Rate

bab 2

Romance Series 3763

Rumah Syuhada
————————————————— “Adaa! Nak makan nasi tak? Mak dah siap hidang ni. Ajak adik-adik tu sekali.” Laung Puan Hasnah dari dapur. Makan malam sudah siap dihidangnya,hanya tunggu untuk dimakan sahaja.

“Uish. Mak aku punya suara, rumah sebelah boleh dengar. Tak payah nak pakai mic da. Apa ni orang kata, kelebihan semulajadi gitu.” Bebel Syuhada seorang diri.

“Akmal! Aidil! Pergilah makan nasi tu. Mak ajak makan malam. Cakap dekat mak Kak Adaa makan nanti.”

Ye,dia memang sejenis yang tak boleh makan malam. Confirm lepas makan tersengguk-sengguk. Last-last, semua homeworknya tergantung sepi sahaja. So, untuk langkah berjaga-jaga, dia memilih untuk menyiapkan semua tugasannya terlebih dahulu. Sesudah itu baru dia mengisi perutnya. Selalunya pukul 12 pagi adalah waktu makan malam rasmi Syuhada.

Sedang Syuhada khusyuk menyiapkan latihan geografinya, tetiba nokia miliknya berbunyi menandakan ada mesej baharu masuk. Masa tu mana mampu lagi nak pakai handphone touchscreen ni. Pakai nokia yang jatuh berjuta kali tapi still hidup lagi tu jelah.

Segera dicapai handphonenya. “Hmm.. nombor siapa ni. Tak kenal pun.”

Dibukanya mesej yang diterima itu.

-Hai. Nak tanya, soalan geografi yang mana satu ea Cikgu Zaman suruh buat?-

Dibacanya berulang kali mesej tersebut. “Nak balas ke tak ea? Hmm balas jelah.”

-Soalan muka surat 20, no 2 hingga 9.- Butang send ditekannya.

Tidak sampai satu minit, ada mesej baharu lagi.

-ohh okay,tq :)-
Orang yang tidak dikenalinya itu membalas mesej Syuhada.

“Ishh.buat aku panasaran jelah nak tahu siapa dia. Nak tanya ke tak ea.”

Tanpa sedar jarinya menaip mesej baharu.

-Siapa ea ni?-
dan mesejnya itu telah pun selamat dihantar ke orang di sebelah sana.

“Haih, lambat la pulak dia reply. Buat aku cuak jelah.” Buku geografi didepannya sekejap dibuka sekejap ditutup. Jadi tak tentu arah pula dia dibuatnya.

-Adam-
Sebaris nama itu membuatkan Syuhada terfikir sebentar.

“Kejap. Adam mana ea? Aku ada kawan nama Adam ke? Sejak bila pulak. Hmm.. siapa ea?” Kalau tawaf, mungkin sudah terlebih dari sepatutnya. Entah keberapa kali sudah dia berjalan ulang-alik di dalam biliknya itu.

Akibat lenguh berjalan. Segera dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di meja belajarnya.

“Takkanlah Adam si budak sombong tu. Tapi apasal dia tetiba mesej aku semata-mata nak tanya pasal soalan tu. And mana dia dapat nombor aku ni? Takkanlah sofia bagi. Aishh. Tempah maut budak tu.” Tanpa henti Syuhada bercakap seorang diri.

“Baik aku mesej Danial. Kot-kot dia yang bagi. Dia tu pun kekadang tak makan saman jugak.”

- Salam. Weh, kau kenal tak nombor ni siapa punya? . -

- Tu nombor Adam. Mana kau dapat nombor dia? - balas Danial.

“Hmm. Dari gaya soalan dia macam bukan dia je yang bagi.”

Jari Syuhada kembali bergerak pantas menaip sesuatu.

- nantilah esok dekat sekolah aku cerita ok. -

Dicampaknya handphonenya ke katil. Malas untuk memikirkannya lagi. Buang masa sahaja. Kang tak siap kerja sekolahnya itu, tak pasal-pasal kena panggil berdiri dihadapan kelas. Dapat malu je. Ngeri memikirkan kemungkinan itu, dia pantas menyambung kerjanya yang terbelangkai sebelum ini gara-gara mesej daripada ‘Adam’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience