Rate

bab3

Romance Series 3764

Kelas 3 Arif
—————————————————

“Syu!”

“Syu!”

“ Ye-ye. Aku dengar. Nak apa kau orang berdua ni.”

Dipandangnya Danial dan Sofia yang tidak henti-henti memanggil namanya.
Buku nota yang sentiasa dibawa kemana-mana sahaja dikeluarkan. Dia mahu menyenaraikan tugasan yang diberikan oleh gurunya hari ini supaya nanti lebih mudah untuk dia menyemak semula. Satu hal lagi dia ni jenis kadang cepat lupa. Kang penyakit pelupa dia datang,naya je.

“Ceritalah cepat.”
Gesa Danial. Kerusi didepan Syuhada ditariknya segera. Sejak dapat mesej Syuhada semalam,dia jadi panasaran. Mahu tahu apa yang sebenarnya terjadi.

“Cerita apa bendanya?”
Soal Syuhada acu tak acu. Lambat pula otaknya berfungsi.

“Danial kata semalam kau mesej dia, mintak nombor telefon Adam.”
Sofia pula mengambil tempat disebelah Syuhada. Didekatkan dirinya pada Syuhada. Gaya tak nak kasi orang lain tahu apa yang dibualkan oleh mereka. Top secret kononya.

“Pembetulan. Bukan minta nombor Adam tapi tanya yang nombor mesej kat aku tu siapa punya.”
Segera dibetulkan ayat temannya itu. Boleh jadi salah faham nanti. Aku tak desperate lagi ea nak minta nombor budak tu.

“Aku tak cakap macam tu ea. Kau tu yang silap dengar.”
Danial juga pantas membela diri. Risau andai Syuhada menganggap dia memandai-mandai mereka cerita.

“Hehe. Yela kot. Silap aku. Maaf Syu. Maaf Danial.”
Sofia tersengih seperti kerang busuk. Malu pula dia bila salah info ni.

“Tak apalah. Aku tak marah pun.”

Adam,Zaid dan Farhan yang baru sahaja masuk ke kelas dipandangnya sebentar. Mukanya berkerut-kerut seolah-olah memikirkan sesuatu.

“Aku curiouslah. Mana budak tu dapat nombor aku ea. Setahu aku, tak ramai yang tahu nombor aku.”
Syuhada akhirnya membuka mulut untuk berkongsi apa yang bermain di mindanya sejak kelmarin.

“Aku rasakan, Adam dapat daripada Khai lah.” Bisik Danial perlahan.

Bulat mata Syuhada apabila mendengarkan itu. Biar betik. “Aku tak perasan pulak yang dorang berdua tu rapat. Sejak bila pulak?”

Khairul yang sedang bercerita bersama-sama temannya yang lain dipandang dari jauh.

“Betulkan cakap aku. Adam tu suka dekat kau. Aku cakap tak percaya. Menyampah.”
Matanya memandang ke atas acah-acah meluat.

“Eh-eh budak ni. Aku cepuk jugak kang.” Syuhada memandang tajam danial yang duduk dihadapannya itu.

Danial ni separa lelaki separa perempuan. Bukannya nak kata dia khunsa tapi jenis lembut sikit macam perempuan. Tapi kalau lelaki dia datang,hambik kau. And jangan kau orang pandang dia tak ada mata ea. Danial ni captain baseball sekolah and peminat dia ni punyalah ramai. Maybe sebab dia ni jenis peramah plus muka bolehla tahan hensem. Tapi alhamdulillah,setakat ni aku selamat lagilah daripada terjatuh hati dekat budak depan aku ni.

“Ah,lantaklah. Tak penting. Malas nak cara. Dah pi main jauh-jauh. Aku nak sambung baca novel ni.”
Novel didalam begnya dikeluarkan. Even sekolah sudah melarang pelajar-pelajarnya membawa novel cintan cintun ni ke sekolah tapi siapa kisah. Hahaha. Jahatkan. Dekat sekolahlah, sesi pinjam-meminjam novel dijalankan.( dah macam sistem bater)

Danial dan Sofia yang melihat Syuhada sudah mula membaca novelnya itu perlahan-lahan berundur. Tidak mahu mengganggu singa yang sedang tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience