AA 2 - Datin Zahra

Romance Series 8440

BEG pakaian yang sudah kelihatan lama dipenuhi dengan pakaian. Disebabkan bag pakaian hanya satu, disumbat pula barang-barang 'dalam’ nya kedalam beg sandang. Hanya barang penting dan pakaian hanya dibawa.

Seperti magnet, pandangan Naira terhala pada sehelai baju t-shirt berwarna grey tersangkut elok dicelahan baju dalam almari.

Tak semenanya kolam mata kembali bergenang. Baju yang menarik perhatiannya itu diambil. Dipeluk baju masuk kedalam dakapan Naira. Haruman perfume kuat menusuk..

Haruman itu...haruman yang menenangkan dan maskulin. Dari dulu Aayan amat suka dengan haruman perfume yang menjadi kegemaran lelaki itu.

Air mata yang kian menampung dikelopak mata ditahan, Naira sudah tak mahu menjatuhkan air matanya. Tapi itu mustahil. Dia yang bersila dilantai itu tersandar lesu dibadan katil. Pilu..

"Hiks..hiks..hiks.. bang, tolong la..Qis tahu abang masih hidup. Qis tak mampu besarkan anak kita sorang-sorang.” Rintih Naira tak dapat menahan sebak. Tersandar lemah..bersama esakkan kecil.

Mata wanita itu sudah sembab akibat menangis terlalu lama. Tidur malamnya ditemani esakkan dan air mata yg jatuh tak kesudah. Baju milik Aayan ditangan dipeluk semakin erat...matanya terpejam seketika. Membayangkan suaminya ada disisi.

Pilunya rasa..sungguh dia merasa kehilangan. Siapa tak sedihkan, sudah tak punya sesiapa lagi...hanya punya orang yang pernah mengisi hatinya...menggembirakannya. Namun, lumrah hidup kita sebagai manusia. Sayang macam mana sekalipun pada seseorang, kita semua hamba Allah, milik Dia. Bila-bila masa saja Tuhan dapat ambil sesuatu dari kita...termasuk orang yg tersayang.

Naira tersenyum pahit. Tangannya memegang perutnya.

'Sekurang-kurangnya aku masih punya zuriat bersama Aayan. Ini amanat Allah, sebesar apa pun ujian yang Dia turunkan, aku sebagai hamba tak layak untuk mengeluh.’

'Nanti bila abang balik. Qis akan pergi pada abang, Qis akan jaga anak ni lebih dari nyawa Qis sendiri.’ Tekad Naira seperti disuntik semangat yg entah dari mana. Tapi dia percaya, itu semua dari Allah s.w.t

Leka dalam melayan perasaan, tersedar hp nya berdering minta diangkat. Naira terpinga-pinga mencari hp.

Jumpa! Nama 'Adrian’ tentera di skrin. Digesel sekilas .

"Ad dah sampai ke?” Soal Naira serak suara tekaknya.

"Akak dah siap. Tak apa biar Akak turun, Ad tunggu kat bawah saja. Waalikumsalam.” Setelah selesai berbicara dengan adik iparnya. Naira bersiap cepat-cepat. Diambil beg pakaian dan sandangnya yg diisi dengan pakaian baju. Sempat disumbat sekali baju Aayan yang dipeluk. Dapat juga dia lepaskan rindu...

Pintu dikunci dengan mangga. Beg disandang dibahu.

"Kak. Mari beg tu biar Ad angkat.” Muncul Adrian, diambil dua beg ditangan Naira.

Naira terkebil-kebil. Berpaling kebelakang diamana ada Adrian yang tersenyum kecil padanya.

Naira hanya diam tanpa banyak bicara. Ketika mereka berdua turun menuruni tangga bertembung pula dengan beberapa wanita tua lingkungan 50-an memandang serius pada Naira dan Adrian. Penduduk yg tinggal disini mungkin. Fikir Adrian sempat menghadiahkan senyum mesra.

Disebabkan flat itu hanya murah dan tak punya kemudahan lif, hanya ada tangga saja sudah memadai. Tapi untuk warga emas dan orang orang tua mungkin susah kerna penat berjalan melangkah tangga.

"Eh itu kan isteri orang kaya tu?”

"Haah lah. Dia dengan lelaki mana? Suami baru meninggal kemarin, dah cari laki lain. Busuk hati betul. Nampak sanggat kaki kikis kan.”

"Apa la nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Nampak muka tenang je, kalau kita suami yang meninggal mesti meraung menangis kan? Tapi dia ni.. ishh tak tahu la nak cakap. Nampak macam biasa saja.”

"Ya Allah, apa nak jadi dengan perempuan muda zaman sekarang. Tu mesti pergi hotel tu dengan laki kaya lain pulak. Jual badan la tu buat tampung seharian kan? Harap muka ja cantik, manis, tapi..errr geli nak cakap..seriau rasa.”

Langkah yang terhenti itu Naira menahan dadanya seperti mahu meletup. Kedua tangannya digenggam kemas...menyeru kesabaran dan sifat bertenangnya hadir menyuntik dalam tubuhnya. Mendengar kata-kata sinis pedas dari penduduk disitu. Selama ini memang dia tak rapat mana dengan jiran disitu kerna selalu dipinggirkan. Kalau dia mahu berbual pasti mereka akan lari. Entah apa yang salah dia pada mereka hingga sampai orang tua memandang serong padanya.

Adrian dan Naira berpandangan seketika. Naira mengeluh kecil. Tajam dan pedas sungguh hinaan dan fitnah ditabur padanya yg tak buat apa-apa. Mana mungkin dia berhubungan dengan adik ipar sendiri!

Jual badan?
Ya Tuhanku, itu sudah melampau. Maruah dipijak macam tu saja. Walau tiada bukti satu pun!

Adrian memandang wajah Naira yang tak bercahaya mahu pun senyuman. Simpati juga dia..

"Dah la pekakkan saja telinga. Mari la nanti jalan jem pulak.” Setelah berdiam lama, akhirnya Naira bersuara tersenyum nipis malas mahu besarkan masalah. Mulut orang bukan boleh ditutup. Terutama mulut puaka macam tu..
. .
. .
Oksigen disedut sedalam mungkin. Lalu dihembus perlahan. Banglo mewah tiga tingkat terpampang gah dihadapannya dipandang dengan rasa sayu. Pintu kereta dibuka...

Naira mengorak langkah kepada Adrian yang sedang mengeluar beg-beg nya. Dilihat kakak iparnya seperti berat mahu melangkah masuk.

"Kak Naira bawa bertenang dulu. Jangan fikir la apa yang Mummy nak cakap nanti. Dia memang macam tu, lama-lama nanti hati Mummy lembut la kalau tengok bakal cucu dia nanti.” Adrian cuba memujuk. Perut Naira dipandang bersama wajah senyum ceria, seperti mahu saja dia sentuh...dibatalkan niat mengarutnya itu.

Keluhan berat dilepaskan. Jujurnya, hati Naira berdebar-debar untuk berhadapan dengan ibu mertuanya. Walaupun dia sudah tawakal dan serahkan segalanya pada Yang Esa, tetap juga hati kecilnya terselit rasa takut. Naira menghadiahkan senyum tawar kepada Adrian sebelum mengikuti langkah Adrian kedalam kediaman mewah lagi moden itu.

Pandangannya melilau sekeliling. Kagum. Namun Naira mengawal rasa kagumnya. Tidak lah begitu teruja kerna dia tak butuh kemewahan dalam kehidupan. Dia tak pernah menjejak kaki kedalam banglo milik keluarga Aayan. Pernah sekali melihat, tapi hanya melihat luar rumah.

Adrian mahu menjerit memanggil bibik yg bekerja disitu tetapi niatnya terbatal seketika apabila pandangan terhala pada seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun berlari kearah nya.

"Ayah su!!” Jerit riang budak perempuan itu memeluk pinggang Adrian.

Naira menjadi pemerhati. Bibir delimanya menguntum senyum melihat kemesraan Adrian dan gadis bermata biru itu. Rambutnya perang asli, kulitnya putih mulus. Senyumnya juga manis. Comel!

Adrian tergelak kecil. Hidung Rania dicuit. Rania yang seronok bergelak dengan Adrian baru perasan ada manusia lain dibelakang Adrian.

Rania, atau nama sebenarnya Putri Rania iaitu cucu perempuan sulung didalam keluarga itu. Ketika dia berusia 4 tahun, sudah bergelar anak yatim piatu. Ayahnya Putra Izzril, abang sulung Adrian dan Aayan. Namun nyawa nya sudah Tuhan tarik. Ibu Rania pula, Dayang...entah lari kemana. Entah hidup entah mati. Ditinggal Rania yang ketika itu berusia 2 tahun. Mujur Adrian, Atok dan neneknya Datin Zahra masih menjaganya dan ditatang bagai minyak yang penuh.

Rania berjalan teragak-agak kepada Naira yg tersenyum lembut kepadanya. Dipandang wajah Naira hairan, kemudian beralih pula kepada Adrian.

"Ayah su, siapa ni? Cantik la makcik ni. Girlfriend Ayah su eh? Tapi kenapa nampak tua. Tua sikit je makcik.” Polos Rania bertanya hingga Naira yg mendengar tercengang sebentar.

Wajah diraba-raba.
'Tua sanggat ke aku? Makcik?...haih makcik pun makcik lah.’ Namun Naira tak pula melenting atau marah. Hanya tersenyum nipis.

Adrian ketawa kecil. Mengulum senyum menahan gelak. Ada-ada saja anak buahnya sorang. Adrian menjatuhkan kedua lutut, bahu Rania menghadapnya. Rambut Rania diusap lembut penuh kasih...siapa lagi yang baik hati lagi penyayang memberi kasih sayang pada Rania selain dirinya.

Dipandang Naira lalu diberikan senyum gulanya.

"Kalau Nia nak tahu, ini Kak Naira. Isteri Ayah ngah. Pergi salam Kak Naira dulu...dia tengah mengandungkan anak Ayah ngah tu.” Terang Adrian lembut menerangkan persatu supaya Rania tak keliru dan faham. Terselit rasa perit apabila tersebut nama abang keduanya, Aayan.

'Ad janji Ad jaga dan lindung isteri Abang ngah macam kakak Ad sendiri. Itu janji Ad. Insyallah..dengan izin Allah Kak Naira akan dapat rasai kebahagiaan satu hari nanti.’ Adrian mengAamiin kan doanya sendiri. Bibir tersenyum.

Tanpa banyak bicara Rania menyalami tangan Naira diserta dengan ciuman. Tiba-tiba Naira merasa sebak. Badan ditundukkan supaya ketinggian sama dengan Rania. Cantik sekali rupa gadis itu, sekali tengok terpikat.

Rania hanya menanti apa yang ingin dikatakan wanita didepannya. Naira menarik nafas..rambut panjang Rania dielus lembut, senyum diukir jelas wajah Naira yang penuh kasih sayang terpancar. Entah mengapa, apabila melihat wajah Putri Rania, seperti melihat dirinya dalam diri gadis itu. Mata yang penuh dengan pandangan duka.

"Nia umur berapa?” Naira cuba untuk beramah dan menyelesakan diri.

Adrian yg menjadi pemerhati hanya tersenyum.

Rania tersengih. Dagu dipegang dua jari lagak seperti berfikir fikir.

"Nia 7 tahun, tua kan nia . Umur Auntie berapa? Mesti sama dengan Ayah ngah kan.” Soalnya kembali. Polos sekali.

Naira senyum pasrah. Tadi panggil makcik, sekarang Auntie. Padahal sama saja dua tu.

Ayah ngah? Abang. Fikiran teringat pada Aayan hingga terlupa Rania yang sedang menanti jawapan darinya.

Biarlah masa yang mengubati. Hadir anak dalam kandungan ini menjadi pelepas rindu pada si suami dan amanah dari Allah. Batinya berbicara.

Tipu la kalau cakap tak sedih, tak rindu. Sedih sanggat kehilangan si dia, namun perlu disemat dalam hati...kita masih disayangi, dicintai tanpa henti, iaitu Yang Esa. Yang menciptakan segalanya, ada hikmah mengapa Allah menjentik hati kecil lagi lembutnya supaya terjatuh hati pada Putra Aayan.

Didalam Islam, nak bersedih tu boleh. Akan tetapi jangan melebihi 3 hari. Setelah tiga hari perlu bangkit. Jangan pula ralit dalam melayan perasaan sedih hingga terlupa tujuan asal kita hidup dimuka bumi Allah ini.

Namun Naira, hati jiwa wanita nya kental. Bukan tak terkesan dengan pemergian Aayan tetapi siapa lagi perlu kuatkan diri kalau bukan diri dia sendiri. Senyum yang menutup segalanya, mengaburi duka dan pilu ditangkai hati. Rindu yang bertamu dilepaskan ketika sujud diatas sejadah.

"Lama Auntie mengelamun.”

Naira tersedar dari dunianya, Rania didepan dipandang. Naira berpaling kepala..

Eh! Mana Adrian? Mata mencari cari Adrian dari setiap pelusuk banglo itu namun kaki masih belum berganjak.

"Heyy perempuan! Kau buat apa kat sini?” Jerit satu suara dari tingkat atas.

Naira dan Rania mendongak serentak. Riak mereka berdua berbeza apabila melihat langkah penuh elegan dan bergaya Datin Zahra turun dari anak tangga . Jika Naira ternyata berdebar jantungnya manakala Rania hanya menayang mimik meluat. Mungkin sudah biasa bagi gadis kecil itu dijerit begitu.

Datin Zahra berdiri terpancak dengan memandang mengejek dari atas hingga bawah pemakaian Naira. Angkuh sekali kepada menantunya. Wajah wanita itu tiada sekelumit senyuman, ketat saja membuatkan Naira tak berani untuk bertentang mata.

Naira sudah mahu terkencing rasanya berada berhadapan dengan Datin Zahra, bukan tak pernah bersua muka...tapi itu lah hinaan dan tohmahan yang dia dapat.

Rania menjeling Datin Zahra. Tak suka dengan percakapan yang dikatakan neneknya tadi walau bukan kepadanya.

"Apa la nenek panggil macam tu. Kesian Auntie. Cakap la elok sikit, Auntie kan isteri Ayah ngah.” Rania membela Naira hingga bertukar riak Datin zahra.

Naira sudah gelisah semacam melihat Datin Zahra mula mencerlung tajam padanya. Merah padam muka wanita berusia linkungan 50-an...namun kecantikan luarnya tetap terserlah dan elegan sesuai dengan status dirinya yg berpengaruh dan dipandang tinggi oleh orang sekeliling.

Bahu Rania dicuit sedikit.
"Nia, jangan cakap macam tu. Hormat kat nenek, kalau nenek marah macam mana.” Pujukan lembut dari Naira mendapat jelingan menyampah dari Rania.

Naira terkilan sejenak. Gadis kecil bermata biru itu walaupun tampak peramah dan baik, tapi jelas seperti tak berinteraksi dan kurang senang dengan Datin Zahra.

Datin Zahra menarik senyum sinis. Menghampiri Rania lalu diusap lembut.

"Nia, Nia naik atas jap. Nenek beli banyak tadi coklat dengan ais krim sejuk lagi tau. Khas untuk cucu kesayangan nenek. Pergi makan kat atas, jangan turun.” Lembut kata-kata Datin Zahra memancing Rania. Tersenyum manis seperti Naira tak wujud disitu.

"Betul ke Nek?”

Rania melompat kegirangan. Jelas terpamer gembiranya bukan main kepalang. Jarang dia dapat sesuatu dari Datin Zahra.

"Thank you grandma! I love grandma very much. Nia naik atas dulu.. Byee beautiful aunt, see you later!” Jerit Rania keriangan memanjat naik tangga. Ceria sekali..hingga terlupa Naira yang sudah tak senang duduk dibawah bersama Datin Zahra.

Naira berdiri statik disitu tanpa berganjak walau seinci. Lemah lutut apabila langkah Datin Zahra menghampirinya. Berdegup kencang jantung Naira usah dibilang. Naira cuba tersenyum manis menutup rasa gugupnya. Sudah la berduaan saja dengan mertua yg garang lagi bengis itu.

Datin Zahra berjalan perlahan mengelilingi Naira. Menilik atas bawah Naira sambil senyuman mengejek lagi sinis diukir. Ditilik pula wajah jelita semula jadi menantunya, tapi dimatanya wajah itu tak ubah seperti perempuan terhina sekali dan patut dihina satu dunia. Baginya Naira punca anaknya mati kemalangan.

Sungguh ibu mana sanggup hilang anak, segala salah seratus peratus diletak dibahu Naira walaupun pihak polis sendiri pun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mahu pun menyatakan Putra Aayan mati rentung ke apa dalam letupan kereta yg dipandunya.

"Are you pregnant?” Tenang Datin Zahra, tapi itu tak bererti dia mula menyukai Naira.

Naira terasa lidahnya kelu. Nafas ditarik cuba bertenang.

"Ya mummy, Naira mengandungkan anak Aayan. Sebulan.” Naira menguntum senyum mekar.


Datin Zahra ketawa sumbang.

"You think I'm stupid! The belly you gave birth to is not my grandson, is it? Tak payah nak mengaburi mata aku dan keluarga aku betina! Aku cukup kenal dengan spesis perempuan jalang macam kau ni!!” Tiba tiba Datin Zahra bertukar bengis. Tajam seperti helang menikam merenung Naira.

Naira terpempam. Herdikan mertuanya itu cukup membuat rahangnya jatuh dan tercengang.

Apa maksud dia? Dia nak cakap anak ni bukan anak Aayan? Tiba-tiba telinga Naira menjadi panas pula. Tangan digenggam erat. Naira beranikan diri bertentang mata dengan mertuanya itu yg memandangnya seperti mahu telan hidup hidup.

'Sabar Ira, kau tak boleh melenting cepat sanggat. Nampak pula aku tak matang.’ Bisik hati kecil Naira. Hilang sudah rasa gemuruh yg menguasai dirinya awal tadi, diganti pula dengan rasa pedih menahan sabar.

"Mummy, Naira...”

"Heyy! Don't ever you dare call me mummy! Aku bukan MAK KAU, masuk dalam rumah besar aku ni pun sebenarnya kau tak layak.” Tengking Datin Zahra lantang hingga terangkat bahu Naira terkejut dengan suara petir mertuanya..atau lebih layak digelar singa jadian.

Mendidih darahnya panggilan Naira kepadanya. Suara Naira pun sudah ia benci yg teramat apatah lagi wajah Naira.

Naira terdiam seribu bahasa. Mengeluh..menanti apa yg terjadi selepas ini.

"ZAHRA!!” Jerkah satu suara kuat bergema disegenap rumah luas itu.

Dua wanita itu berpaling serentak.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience