AA 4 - Miss Manis

Romance Series 8436

Dato’ Faizul memunculkan diri. Naira tak dapat sembunyikan debarannya hingga jelas rautnya serentak dengan jantung yang berdegup. Dup dap dup dap... setiap langkah Dato Faizul diperhati, namun dia hanya memasang ekspresi tanpa rasa. Kosong dan senipis senyum hormat. Dia hanya membatu ditepi jalan itu bagai disumpah.

"Hmm, why? Or ... Dato’ wants to return my bag.” Entah kenapa laju saja ayat omputih nya keluar. Dia mahu bersikap formal dan berlagak seperti tiada apa-apa. Sedikit menyesal dengan percakapannya itu yang seperti orang asing, namun dia tak mahu bapa mertuanya itu berharap.

Dato Faizul sembunyikan keluh kesal nya dengan senyuman. Sudah orang kenalinya dengan sikapnya yang baik hati dan tidak terlalu peramah dan tak terlalu sombong.

Dia mengerti, pasti Naira terhiris dengan kata-kata kesat dari Datin Zahra. Kalau dia di tempat Naira pun dia tak sanggup tinggal sebumbung setelah dihina direndahkan begitu. Diesok hari? Atau hari-hari kemudian? Dia yakin Datin Zahra keras hatinya mahu menerima Naira sebagai menantu.

"Naira tahu kan apa yang membawa Daddy cari Naira?” Soalannya hanya dibalas dengan ngumam yang hampir tak dengar dari Naira.

"Tujuan daddy datang ni, daddy nak merayu kat Naira sanggat...daddy bukan nak tambah derita Naira atau pentingkan diri. Satu saja daddy minta belas ehsan Naira sebagai menantu daddy...” Dato’ Faizul menjeda kan ayatnya berharap naira terkesan juga dengan hati tuanya. Dia sudah tua, dia teringin juga mahu melihat cucu kedua yang bakal hadir yang menceriakan harinya walau dia sendiri tidak tahu sampai bila roh ini masih menumpang dijasad.

Siapa tak terkesan dengar suara lirih Dato’ Faizul itu yang keruh mukanya, selalunya dia lah yang murah senyum berbanding yang lain. Naira menahan rasa sebak didada.

'Tolong la jangan merayu... naira boleh telan segala caci maki Mummy dan orang sekeliling, tapi jangan lelaki ini merayu seperti darjat aku tinggi.’ Bisiknya...

'Tapi kau tak boleh selfish Ira! Sanggup kau kan rela hancurkan harapan yang sudah lama ditanam lelaki baik hati ini semata ego kau.’ Gertak satu suara membisik keras.

Naira menggeleng laju, hingga menimbulkan kehairanan pada Dato Faizul.

'Tak! Aku bukan ego. Tapi aku juga manusia biasa yang ada maruah! Sesiapa saja tak rela maruahnya dipijak bagai pijak semut ditanah. Begitu hinakah dia yang hanya wanita biasa-biasa? Tak dinafikan dia menganggap dia punca Putra Aayan berhenti belajar dahulu. Begitu banyak 'hutang’ nya pada keluarga itu. Akhirnya Naira mengangkat kepala. Dia tekad! Setelah berperang dengan segala perasaan. Antara maruah dan belas kasihan. Sulit...

"Daddy, baiklah Ira akan...” Naira memula bicara tenang namun dipintas oleh Dato Faizul yang pergi ke kereta Alphard hitam itu laju meninggalkan nya terkulat-kulat disitu.

"Kejap ya nak. Ada orang call, telefon Daddy tertinggal dalam kereta.”

Akhirnya naira mengangguk. Sambil menunggu ketibaan Dato Faizul semula, dia membuang pandang kearah lain.

Dengan tiba-tiba bunyi tayar kereta berseret dijalan besar itu. Brek pula berdecit sesama sendiri kuat hingga membuatkan Naira terkejut dengan keadaan yang bagai 'musnah’ berlaku sekelip mata.

Bahunya terangkat kaget dek mendengar bunyi kenderaan berlanggar kuat. Dan sekelip mata itu juga Naira terpempam melihat sekujur tubuh tua kaku terlentang dijalan tar. Darah pekat semakin mengalir hingga sampai dihujung kasut dipakai Naira. tubuhnya bagai dipanah petir.

Suara orang ramai sudah bising. Menggerumi dan mengeliling tubuh Dato Faizul yang bermandikan darah.

Mata Naira membulat masih tak beralih melihat tubuh kaku itu. Entah masih bernyawa atau tidak. Baru sebentar tadi mereka berbual normal dan sekarang..? Naira sudah merasa lututnya longgar. Ingin saja dia pitam disitu tak mahu lihat keseksaan darah yang banyak keluar dari mulut Dato Faizul.

Namun dia cepat tersedar. Dengan langkah segera dia mencelah dari orang awam mengeliling mangsa itu.

Dia terduduk. Bungkam dengan apa didepan mata nya ini.

"Allahu akbar. Cik tolong call ambulan! Tolong la...” teriak Naira memangku kepala Dato Faizul, sudah tak kisah dengan darah terkena ditangannya.

******

Hospital Daerah....

Pang!

Tak cukup dengan tamparan kuat itu, tudung yang dipakai Naira ditarik-tarik bagai kena histeria. Namun selamat Adrian tiba, cemas memegang Datin Zahra yang sudah mengamuk seperti mahu runtuh hospital itu dengan jeritannya.

Naira teresak, dia membetulkan tudung senget. Takut bertentang mata dengan mata helang Datin Zahra.

"Arghh kau! Kau bunuh suami aku!! Kau yang buat suami aku kena langgar!! TAK GUNA AKU BENCI KAU!!” Jerit Datin Zahra hingga mahu keluar rasanya anak tekak. Dia yang dari tadi bengis sudah tak tahan marahnya.

Adrian cepat menahan memeluk Datin Zahra dari belakang. Wanita itu bagai singa yang mahu menerkam musuh didepan mata.

"Kak Naira, akak pergi dulu! Akak duduk kat luar.” Adrian menasihati Naira tegas hingga jatuh kasihan lihat mata merah berair dan pipi wanita itu merah. Dia tak mahu Naira terus dipukul mummy nya yang tak dapat mengawal mengamuk.

"Tunggu kau. Kau nak lari mana hah!? Perempun gila!!”

Adrian sudah berpeluh menahan Datin Zahra itu, kerna itu lah dia menyuruh Naira keluar dulu. Biar masing masing tenang dahulu.

Langkah lemah longlai, Naira hanya membalas pilu tatapan tajam mertuanya. Namun belum sempat dia bergerak pergi... dia berpaling semula apabila seorang doktor keluar dari bilik bedah. Dan sebenarnya sudah berjam-jam dia menunggu diluar bilik bedah, tak sangka selepas itu tiba-tiba kena terkam dengan Datin Zahra.

Dengan jarak yang jauh sedikit, Naira bersungguh mahu dengar mengenai Dato Faizul.

"Macam mana doc? Daddy saya selamatkan?” Terdengar soalan resah dari Adrian.

"Alhamdulillah, Dato’ Faizul sudah melepasi tahap kritikal. Dia stabil sekarang tetapi belum sedarkan diri. Buat masa sekarang tak diingini melawat. Pihak hospital akan pantau pesakit dan seperkara lagi...”

Ayat terakhir doktor lelaki itu membuatkan ketiga mereka disitu semakin membuak ingin tahu, panasaran bercampur rasa kurang enak dengan ekspresi wajah doktor itu yang agak menunduk. Berita buruk?

"Sebentar tadi setelah buat beberapa pemeriksaan lanjut, kami dapati pesakit mengalami keretakkan dan patah teruk dibahagian kaki. Apa-apa pun saya harap Puan sekeluarga bersabar. Mungkin pesakit akan mengalami Diagnosa. Lumpuh kekal atau tidak itu masih dalam pemeriksaan kami. Saya minta diri dulu.” Senada keterangan Doktor lelaki itu. Terselit kesedihan lihat mereka disitu ada yang terbuntang mata, ada yang lemah longlai hingga terduduk dikerusi. Seorang lagi wanita disitu agak menarik pandangannya... setelah mendengar keterangannya, wanita itu berlari keluar bersama rembesan air mata.

Adrian meraup rambut lebatnya. Mata yang berair ditahan. Dia menenangkan mummy nya mudah meraung itu.

*****

"Hiks... isk.. hiks.. Allahu. Kenapa sampai jadi macam ni... daddy, kita baru saja bercakap sekejap. Sekelip mata benda ni terjadi.” Naira berterusan menangis semahunya. Menggumam sendirian melepaskan perasaan bercampur aduk. Dia tak endah dengan mata-mata dan mulut-mulut disitu memandangnya aneh.

Mungkin rupanya sekarang ini seperti orang gila. Tudung sudah senget hingga keluar sedikit anak rambut. Wajahnya pula dibasahi dengan air mata... dia berjalan sayu hingga letih lalu terduduk di tepi kedai burger.

Naira mengesat air mata namun semakin lebat pula mengalir. Sungguh dia tak dapat tahan perasaan sedih sesal nya sekarang ini. Selama ini dia lah dia paling pandai mengawal perasaan apabila dicerca Datin Zahra. Tetapi sekarang melibatkan bapa mertuanya itu yang terlantar dihospital angkara nya. Dia gusar, Bimbang jika terjadi benda buruk pada Dato Faizul. Kerna keegoan dia menyebabkan orang lain menerima padah. Terhambur tangisan tak kesudah...

Naira duduk memeluk lutut, wajah disembam di lutut. Bahunya terhincut menahan tangis yang kian berlagu. Pandangannya kabur dengan air mata.

"Miss, are you okey?”

Mendengar sapaan dari belakang, Naira angkat wajahnya perlahan. Tanpa berfikir panjang dia bingkas bangun mahu berpergi dari situ tanpa menoleh kepada suara pemuda menengurnya tadi.

Eddy terpinga-pinga apabila wanita itu lari darinya tanpa apa-apa kata. Dia berfikir sejenak, otak diperah secepat mungkin. Dia seperti kenal dengan wanita bertudung jingga itu. Seketika Eddy kembali tersedar.

"Oh ya. Dia yang aku selamatkan tadi.” Omelnya seperti bersemangat apabila ingatan itu menerpa difikiran. Eh maknanya dia terpeluk wanita itu ditepi jalan raya?Dahi ditepuk. Eddy berlari mengejar Naira.

“Miss! Cik tunggu dulu.”

"Miss! Please stop!”

Akhirnya Naira beralah, langkah dibrek perlahan tanpa berpaling. Letih juga sebenarnya lari tadi, dah serupa budak-budak pula main lari kejar macam tu.

"Maaf saya tak kenal Encik, encik nak apa? Saya kejar masa..” mendatar Naira. Sisa air mata diseka hingga kering.

Mereka yang berdiri membelakang begitu membuatkan Eddy berat mulut pula. Dia menggaru belakang kepala yang tak gatal.

"Sebenarnya...”

Sebenarnya saya teringin nak tengok semula muka miss ayu ni. Eddy menyambung dalam hati. Ahh kenapa susah benar dia mahu melontarkan itu. Jatuh kah maruahnya sebagai orang asing yang tak dikenali sama sekali? Tapi entah kenapa ketika selamatkan dijalan tadi dan sempat menatap wajah ketakutan wanita itu... dia bagai terpukau! Memang wanita itu agak tua sedikit dari nya, namun entah lah. Sukar ditafsir debaran hati ini. Eddy tersenyum dalam hati.

"Apa? Tolong jangan buang masa saya.” Dingin Naira menuturkan itu hingga terkedu Eddy. Tapi bukan itu yang buat pemuda tegap itu terdiam, pusingan badan Naira lalu dapat lihat dengan jelas setiap inci wajah wanita itu walau agak kusut dan sembap.

Melihat lelaki muda didepan nya masih terdiam seribu bahasa, Naira mengeluh. Riaknya mengendur dan tak setegang tadi.

"Terima kasih.”

Entah kali ke berapa Eddy terkedip-kedip masih tak menangkap maksud Naira.

"Terima kasih sebab kamu dan tolong saya. Dan tak perlu panggil miss atau cik sebab saya dah... dah berkahwin.” Usai ucapkan itu.. Naira memberi senyum kecil pada pemuda itu agar tak terlalu nampak dia sombong. Dia mengorak langkah berjalan seperti biasa dan berharap Eddy tak memanggil nya lagi.

tangan yang terketar itu diganggam erat. Kolam mata kian panas kembali. Tulang lutut yang dari hospital tadi lembik terasa, dikuatkan juga.

Eddy masih berdiri kaku seperti disumpah disitu. Memandang langkah wanita itu pergi hingga hilang dari pandangannya.

Dah kahwin? Eddy terjeda. Mengapa hatinya bagai dihiris dengan belati apabila kata-kata wanita itu menusuk terus ke sanubari. Sesak dada.

Akhirnya dia turut melangkah berpusing kembali, terdengar keluh panjang terbit dibibirnya.

Bibir automatik tersengih.
"Ada masa kita jumpa lagi miss manis.” Gumam nya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience