BAB 1

Romance Completed 1181

Aiman mengejar Zahirah . Ligat betul perempuan ni. Tak padan dengan pakai
jubah. Larinya laju.
Mazlan! Tunggulah saya.” Jerit Aiman .
“Buat apa awak kejar saya?” langkah Zahirah terhenti. Hatinya cukup panas.
Dia cuba bersabar.
“Saya minta maaf ya?”
“Minta maaf? Awak tuduh saya, Aiman . Awak tuduh saya!” agak tinggi suara
Zahirah . Tuduhan Aiman tak bernas. Tak boleh diterima akal. Terutamanya akal
aku. Kau nampak aje aku ni lemah lembut macam ni tapi kalau dah datang
angin segala angin, kau, aku karate gak!
Zahirah meneruskan langkahnya. Meninggalkan Aiman sendirian.
“Aku salah, Zahirah ...” terduduk Aiman di lantai. Rambutnya yang sedia
serabai makin berserabai bila kedua tangan Aiman mengusap kepala dengan
kasar.
Wajah Aiman betul-betul tegang.
Aiman teringat pertemuan pertama dia dengan Zahirah . Mata Zahirah berwarna hijau. Memang cantik. Walaupun ketika itu dia memakai kanta lekap tapi matanya begitu menawan. Tidak pernah dia melihat wanita tanpa berkelip. Hanya semata-mata sepasang mata.
“Tak boleh jadi. Kalau betul aku cintakan Zahirah . Aku takkan lepaskan dia.
Cinta dia milik aku. Ya Allah, kau permudahkan urusan aku. Aamiin!” doa
Aiman .
Segala yang berlaku ini hanyalah salah faham. Salah aku juga tak siasat
betul-betul.
Aiman berjalan pulang. Rumah banglonya sunyi sepi tanpa penghuni.
“Ann!” Aiman terkejut perempuan durjana itu ada dirumahnya.
“Apa kau buat kat rumah aku?”
“Aiman ...” manja sekali suara Ann.
“Kau tak payah mengedik kat sini. Kau tahukan aku dah bertunang dengan
Zahirah . Yang kau sibuk buat cerita tak senonoh tu kenapa? Aku dah banyak
sabar dengan kau ni, Ann!” marah sungguh Aiman kepada Ann.
“Mana ada tak senonoh. Aku cuma bagitau kau cakap yang Zahirah pakai aje
tudung labuh tapi mengada-ngada dengan lelaki lain.” Ann tersenyum.
Mata Aiman merah menahan marah.
Pang!
Aiman menampar pipi Ann. Rebah gadis itu.
“Gila!” amuk Ann. Terasa perit pipinya. “Memang patut Zahirah tinggalkan
sebab kau ni kaki pukul betina!”
“Kau cakap baik-baik sikit. Kau orang pertama aku tampar. Jangan sampai
kau jadi orang pertama aku bunuh!” ugutan Aiman . Terbeliak mata Ann.
Aiman cuba bertenang. Memang kalau perkara yang berkaitan dengan Zahirah , mudah sahaja hatinya sensitif. Zahirah begitu bermakna baginya.
“Ya Allah, kau tenangkanlah hatiku ini. Bukalah hati Ann untuk
bertaubat.” Doa Aiman lalu meninggalkan Ann sendiri.
Ann menangis mendengar doa Aiman . Dia terus pengsan di situ.
Tiada arah tuju yang dapat Aiman pergi. Dia singgah sekejap di Masjid
dengan harapan hatinya lebih tenang.
Zahirah termenung di depan cermin. Macam mana aku boleh suka lelaki macam
Aiman tu? Zahirah mengeluh.
“Zahirah , tak baik mengeluh. Tak mau! Tak mau! Allah tak suka.” Zahirah
menasihati dirinya sendiri.
“Entah-entah Ann sengaja nak rosakkan hubungan aku dengan Aiman . Aku pun satu, yang percaya bulat-bulat kata minah yang sememangnya tak suka aku tu kenapa?” Zahirah baru dapat berfikir dengan baik.
“Kesian Aiman . Tak pasal-pasal makan penampar aku siang tadi.” Zahirah
menyesal. Kerana terlalu marah, dia telah menampar wajah Aiman . Mesti
Syaitan bergembira saat itu.
Zahirah mencapai telefon bimbitnya. Mencari perkataan Aiman .
“Assalamualaikum...” suara Aiman kedengaran lemah.
“Waalaikumussalam Aiman .” Zahirah serba salah lalu cepat-cepat dia tamatkan talian. Dia tidak sepatutnya bercakap dengan Aiman .
Aiman mengerutkan dahinya. Kenapa minah mata hijau ni? Aku ingat dia tak
marah pada aku kot? Syukur alhamdulillah. Termakbul doa aku.
Hati Zahirah berdebar-debar mendengar suara Aiman . Itulah Zahirah . Dia rasa
hatinya mah meletup apabila mendengar suara Aiman .
“Oh kalau marah tadi, tak ingat dunia ya, Zahirah ?” ada suara yang berkata
begitu. Zahirah hanya mampu tersenyum.
Tiba-tiba ada mesej masuk.
Zahirah , maafkan Aiman . Tak pernah Aiman cakap macam tu tentang Zahirah . Aiman bertemu dengan Zahirah pun kerana takdir dan Aiman yakin yang Zahirah akan jadi milik Aiman dunia dan akhirat. Aiman sentiasa mendoakan hubungan kita.
Kita jumpa masa majlis perkahwinan kita. Harap semua berjalan seperti di
rancang.
Zahirah tersenyum membaca mesej tersebut.
Zahirah yakin dia sudah memilih lelaki yang selayaknya untuk dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience