BAB 3

Romance Completed 1181

Zahirah terasa penat sangat. Sejak berat badannya naik mendadak membuat
tubuhnya benar-benar penat.

“Sayang, kenapa tak cakap pada abang yang sayang nak air.”
Aiman baru sahaja keluar dari bilik air. Terkejut melihat Zahirah sedang
berdiri untuk mengambil air minum.

Zahirah tersenyum bahagia.

“Sayang duduk. Biar abang yang ambilkan.” Aiman betul-betul
melayannya dengan baik. Setahun usia perkahwinan mereka memang bahagia
dengan izin-Nya.

“Aduuh!” senyuman Zahirah mati. Dia memegang perutnya yang
tiba-tiba sakit. Aiman gelabah.

“Doktor!” panggil Aiman . Dia benar-benar bimbang dengan
keadaan isterinya.

Doktor terus membaca Zahirah ke bilik bersalin. Air ketuban
Zahirah sudah pecah dan pintu rahimnya sudah terbuka.

Tiba-tiba graf denyutan anak dalam kandungan Zahirah semakin
lemah dan rendah.

“Isteri encik perlu dibedah dengan segera demi menyelamatkan
bayi. Saya perlukan tanda tangan suami untuk teruskan pembedahan ni.”
Kata Doktor.

Hati Aiman tersentap. Dia tidak menyangka yang Zahirah akan
dibedah. Demi menyelamatkan dua nyawa, Aiman bersetuju.

Perasaan risau dan berdebar silih berganti dalam firi Zahirah
ketika disorong masuk ke dalam dewan pembedahan. Sungguh! Yang penting
bayinya selamat.

“Aiman , mana Zahirah ?” Ria muncul. Dia benar-benar risau dengan
adik angkatnya itu.

“Masih dalam bilik pembedahan.” Wajah Aiman tenang.

“Zeck...” Ria memandang suaminya.

“Zahirah tak kan apa-apa.” Zeck cuba tenangkan Ria. Cik Ria ni,
over pula risaunya. Melebihi Aiman pula. Zeck tersenyum.

“Alhamdulillah. Encik dapat anak lelaki. Encik boleh
azankannya bila bayi sudah dibersihkan.” Kata Doktor.

Air mata kelegaan mengalir.

“Syukur Alhamdulillah, Ya Allah. Kau kabulkan doa aku Ya
Allah.” Segera Aiman mengazankan anaknya.

Zeck dan Ria hanya melihat dari jauh.

“Inilah Tuan punya cinta Zahirah , kan Zeck?” kata Ria.

“Betul. Kita pula bila nak ada anak?” usik Zeck.

“Hey, yang dalam perut ni apa? Tak sedar ye?” Ria sedikit
marah. Zeck tersenyum. Mereka juga bahagia.

Mengalir air mata seorang ibu apabila melihat bayi yang
comel itu sedang nyenyak tidur.

“Terima kasih sayang.”

“Terima kasih pada Allah, abang. Dia masih memberi
kesempatan pada kita untuk terus hidup atas muka bumi ini bersama Adam
Alif.” Kata Zahirah .

Mereka tersenyum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience