Bab 15

Romance Series 2332

"Ibu,kenapa amanah Ibu yang terakhir ni susah sangat?"kata Wahidah dalam hati.
"tok,tok,tok!"bunyi ketukan pintu itu menghentikan lamunan Wahidah.Tombol pintu dibuka secara perlahan-lahan kerana takut bising."Wahidah,ini Wafiq bawakkan bubur."kata Wafiq."waalaikumsalam."perli Wahidah kerana Wafiq masuk tanpa memberi apa-apa salam."amboi,perli eh?"soal Wafiq bengang."mesti lah."jawab Wahidah sambil memaling ke arah lain.
"bubur ni nak Wafiq suapkan ke apa?"soal Wafiq."Wahidah bukan budak kecik untuk dimanjakan lagi lah,Wafiq."kata Wahidah sakit hati kerana dilayan seperti kanak-kanak lagi."okok,sorry.Wahidah kan sakit."jawab Wafiq."sakit kaki bukan tangan."balas Wahidah."sakit kaki ke tangan ke asalkan jangan sakit hati dengan Wafiq sudah."gurau Wafiq."memang tengah sakit hati pun."jawab Wahidah dan terus bangun dari baringnya."meh,sini bubur tu."arah Wahidah.Wafiq menghulurkan plastik yang mengandungi sebekas bubur didalamnya.
"Wafiq beli ke?"tanya Wahidah sambil meniup bubur yang terletak didalam sudunya dan sekali gus menyuapkan bubur itu ke dalam mulutnya."Wafiq yang masak."jawab Wafiq.Wahidah tersedak dan meminta air daripada Wafiq."ish,kalau nak bergurau jangan serius sangat!"marah Wahidah."Wafiq tak bergurau,Puteri Wahidah."kata Wafiq."hahaha,nampak sangat menipu."gelak Wahidah kerana tidak mempercayakan kata-kata Wafiq."betul la.Wafiq sempat belajar memasak dari Makngah tau."kata Wafiq sambil menunjuk-nunjuk.Memanglah Wafiq sempat belajar memasak kerana Wahidah asyik berkurung didalam bilik sahaja semenjak ini."Ibu ajar masak ape?"soal Wahidah ingin tahu menu-menu yang Ibunya ajarkan kepada Wafiq."semuanya lauk kegemaran awak,Wahidah."jawab Wafiq.Wahidah tersenyum riang teringatkan saat mereka bertiga memasak bersama didapur.Habis tunggang-langgang jadinya.Tepung bertaburan,telur pecah sini-sana,bersepah.
"Wahidah,Wafiq nak balik dulu.Nanti Wafiq suruh Maksu dan Paksu pulak datang melawat Wahidah ye."kata Wafiq ingin mengundurkan diri dan balik ke rumah."hmm."Wahidah membuat mulut muncungnya.Geram mata Wafiq memandang,ingin saja dia ikat mulut muncung Si Wahidah itu."nakal betul."kata Wafiq dan bangun dari tempat duduknya."Wafiq."kata Wahidah sebelum Wafiq melangkah pergi.Wafiq menoleh ke arah Wahidah."jaga diri baik-baik."pesan Wahidah.Wafiq hanya mengangguk tanda faham.
Sudah masuk 2 minggu Wahidah ditahan wad,hingga harini Wahidah dibenarkan pulang ke rumah."Opah,Wahidah nak melawat kubur arwah Ibu dan Ayah boleh?"soal Wahidah kepada Opahnya yang sedang duduk beristerehat."pergi lah,doakan mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan sedekah kan surah Ya-siin kepada mereka selalu."pesan Opah sebelum membenarkan cucunya pergi melawat arwah anak dan menantunya."Nizam,tolong hantarkan Wahidah ke kubur Ibu dan Ayahnya ya."kata Opah kepada Paksunya."baik,mak."Paksu akur sahaja segala perintah ibu mertuanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience