut alunan melodi yang kedengaran agak romantik itu.

Hana merasakan pandangan mata Jimin yang asyik merenung itu.Geram juga namun terpaksa di akur.Sebolehnya dia hendak memijak kaki lelaki gatal itu sekali lagi.Beberapa kali lelaki gatal itu memeluknya pinggang rampingnya dari belakang yang menyebabkan dia berasa hendak "menghempuk" lelaki itu dengan batu lesong...Hahahah.

Ok stop guys boleh rest lah..espically Hana..Kamu dari tadi practice..get more rest nasihat Puan Ailee.

Tiba-tiba deringan nyaring telefon milik Puan Ailee berbunyi.

Aku masih lagi berdiri sambil merengangkan tubuh badan..Sesekali mataku melirikke arah Jimin yang sedang meneguk air mineral dan bersandar di tiang itu.

Hana..Jimin I'm sorry but I got to go now..see ya ucap Puan Ailee...sebelum terkedek-kedek keluar sambil menggalas tas tangannya.

Jebbal janganlah tinggal aku sorang-sorang dengan malaun gatal ni..rintih hatiku lagi.

Jimin tersenyum kerana Puan Ailee sudah beredar..dapatlah dia berdua-duanya dengan Hana.

Langkah diatur mara ke Park Hana yang sedikit leka dengan telefonnya itu.

****************

I guess kita pernah bercakap dulu..so don't you mind if we introduce ourself again..lembut saja dari pertuturannya kepada Park Hana sehinggakan hati gadis itu mulai cair..

EH CAIR?!!Oh gosh Hana?!!Please wake up!!ingat apa yang lelaki dah buat pada kau dulu?!Kau pernah kecewa kerana seorang lelaki kan?!!Jerit separuh hatinya itu.

Dari sisi lain hatinya seperti merelakan apa yang telah berlaku itu..Tak semua lelaki sama Hana..

Sekali lagi Hana berperang dengan dirinya sendiri.Dia pun tidak tahu apa kemahuannya.Separuh hatinya menyuruh dia membenci lelaki itu namun separuh lagi menyuruhnya memberikan peluang kepada lelaki tersebut.

Hana,17,From Busan balasku lembut.Tangan yang dihulurkan oleh Park Jimin dipandangku kosong sebelum aku mulai menghulurkan salam perkenalan.

Jimin,17,Busan to..

Aku mula mengemas beg dan langkah diatur keluar.

Hana wait!!Jerit Jimin dari belakang.

Aku menoleh seketika.Tangan dimasukkan ke dalam uniform sekolahku.

Boleh saya temankan awak balik?Pinta Jimin lembut.

Aku tidak memberikan kata putus dan terus melangkah.Jimin mengejar langkahku dan mengikutku menunggu bas.

Kenapa awak nak sibuk balik dengan sya?Soalku laju apabila tempat duduk di bas mulai penuh dan keadaan bas itu padat seperti ikan sardin yang berada dalam tin!

Aku cuba juga untuk menjauhkan diri dari sekumpulan lelaki tua yang kelihatan miang.Mereka sengaja merapatkan kedudukan sehingga kan lututku bertemu dengan lutut salah seorang dari mereka.

Dasar lelaki tua merenyam dengusku perlahan.

Seperti menyedari keadaan tersebut dengan pantas Jimin menarik aku lebih hampir dengannya.Sehinggakan mukaku berada di dadanya yang bidang.

"Yeobo..malam ni nak masak apa?"soalnya dan suara sengaja dikuatkan supaya lelaki-lelaki miang tersebut dengar.

Ermm..Serasa panas wajahku apabila kami berada hampir begini dan bauan wangiannya menusuk ke ronggaku.

"Alah..janganlah blushing..Oppa bukan tanya apa nak buat malam ni?"Kali ini lelaki-lelaki miang tersebut menjauhkan diri mereka dariku.

Aku menghela nafas lega apabila ramai penumpang sudah beredar turun dari bas.Huaa tidak sanggup aku berdekat dengan Jimin itu.

Jantungku berdegup pantas..hinggakan aku sukar untuk bernafas.Kini lebih sukar kerana Jimin melabuhkan punggungnya di sebelahku.

Takkanlah perasaanya yang telah mati itu muncul kembali?Tidak!Hana control yourself please!Don't make anything worse..kalaulah dia tahu aku siapa..mesti dia akan membenci aku..hatiku menangis pilu.

Kerana aku mempunyai sebab yang tertentu menyebabkan aku tidak dapat menerima lelaki lain pun dalam hidupku.Aku masih dihantui kesalahan yang lalu..Kerana kebodohan itu,aku tidak dapat menerima cinta yang dihulur sesiapa pun.

Jimin..maafkan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience