BAB 9

Romance Completed 13927

Amanda menyangka pertemuan di Borders itu merupakan yang terakhir namun Allah miliki rencana yang lain.Setiap hari pasti mamat ‘hai saya Aqil’ akan muncul dan mewarnai hidupnya yang agak membosankan ini.Bak kata pepatah ‘absence makes heart grow fonder’.Semakin hari hati Amanda makin berbunga.Kehadiran mamat ‘hai saya Aqil’ itu banyak membuka pintu hati Amanda untuk mengenali insan bernama lelaki.Tiap kali Amanda keresahan pasti Aqil datang dan memghiburkan hatinya.Amanda sendiri tidak pasti mengapa.Tapi Amanda kian selesa dengan kehadiran Aqil.Hingga dia sendiri tidak pasti bagaimana sebuah ruang sudah tersedia untuk Aqil.Dengan mudah insan bernama Aqil mengoyahkan prinsip Amanda ‘no man no cry’ dan melafazkan ucapan keramat I love you kepadanya.

Ibarat kata pepatah ‘kusangkakan cerah hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari’.Siapa sangka segalanya akan berubah dalam sekelip mata.Pertemuan yang tidak dirancang pada petang itu merubah segalanya dan cukup meremukkan hati Amanda.Kenyataan Aqil Darwis Hakimi itu cukup menghancurkan hati Amanda dan mengejutkan Amanda dari mimpinya.

“Are you serious ka”,ujar Adam kawan baik Aqil

“Adam.Kau ingat aku serius ngan Amanda tu.Aku just nak realisasikan impian Kak Harlina aku ja”,ujar Aqil

“Gila ko.Tak pasal Amanda tu flying kick ko”

Terketar seluruh tubuh Amanda mendengarkan pengakuan eklusif Aqil Darwis Hakimi itu.Almira Amanda apasal la kau bodoh sangat.Macam mana aku boleh terpedaya.Amanda apa punya bengaplah kau nie.Sumpah Amanda sambil tanpa disedari ada butiran air mata yang mengalir.Ibarat renjatan elektrik Amanda bangkit dari mimpi ngeri tersebut. .Habis terbantut niatnya untuk berjumpa Sara dan semuanya kerana Aqil.Amanda pun berlalu pergi tanpa mengetahui hakikat sebenar.Hakikat rahsia hati seorang lelaki bernama Aqil Darwis Hakimi.

“At first memang aku nak main-main ja.At last,aku terjerat.Amanda tu lain.And she is special to me dan aku tak main-main”,ujar Aqil dengan riang.

“Saikolah.Aqil cepat-cepatlah ikat Amanda tu.Kang disambar orang”

“Yang nak sambar tu aku tau sapa”,ujar Aqil smbil mengangkat kening double jerk.

“Siapa”,aju Adam dengan penuh kebinggungan.

“Kaulah”

“Choi.Mulut tak da lesen”

Itulah yang akan Aqil lakukan.Tetapi dia tidak sedar semuanya makin jauh dari angannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience