AA 5 - Busybody Pembawa Bahaya

Romance Series 8436

NAIRA berjalan tanpa arah tuju. Dia tak mampu lagi menangis, air mata sudah kering terasa. Pandangan juga kosong melangkah kaki lemah. Ketika itu dia melintasi Masjid di daerah itu. Malam sudah pekat... mujur saja dia sempat menyempurnakan solat magrib di surau. pandangan pula hanya bergantung pada cahaya-cahaya lampu disetiap kedai dan masjid. Orang yang lalu lalang juga tak diendahkan.

Walaupun dalam keadaan leka, ketika melintasi di lorong yang agak gelap, telinganya tanpa sengaja terdengar perbualan seseorang. Entah mengapa Naira memilih untuk memasang telinga dan dia juga sudah bersembunyi dibalik tong sampah besar yang tak jauh dari suara itu.

"Raf... aku tahu kau pun terbabit sebab kau rapat dengan adik aku, baik kau cakap siapa yang pasang perangkap tu!”

Naira masih diam tekun dengar gertakkan kasar, suara lelaki? Dia tak kenal tapi nak dengar juga.

Lelaki yang seorang lagi ketawa sinis. Bagai tak takut dengan ugutan lelaki bersuara garau itu. "Kau sendiri tahu Dian macam mana, dia takkan berdiam diri selagi hati dia tak puas. Kau abang dia, sepatutnya kau lebih faham sikap licik dia tapi tak cerdik adik kau tu.”

"Celaka kau!” Bukk!

Naira menekup mulut terkejut, walau dia tak nampak apa yang terjadi tapi dia tahu suara lelaki mengaduh sakit itu pasti ditumbuk. Dia berkira-kira mahu lari secara diam namun kaki pula terasa keras kejung. Kaku tak bergerak, hanya degupan jantungnya bekerja pantas.

"Kau ingat aku main-main kan?! Aku tak kenal siapa latar belakang laki Dian, entah baik entah tak... tiba-tiba kahwin. Kau pikir aku nak berdiam diri. Dan satu lagi, kau ingat aku tak nampak yang kau terima sampul duit dari Dian? Dan benda tu jadi sebelum Dian kena tangkap khalwat dengan jantan entah mana-mana. Kalau aku tahu benda ni ada kait dengan kau, memang berkecai otak kau!” Herdik suara garau itu dan menahan intonasi suara agar tak terlalu kuat.

Han mendekat muka tegang api meluapnya pada Rafael yang meringai sakit.

"Kau kenal aku siapa... aku keturunan cucu dari empayar Russo. Aku, Dian, adalah waris keluarga mafia italian. Budak-budak aku ramai Raf, jangan buat onar dengan aku. Sebab aku benci pengkhianat!” Sambung Han menekan setiap perkataan nya. Tak mahu dianggap main-main oleh Rafael.

"Aku tak ada kena mengena lah dengan plan gila Dian! Duit tu upah dia suruh aku cari maklumat siapa entah. Eh tak sekarang ni boleh tak kau lepaskan aku? Sakit leher aku tahu tak!” Akhirnya lelaki bernama Rafael itu mengaku dalam keterpaksaan.

Han lepaskan cengkaman kuat di kolar baju Rafael itu. "Plan ap-“ ayatnya tergantung apabila terdengar bunyi lagu dering. Telefon siapa?

Naira terkejut beruk, dia panik mencari telefon nya yang berdering tak terlalu nyaring namun disebabkan lorong itu yang sepi, dia yakin kedua 'stranger’ yang mempunyai suara gerun itu dengar. Buktinya tiba-tiba saja lorong gelap dan lengang itu sudah tiada suara kedua lelaki tadi setelah dia mematikan hp.

'Aduh budak Adrian ni! time ni juga dia call aku.’ Bisik Naira sudah tak senang duduk. Peluh merenik makin membasah. Berbagai bayangan dia bayangkan. Dengar suara dua lelaki itu saja dia yakin mereka bukan biasa-biasa... gerun juga. Akan dibunuhkah dia kerna memasang telinga akan perbualan rahsia mereka? Naira takut. Sekarang ini dia tak memikirkan orang lain, dia hanya fikirkan dirinya yang sedang berbadan dua.

'Aku tak nak mati, kalau aku mati... nanti abang Aayan pulang kembali dan abang tak nampak kehadiran Qis sebab Qis dah mati akibat busybody gatal nak tahu hal orang. Ya Allah tolong laa! Dah berpeluh ketiak aku ni!’ Tanpa sedar dia menggeleng kepala, omelan sendirian dihati berjalan serentak dengan reaksi muka.

"Mak!” Naira terjerit apabila tong sampah yang jadi 'pelindung’ nya ditendang hingga bergolek dari tempat asal. Dan jelas tubuhnya sedang duduk mencangkung terketar seluruh tubuh.

Lambat-lambat Naira angkat muka. Entah dari mana angin tak betulnya, dia menayang sengih terpaksa pada dua lelaki tadi berdiri tegak.

Kerutan diriak Han itu kendur apabila mata dijamu wajah bertudung cantik itu. Matanya seperti digam cap gajah khas untuk tatap wajah ketakutan itu.

Naira pula tak senang duduk dengan pandangan lelaki itu, dia mahu berdiri namun lutut bagai tercabut skru. Longgar. Hah sudah? Yang dia ni tenung aku macam nak tembus tu dah kenapa?

Melihat Han leka, Rafael mengambil peluang untuk lari. Dia undur ke belakang dan semakin jauh dari Han baru lah langkah diatur pecut bagai dikejar hantu.

Han tersedar, dia menjerit nama Rafael hingga lah bayang lelaki itu hilang ditelan gelap malam. Malah sebenarnya boleh saja dia kejar Rafael tetapi datang dari mana entah, pemikirannya jadi b***h seketika... jika dia lari kejar Rafael sudah pasti wanita didepannya ini akan turut lari. Dilema pula walau pelik!

Han mendengus. Sekali ditumbuk dinding hingga terangkat bahu Naira terperanjat melihat itu. Amboi garang! Muka cam gangster, ada parut ada tatu. Uish seram den yang tengok. Gumam Naira hilang sebentar takutnya.

aura tegang dan canggung mula terasa apabila masing-masing membisu.

"Kau siapa? Asal boleh ada kat lorong pelacur ni? Ke kau pun...”

"Bukan-bukan. Saya tersesat.” Keberanian yang datang dari mana pun dia tak tahu, cepat Naira pintas ucapan lelaki itu. Wahal dalam masa yang sama dia terkejut juga. Lorong pelacur? patut la seram sejuk saja dari tadi... tapi kenapa sepi saja lorong ini?

Han membuang pandang ke arah lain. Dia menghulur tangan kiri ke muka Naira. Naira bingung. Apa? Nak suruh aku gigit?

Han membalik biji mata. Mulutnya berdecit halus. "Kau tak biasa tempat ni, biar aku hantarkan.”

Pantas Naira menggeleng. Takkan sesekali dia 'berserah’ pada orang yang tak dikenali. Entah apa niat lelaki itu mahu menolong nya pula. Dia bangun berdiri dan...

"Terima kasih. Tak apa rumah saya dekat sini saja.” Bohongnya senada sama seperti lelaki itu Naira mahu percepatkan langkah pergi dari situ.

Tak sampai lima langkah, lengannya direntap dari belakang hingga tubuhnya juga berpusing berdepan Han yang mencerun tajam.

"Lepas lah!” Naira menarik kembali.

"You've heard everything. Don't guess you can run away from me. Guess what? Senang-senang kau boleh lepas dari aku. Never.” Han menarik lengan Naira mengikut langkahnya.

Naira meronta-ronta. Ditarik kasar lengannya namun tenaga wanita tak dapat menandingi tenaga lelaki. Tapi itu tak bermaksud dia perlu ikut telunjuk sesiapa saja. Tambahan lelaki itu langsung tak pernah wujud dalam kamus hidupnya.

Naira berubah menyinga. Merentap tangan kanannya yang dipegang Han dengan sehabis kudrat nya.

Han membuang pandang ke arah lain. "Kau dah dengar, jadi kau nak mengadu pada polis?” Sinisnya

Naira menjeling sekilas, bibir mencebir menilik pergelangan tangan yang terasa menjalar pedih-pedih sedikit dan merah.

'Takut aku report la tuuu..’

Naira pandang atas bawah penampilan Han. 'Dengan blazzer hitam berubah kelabunya, masuk lorong pakai macam ni ke?’

Han mengecil mata memandang Naira. "Kau scan badan aku eh? Nampaknya aku dah dianiaya, dinodai tanpa rela... kau dah nampak bentuk tubuh aku.” Bersahaja Han berkata, nafas dihembus berat. Berpura pasrah.

Ternganga Naira. Mujur tak luas mana mulut. Kalau tak... dibaling bola pun rasa nya masuk. What the-? anak siapa ni? Naira menggeleng-geleng kepala tanda semakin pelik dengan keadaan yang dihadapi ini. Tak sama sekali seperti yang dia bayangkan. Nampaknya dia perlu segera larikan diri dari lelaki gila ini. Semakin lama semakin mengarut! Dia nak kata aku perkosa dia ke apa? Pet punya perangai!

Naira menonong mahu keluar dari lorong gelap samar-samar cahaya lampu itu laju. Dia tak boleh berhadapan lelaki senget tapi menggerunkan itu.

Tak sampai beberapa langkah, sekali lagi langkahnya terpaksa diberhenti apabila Han berdiri tegak didepannya, selamba berpeluk tubuh merenungnya.

"Aku Han.”

"Encik Han nak apa? Saya nak balik ni.” Tegas Naira

"Kau dengar semua? Aku tak heran pun kau nak report polis sebenarnya... tapi jangan buka mulut pada orang.” Tekan Han agak serius riaknya

"Habis polis tu apa? Orang juga kan.” Dan dia pun malas lah nak report buka mulut kat siapa-siapa ke apa. Perbualan Han dengan seorang lelaki tadi pun dia tak berapa faham. Nak report mendanya? Cuma kedengaran agak kasar perbualan mereka itu yang saspen.

"Memang la. Maksud aku orang yang kau rapat, geng-geng gosip kau ke. Tak pasal aku kena dengan walid...” Dia tahu kalau direport pada pihak berkuasa.. pasti akan dipandang remeh kerna apa la sanggat keyakinan wanita ini mahu mengadu. Tapi jika pada orang-orang rapat, yang genius, pasti akan heboh. Diakhir ayat Han itu agak perlahan.

Walidnya tak suka jika orang-orang tertentu tahu kehadiran Dian dan Han di negara Malaysia. Kerna menurut walid, mereka mempunyai ramai musuh, malah merata-rata. Dari kumpulan kecil hingga lah kumpulan-kumpulan gangster yang terkenal disitu.

Naira masih memasang muka annoying nya. "Yalah yalah! Saya pula cakap, pertama sekali... saya sama sekali tak sengaja lalu kat sini lepas tu dengar Encik dengan member encik punya gaduh. Malas la saya nak ambil kisah, dah! Saya nak balik. Tepi sikit! Lempang kang...” Terang Naira entah baka singa apa yang rasuknya ketika ini hingga dia sudah seperti singa betina yang menahan sabar. Ada ke singa sabar?

Dan secara jujurnya, selama ini dia begitu menjaga tutur kata nya yang lembut walau dilayan hina oleh orang. Tapi didepan lelaki tak dikenali nya ini, dia menjadi begitu berani dan lantang bersuara. Rasa cuak takut seperti terbang melihat wajah selamba lelaki itu. Kiranya kalau Han tu ganas dan buat muka ketat baru dia takut.

Han terkilan sejenak dengan tutur bahasa yang keluar dari mulut lancar Naira. Harap muka cantik, ayu, huh... ke dengan aku saja?

"Aku hantar.”

Naira terpinga-pinga apabila dirinya ditarik lalu sekelip mata tubuh nya sudah terhempas kedalam kereta dari bahagian sebelah pemandu. Dia mahu keluar namun pantas Han mengunci, Naira menjerit marah campur takut setelah tubuh Han juga selamat bersandar dibahagian pemandu. Ditumbuk-tumbuk bahu, dada lelaki itu. Namun lelaki itu buat tak endah, Naira pula merasa sakit genggaman tangan sendiri akibat lelaki itu berbadan sasa.

"Ahh!! Pahal dengan encik ni? Saya tak kenal encik lah! Gila! Kepayang! Sengal! Mabuk ketum!” Sebal Naira yang sudah mencapai tahap marah. Susah dia nak marah orang, tapi sekali dah marah... mau terkeluar segala bahasa.

"Aku tawarkan pertolongan percuma. Nak hantarkan kau balik. Kau degil, diam lah. Bukan aku nak culik pun! Kalau culik sekalipun, takde orang nak beli kau.”

Naira bertambah sebal, mendidih darah mendengar itu. "Saya ni manusia tau tak. Perempuan pula tu. Apa hak encik nak tarik saya suka hati? Saya bukan isteri encik ke apa. Jadi tolong la buka pintu la. Saya nak keluar.” Terselit suara lirih diperlaku begitu. Tanpa sedar air mata sudah membasahi pipi.

Akhirnya Naira menjerit melepas rasa geram pada pintu kereta dan tuan punya kereta. Sebenarnya dia ter pelik juga, bila masa ada kereta kat lorong ni? Tapi tak lah pelik sangat melihat jenis kereta Han ini, agak mewah dan wangi menusuk. Apa pelik? Dah terang-terang lelaki ni cakap dia dari keluarga mafi... a. MAFIA!

Naira bagai terkena renjatan elektrik. Terdiam dengan sendiri bersama mata membulatnya, kenapa baru sekarang dia sedar? Lelaki disebelahnya ini adalah mafia! Dia sedang bersama dengan lelaki penjenayah... atau lebih teruk lagi. Bapak segala gangster yang tak berhati perut membunuh orang sesuka hati dan dia mungkin tak terkecuali kerna busybody nya sendiri!

Pandangan tercatap kepada Han ditepi yang keliru dengan riak kaget nya. Ditahan pula kepala yang ingin pitam. Tak tak, jangan pengsan depan orang ini. Niat dia tak baik!

Dan kemudian Naira semakin ganas meronta melepaskan diri kerna dipeluk kemas oleh Han. Han tegas menyuruhnya diam.

"Kau kenapa jerit macam orang gila?” Aku cuma nak tenangkan saja. Tapi ditumbuknya aku suka hati. Han semakin pening dengan keadaan tak terkawal.

"Lepaslah! Tolong encik mafia... saya tak kenal encik, dan encik pun tak kenal saya. Kenapa encik buat saya macam anak encik pula? Buat suka hati. Tolong la saya merayu... lepaskan saya... saya isteri orang. Dan saya ada agama. Buka pintu ni.” Naira merayu bersungguh-sungguh. Takut diapa-apa kan.

Han bungkam. Antara tersentak mendengar wanita ini isteri orang. Pegangan nya pada Naira longgar, dia lepaskan wanita itu namun kereta masih dikunci. Membiarkan Naira menghamburkan tangisan yang dia tak tahu sebab apa. Kerna dia kah? Tak pernah dia menyakiti wanita, namun membuat wanita ayu ini menangis sudah jelas menyakiti.

Dia tak kenal siapa wanita ini tetapi dia tak bisa melihat kesedihan manusia bergelar wanita. Hatinya turut sakit.

"Tolongla buka pintu ni...” masih kedengaran suara sayu dari Naira.

Tok Tok!

Mereka menoleh serentak ke tepat kearah tingkap yang diduduki Naira. Walau tingkap gelap tapi cukup buat Naira tersentak apabila wajah kacak Adrian menyapa.

Tok Tok Tok!

Sekali lagi pintu diketuk dari luar, tampak Adrian seperti tak senang. Kebetulan dia lalu dikawasan ini dan syukur kerna kenderaan hitam berkilat milik Han masih tak berganjak.

"Ad-Adrian?”

'Kenapa la masa aku lemah, masa tu juga Tuhan berdepankan aku dengan kaum lelaki yang mengambil kesempatan.’ Hati Naira dipagut rasa sedih mengenangkan itu. Banyak tragedi-tragedi yang berlaku padanya setelah kehilangan Aayan dari hidupnya. Mengapa hidupnya menjadi seteruk dan sehina ini.

'Tapi jangan lupa Ira, lelaki juga yang sentiasa selamatkan kau. Mungkin takdir untuk kau bertemu wanita buat dijadi sahabat, belum tiba masa lagi. Takdir yang diatur Allah swt itu indah. Jangan disangka ujian itu musibah, malah bersyukur la banyak-banyak sebab Tuhan pilih kau untuk hadap cabaran semua ni. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Apa yang kau hadap sekarang... pahit sedih gelap, rapuh.. jangan la putus asa. Bersabar, ujian itu dilalui dengan sabar baru lah dibalas dengan pahala. Kalau kau sentiasa bersyukur, hati pula dipenuhi dengan Alhamdulillah bersyukur nikmat Ilahi dan memuji Kebesaran dan Keagungan-Nya, sememangnya kau adalah wanita yang cekal dan tabah. Idola kan isteri-isteri Nabi dan sahabat-sahabat Nabi.’

Naira tersedar dari ke alphaan nya. Dia mula bertenang, Adrian pula makin tak senang berdiri diluar apabila masih tiada jawapan. Takut jadi apa-apa pada Naira.

Perlahan Han menekan central lock, automatic juga bunyi akan keluar dan Naira menoleh ke arah lelaki itu. Han tak memandang padanya... malah dilempar ke hadapan.

"Dah keluar. Aku tahu kau takut dengan aku. Nama kau apa?” Mendatar Han

Entah kenapa, bibir Naira gatal tersenyum. "Terima kasih, saya Naira... nak lagi ringkas Ira.” Naira lalu membuka pintu kereta itu. Sudah tak kisah dengan sikap dingin beku Han, dia sudah bebas dari lelaki mafia itu.

Ketika pintu dibuka, pandangan Han dan Adrian sempat bertemu tajam kerna Adrian membongkok sedikit badannya.

"Naira!”

Naira berpaling kerna belum sempat pintu ditutup, dihalang oleh tangan sasa Han. Dia hiraukan lelaki muda yang sedang memerhatinya.

"Iya?”

"Ingat nama aku sampai bila-bila, Han Elqix. Aku... aku akan cari kau.” Kata Han

"Saya ingat Encik ma...”

"Dah, dah. Tak payah sebut.” Han memintas, pintu kereta ditutup.

Naira dan Adrian hanya memandang seminit kelibat kereta hitam menderum keluar dari lorong itu.

"Kenapa masa masuk dan keluar tadi akak lain?” Adrian melontar soalan sambil langkah menuju ke keretanya diparking tak jauh dari situ.

Naira menghela keluhan. "Ad nampak?”

Adrian angguk. Pasti la dia nampak lelaki itu menarik kasar Naira sehingga lah terlopong mulutnya melihat tubuh Naira ditolak masuk kedalam kereta lelaki itu. Sungguh kasar dan memaksa. Mula-mula dia keliru, adakah itu Naira? Takut pula salah orang ke. Tapi tak sangka matanya tak pernah bohong.

Tiba dikereta, mereka sudah melolos diri kedalam pacuan empat roda itu sebelum kereta itu meluncur membelah jalan.

Adrian melihat keliru kakak iparnya yang diam disebelah. Wanita itu hanya memandang kedepan kosong.

"Siapa lelaki tu? Dan kenapa akak boleh ada dekat lorong pelacur tu? Ad ada hak kan untuk tahu,” Adrian prihatin bertambah-tambah risau dengan keadaan Naira yang hamil. Naira pula entah lari kemana-mana, puas dia cari di hospital.

"Akak pun tak tahu mana akak pergi masa tu. Maaf la akak dah buat Ad risau. Tentang lelaki tadi, jujur akak sendiri pun tak kenal.” Dengan nada biasa Naira memberi jawapan buat soalan yang berkecamuk dikepala Adrian.

Adrian tak puas hati, jawapan itu terlalu ringkas. "Habis, kenapa akak dengan dia mesra masa keluar kereta tu. Time masuk bukan main dia heret. Akak dengan lelaki tu buat apa dalam kereta tu? Kata tak kenal, tapi sampai tahu nama.”

Adrian tak sedar tutur katanya itu agak keterlaluan hinggap Naira tersentap.

Ya Allah sampai macam tu sekali? Tapi memang benar keadaan dia dan Han lain sebelum masuk dan selepas kehadiran Adrian disitu. Masuk dalam kereta tiba tiba mesra, pasti la Adrian fikir yang bukan-bukan. Naira masih tenang dan tak melenting. Dia faham.

Wahal jangan tanya kenapa dia tiba tiba lain ketika dalam kereta. Sebab dia tahu dan dia dapat rasakan Han seperti tiada niat jahat padanya. Lelaki itu hanya ingin tenangkan nya, namun dek cara Han itu yang tak betul hingga dia pula di amuk api kemarahan dipeluk begitu.

"Dah sampai.”

Naira tersedar dari lamunan. Ketika Adrian mahu angkat punggung dari situ, Ucapan Naira menghentikan gerakan Adrian sehingga dia terpaksa duduk kembali.

"Dah 4 tahun akak jadi isteri abang Aayan. Dan dalam jangka masa empat tahun tu juga Ad kenal akak. Ad kenal akak kan? Akak tak macam tu. Akak sedar siapa diri,”

Pandangan ditala sebentar pada Naira, Adrian melepas keluhan panjang. "Sorry kalau soalan Ad tadi buat kak Naira kecil hati. Ad tak bermaksud...”

"It's okay. I understand. And wait! kita kat mana ni?” Sekali lagi Naira bagai tersedar, lambat betul dia tangkap dengan rumah yang dibawa Adrian. Dia seperti kenal dengan rumah ini...

Adrian menanti respon Naira yang sudah senyap. Dia takut-takut juga, sudah la dipaksa Mummy mengarah dia membawa Naira balik semula ke rumah banglo mereka. Tapi dia tak tahu apa niat mummy nya, bukankah mummy membenci menantu nya sendiri?

"Sorry sekali kak naira... kalau boleh memang Ad nak tolong akak apa yang patut, tapi mummy tiba-tiba suruh ad jemput akak ke rumah dan tinggal terus kat sini. Kalau tanya Ad... memang Ad tak kisah tapi akak la...” Adrian merasa bersalah kerna diturutkan arahan Datin Zahra.

Naira senyum segaris. Tenang. Dia keluar dari perut kereta itu.

"Rania sorang aje ke dalam rumah?” Wajah Rania terlayar seketika. Bagaimana dia boleh lupa.

"Jangan risau, rumah ni ada 2 orang bibik. Ad minta seorang untuk jaga Rania.” Balas Adrian mengorak langkah. Daun pintu dikuak.

Naira teragak mahu menapak masuk, nafas dihela... dia kuatkan juga kakinya dan hatinya masuk kedalam keluarga kaya itu.

Naira melilau melihat kiri kanan, masih sama seperti kali terakhir dia jejak kaki disini.

"Ad naik dulu.” Adrian menonong memanjat tangga bersama wajah letih meninggalkan dia yang terkulat-kulat sendirian.

Muncul seorang pembantu rumah wanita hujung 40-an. Ikut tersenyum apabila Naira menggaris senyum padanya.

"Cik Mudo, mari Mek teh tunjuk bilik.” Pelawa wanita berumur itu mesra. Pelat percakapan nya kedengaran seperti orang timur, kelantan mungkin.

Naira mengangguk. tersenyum segan. "Panggil apa tadi? Mek teh?”

"Ah iya.”

"Iya mek teh. Panggil saya Naira saja. Dah lewat malam ni... mesti mek teh penat kan? Pergi tidur dulu...” Sopan Naira kasihan melihat wajah mengantuk Mek teh itu, pasti tersedar dengan bunyi enjen kereta Adrian.

"Tak apo la Naira, mek teh pun baru terjago tengh male-male (malam2). Mari ikut mek teh, Ira guna bilik tetamu saja.”

Naira hanya membontoti langkah Mek teh ke tingkat atas. Dia hanya mengangguk segan.

Raut Han kembali melayar difikiran.

'Aku akan cari kau.’ Terngiang-ngiang kata terakhir itu membuat Naira keliru.

Dia nak cari aku? Kenapa?

Huhuhu~~ mata ngantuk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience