Bab 12

Romance Series 2331

"eh,sekejap.Berjuang sama-sama untuk?"tanya Wahidah sambil membuat mimik muka pelik."berjuang sama-sama untuk mendapatkan restu Mak dan Ayah kita."jawab Wafiq sambil mengenyitkan matanya.
Pada petang itu,mereka berdua bersiap-siap untuk pergi ke Taman Bunga yang dicadangkan oleh mereka."acu,boleh tak tolong hanta Wahidah dan Wafiq?"tanya Wahidah."korang berdua nak pergi mana?"tanya Paksu mereka."kitaorang nak pergi Taman Bunga.Paksu dan Maksu nak ikut?"tanya Wahidah."nak."jawab Maksu."ok,jom pergi."kata Wafiq.
Mereka berempat pergi dengan menaiki kereta Myvi berwarna biru."nanti dah sampai,acu nak jalan-jalan dengan Paksu tau.Korang berdua pergi lah jalan-jalan."pesan Maksu."ok,Maksu.Kitaorang pun nak date jugak."kata Wafiq."mengada."Wahidah menyampuk."kitaorang nak melukis je."kata Wahidah lagi."hahaha,mengaku jelah.Nak date kan?"kata Paksu.Mereka bertiga gelak kerana dapat membuli Wahidah.
Setelah hampir 2 jam dalam kereta,Wahidah tertidur."eh,kenapa Wahidah tersandar kat bahu Wafiq tu?"tanya Maksu."dia tertidur,Acu."jawab Wafiq."hahaha."Paksu dan Maksu gelak.Maksu menangkap gambar Wahidah yang sedang bersandar pada bahu Wafiq itu.
Setelah 3 jam berada didalam kereta akhirnya mereka berempat sampai."Wahidah,bangun.Kita dah sampai."kejut Wafiq."ha?"Wahidah bangun dalam keadaan terkebil-kebil."Puteri Wahidah,bangun."kejut Maksu pula."Wahidah,bangun la."kejut Wafiq sambil menggoyangkan badan Wahidah.Wahidah tetap tidak bangun."baa!hahaha,Wahidah dah lama bangun!"Wahidah bangun dan turun dari kereta."ish,buat penat orang kejut dia."Wafiq merungut penat."kalau penat tak payah ikut."perli Wahidah."ok,disebabkan Wahidah,Wafiq kuat."kata Wafiq.Mereka jalan ke pintu masuk dan menikmati suasana indah di dalam Taman Bunga itu.
"kita lukis kat sini lah,Wahidah."kata Wafiq."cun."jawab Wahidah setuju."Wafiq nak Wahidah duduk kat bunga tu.Lepastu,Wafiq lukis ye."kata Wafiq."baik,bosskur."kata Wahidah.Wafiq melukis gambar Wahidah yang sedang memegang bunga."wah,dah siap.Cantiknya."kata Wahidah."macam Wahidah la."kata Wafiq."hahaha,gedik lah Wafiq ni."kata Wahidah."jom jalan-jalan."ajak Wafiq.Mereka jalan-jalan berdua sambil makan aiskrim yang sama perisa."Wafiq,jom selfie berdua kat sini."ajak Wahidah yang selalu sangat selfie.Mereka pun selfie disebuah tempat yang berbentuk love dan dihiasi dengan bunga-bungaan yang cantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience