BOTHER

Fanfiction Series 2598

Park Hana tekun menyalin nota di dalam kelas tanpa menghiraukan hiruk pikuk kelas.Earphone dipasang dan lagu Butterfly membuatkan dia hanyut dalam mengulangkaji.

Helaian demi helaian diselak dan dia mulai mencoret sesuatu di helaian diarinya.Bunyi macam budak-budak kan?Mengadu kat diari sedangkan diara hanya lah sebuah buku yang tidak dapat menolong kita untuk menyelesaikan masalah.

Sudah hampir setengah jam dia mengulangkaji tanpa dia sedari..dari tadi Park Jimin asyik memerhatikan tindak tanduknya.

Tiba di locker Hana meletakkan bukunya di dalam locker.Jimin tidak dapat menahan dirinya dari terus mendekati Hana.

Apabila Hana mulai hendak mengorak langkah..langkahnya terhenti apabila sepasang kaki lain menghadang laluanya.

"Go away"ujar Hana tegas apabila matanya menentang panahan redup mata Jimin.

"Now way"Kini giliran Jimin pula menentang panahan tajam anak mata gadis itu sambil memberikan senyuman sinis.

Hana hanya mendengus geram...Sebelum dia mulai tersenyum comel..Jimin juga turut terikut senyuman itu.Jarang sekali hendak melihat Hana tersenyum manis bergitu..selalunya pasti wajah garang dan serius ditonjolkan.

Jantung Jimin berdetak pantas.Takkanlah dia boleh kalah dengan yeoja dia hadapannya ini..

Tanpa Jimin sedari Hana telah memijak kakinya kuat sehinggakan meninggalkan kesan pada kasut Jimin.

Jimin mengaduh kuat..Yah!!Geramnya dia dengan yeoja ini..sudahlah permainkannya lepas itu pijak pula kakinya tanpa belas kasihan..Dengan pantas dia menarik kakinya kembali dari menghalang laluan Hana.

Hana hanya tersenyum sinis.Tanpa sepatah kata Hana meninggalkan Jimin.

Jimin menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.Seketika terbit semula senyumannya apabila mindanya asyik mengulang tayang senyuman comel milik Hana tadi.

*************

PARK CHANYEOL POV

Serasa bahang sekali apabila matanya menangkap kelibat Jimin sedang mengacau Hana.Sebenarnya dari tadi dia turut mengekori langkah Hana.Baru sahaja dia hendak menegur Jimin sudah lebih pantas menganggu Hana.

Terbantut niatnya untuk menegur gadis itu.Namun dia tetap menyembunyikan diri di balik dinding.Hendak saja dia keluar dari tempat persembunyiannya dan menolak Jimin.

Dari pemerhatiannya sudah pasti Park Jimin menaruh hati kepada Hana.Ouh tidak sesekali dia benarkannya!!Hana itu miliknya!She's mine!Jerit hatinya.

Penumbuk digengam erat.Dalam fikirannya dia perlu bertindak lebih pantas dari Jimin.Kelihatan Jimin juga ghairah dalam menggapai cintanya bersama Hana.

Tidak mahu mengusutkan fikirannya lantas dia mengambil keputusan untuk pulang saja ke rumah..Moodnya sudah hilang akibat melihat Jimin dan Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience