Rate

bab1

Romance Series 3763

Kelas 3 Arif
————————————————- “Syu...Syu!!!” Bahu rakan baiknya itu digoncang sekuat hati.

“ Ye. Ye. Apa dia? Nak tercabut bahu aku digegarnya.”

Tangan Sofia yang masih enak berada dibahunya segera ditepis. Dipandangnya Sofia dengan rasa tak puas hati.

Sofia segera mendekatkan mulutnya pada telinga Syuhada. Ala-ala berbisik gitu. “tu.. Adam dari tadi dok curi-curi pandang kau.”

Mata Syuhada perlahan-lahan tertumpu ke arah budak lelaki yang dikatakan Sofia tadi. Apabila mata mereka bertaut,segera Adam mengalihkan pandangannya.

“Ishh..mustahilla budak sombong tu suka aku.” Jari telunjuknya lurus menunjuk ke arah Adam sebelum jari itu beralih ke arah dirinya.

“Budak sombong macam tu tak ada maknanya nak pandang aku. Nak senyum pun payah. Kalau ye pun, baik aku pilih si Farhan tu. peramah..comel.”

Novel yang dibacanya sebelum ini diambil semula.

“Ganggu aku baca jelah peah ni.” Bisik hati Syuhada.

“Dah-dah jangan kacau aku lagi. Aku nak habiskan menelaah novel ni cepat-cepat. Si Tasha tu dah mintak balik da novel dia ni.”

Sofia yang mendengar hanya diam membisu.

“Kang aku tegurnya lagi Syu, mati aku kena marah tak pasal-pasal. Angin budak ni bukan boleh percaya sangat. Kejap panas,kejap hujan,kang tetiba petir, aku yang jadi mangsa kena panah dia.” Omel Sofia perlahan.

Dipandangnya ke arah Adam semula. “Hmm..ada something wrong somewhere ni. Aku kena cari mana yang wrongnya tu.” gaya Sofia taktala itu seolah-olah seorang detektif tapi sayangnya dia bukanlah detektif pun.

Syuhada melihat temannya disebelah dengan ekor mata. “Hmm.. adalah tu benda yang dia nak buat tu lepas ni. Aduh.” Novel yang dibacanya diangkat sehingga menutupi mukanya. Malas mahu ambil tahu niat teman baiknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience