Completed
1181
Selepas sebulan perkara itu berlalu. Tibalah juga hari yang dinantikan
oleh Zahirah dan Aiman . Dari jauh mereka saling berpandangan dan membalas
senyuman.
Sekelip mata sahaja Zahirah sah menjadi seorang isteri.
Syukur alhamdulillah, Ya Allah. Zahirah menadah tangan dan
mengaamiinkannya. Aiman juga melakukan perkara yang sama.
“Cepatlah salam!” Zeck mengarah sahabatnya itu.
“Zeck, yang awak sibuk nak arah-arah orang ni kenapa?” Marah
Ria.
“Awak diam. Saya suka tengok orang malu-malu ni.” Kata Zeck.
Wajahnya tersenyum. Gembira melihat Aiman dan Zahirah yang masih duduk
bertentangan tetapi tidak buat apa-apa. Susah juga kalau sama-sama
pemalu ni. Fikir Zeck.
“Tak ada kerja ke?” amuk Ria. Sebenarnya aku pun suka tengok
pasangan yang malu-malu.
“Tak ada kerja? Mujurlah. Nak tengok awak malu-malu?
Berzamanlah kot.” Zeck meninggalkan pasangan pengantin tersebut. Dia
keluar dari masjid itu. Ria mengikutnya.
“Hey, buat apa saya nak malu-malu dengan awak? Awak tu
lelaki yang tak tahu malu tau?” kata Ria. Dia memeluk tubuh. Geram
dengan kata- kata Zeck.
Lelaki itu bersandar di keretanya. Dia mengeluarkan sesuatu.
“Rokok!” terkejut beruk Ria. “Rokok ni buat awak bertambah
busuk tau. Nanti saya tak naklah tidur dengan awak!” Ria menjauh sedikit
dari Zeck. Mata Zeck terkebil-kebil.
Minah ni, kalau menuduh memang sedap mulut sahaja. Ak juga
yang kena denda tak boleh tidur dengan dia. Zeck mengelengkan kepalanya.
Dia membuang dalam tong sampah.
“Lor, kenapa buang? Isaplah sampai habis. Membazir aje.”
Sindir Ria. Dia tidak pandang pun wajah Zeck. Geram punya pasal.
“Rokok tu saya jumpa dalam masjid tadi. Mengotorkan masjid
sahaja.” Jelas Zeck. Tersentap Ria dibuatnya.
Wajah Ria benar-benar merah. Dia betul-betul malu dengan
sikapnya. Suka menuduh. Dia mula membuka langkah. Apa lagi nak dibuat.
Larikan diri.
“Nak ke mana pula tu?” Tanya Zeck.
“Nak ke tandas?” jawab Ria tanpa memandang Zeck. Kalau dah
malu tu, buat cara malu. Tak payah nak poyo.
“Ria...” lembut sahaja Zeck menyebut nama Ria. Ria berpaling.
“Kali pertama tengok awak malu-malu.” Zeck tersenyum puas.
Makin merah wajah Ria lalu meninggalkan Zeck.
Ria masuk semula ke dalam masjid kerana mahu melihat
pengantin baru ni.
Apa? Tak habis lagi ke sarungkan cincin. Memang pemalu habis
dua pasangan ni.
“Zahirah , sarunglah cincin tu?” Ria menghampiri Zahirah dan
berbisik. Perlahan-lahan tangan dia mencapai tangan Aiman .
Kini, kedua-dua cincin utuh dijari mereka. Teragak-agak Aiman
untuk mengucup dahi Zahirah . Mereka berdua menjadi bahan ketawa oran di
Masjid. Malu bukan main lagi.
“Tadi ada orang tu kata nak ke tandas?” ada suara yang
berbisik di telinga Ria. Ria buat muka selamba. Memandangkan semua sibuk
mengambil gambar, tinggal mereka berdua di belakang.
“Tandas rosak!” Ria memberi alasan.
Zeck hanya tersenyum sahaja. Ada aje nak dijawabnya.
Selesai juga majlis akad nikah ni. Zahirah berlari memeluk Ria.
Apa yang minah ni buat pada aku ni?
“Terima kasih kak Ria sudi datang majlis kahwin kita.” Ucap
Zahirah . Mana pergi sopan santun minah ni tadi? Adesss...
“Mestilah datang. Ada suami, mudah nak pergi mana-mana sebab
ada orang tolong bawakan. Kenalkan Zeck akak. Tuan punya cinta akak
ni.” Kata Ria. Dia memeluk lengan Zeck.
“Kak Ria, tu dialog Aiman . Mana boleh akak cilop.” Aiman
menghampiri mereka bertiga. Walaupun masih rasa malu tetapi dia cuba
tebalkan mukanya.
Zahirah sudah tertunduk malu.
“Tuan punya cinta Zahirah , nilah. Encik Zaffran Aiman Arshad.”
Perlahan sahaja suara Zahirah .
“Syoknya!” Ria gembira mendengarnya.
“Tahniah, abang!” muncul seorang wanita.
“Siapa ni Aiman ? Bini nombor dua ke?” Ria berkata. Tersentap
hati Zahirah . Mulut kak Ria ni mmeang tak ada insurans.
“Ini Ann. Ann Lin. Kenal kan, Zahirah ?” Soal Aiman . Dia
memandang tepat ke wajah Zahirah yang baru dinikahnya sebentar tadi.
“Ann? Cantiknya bertudung. Alhamdulillah!” ucap Zahirah . Dulu
Zahirah sentiasa berpakaian seksi dan ikut suka dia sahaja. Tapi Ann kena
bersyukur sebab ada abang sepupu yang alim macam suami aku ni. Zahirah
memuji Aiman dalam diam.
“Terima kasih kak. Maafkan Ann sebab dah buat korang
bergaduh sebelum ni?”
“Tak apa tapi lain kali jangan buat macam tu lagi. Kejut
tahu hati ni?” jelas Zahirah , akhirnya mereka ketawa serentak.
Share this novel