Bab 5

Romance Series 2331

Keesokkannya,Wahidah ingin membalas dendam terhadap Wafiq,sepupunya yang nakal tu."Siap lah kau kali ini."bisik hati Wahidah penuh dendam.Wahidah bercadang ingin mengambil handphone Wafiq kerana mungkin dia boleh mencungkil serba sedikit rahsia yang berada dalam handphone Wafiq.
"Wafiq."panggil Paksunya."ye,Wafiq turun ni."kata Wafiq."bagus."bisik hati Wahidah.Wahidah terus ke bilik Wafiq setelah melihat Wafiq turun ke tingkat bawah.Wahidah membuka tombol pintu bilik Wafiq dengan senyap dan perlahan kerana takut didengari orang.
"hah,itu pun dia."Wahidah ternampak handphone Wafiq diatas meja di dalam biliknya.Wahidah terus mengambil handphone Wafiq dan cuba membuka lock screen tetapi tidak boleh kerana perlu menggunakan jari Wafiq.Wahidah ternampak gambar seorang perempuan memakai tudung bawal,tetapi tidak kelihatan jelas.
"woi,kau buat apa dengan phone aku?"tanya Wafiq.Wahidah terus berlari ke tingkat bawah dan meninggalkan phone Wafiq diatas katil Wafiq.Wafiq mengejar Wahidah sampai ke tingkat bawah."bush!"bunyi tumbukan kuat menarik perhatian semua."aduh!"jeritan Wahidah sangat kuat kerana terlalu sakit.
"Wafiq!"marah Ayahnya."Wahidah tu amik phone Wafiq."cakap Wafiq dengan perasaan marah."Wahidah pun."kata Ibu Wahidah pula."pang."Wahidah dilempang oleh Wafiq."gedebuk."Wahidah terhantuk di bucu meja.Darah suci Wahidah mengalir dengan banyak diatas lantai putih itu."ya allah."kata Opah mereka.
"Wafiq,kau mai sini."kata Ayahnya."kau kalau sehari tak gaduh dengan dia tak boleh ke?"tanya Ayahnya.Ayah Wafiq baru nak menampar muka Wafiq,tetapi dihalang oleh Wahidah."jangan,Paklang."merayu Wahidah yang sedang berdiri dihadapan Wafiq yang sedang ketakutan."Wahidah."bisik hati Wafiq.Ayah Wafiq tidak sempat menampar Wafiq kerana kasihan kepada Wahidah yang sanggup mempertahankan Wafiq walaupun darah masih mengalir dari hidungnya.
"wa..wahidah."panggil Wafiq.Wahidah menolehkan mukanya dalam keadaan pucat lesi dan tak bermaya untuk berdiri lagi.Wahidah terjatuh lemah di atas lantai."Wahidah!"jerit Wafiq.Buat pertama kalinya Wafiq menangis."semua ini salah Wafiq!"jerit Wafiq lagi."jangan salahkan diri sendiri,Wafiq"kata Opah.
Selepas 5 minit,ambulans sampai untuk mengambil Wahidah dan menghantarnya ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience