BAB 13

Romance Completed 13927

Perjalanan dari KLIA ke Masjid Putra terasa lama sekali.Pekat malam menambahkan lagi resah hati Amanda.Di dalam hatinya tidak henti-henti berharap perkahwinan ini hanya suatu mimpi.Sekeping jemputan perkahwinan atas nama Aqil Darwis Hakimi cukup meluruhkan seluruh hati Amanda.Ketika itu Almira Amanda ingin sekali masa terhenti walaupun sesaat pun sudah cukup baginya.Andai diberi peluang untuknya kembali ke masa lalu,Amanda ingin sekali kembali di saat sewaktu Amanda menolak lamaran Aqil dan memilih untuk menyambung pelajaran ke Ireland.Aqil.Itu saja yang mampu diluahkan Amanda.Tanpa sedar air matanya mula mengalir.Untuk kesekian kalinya Amanda menangis untuk seorang lelaki lagi.Dan ia bukanlah sebuah lakonan.Bukan sebuah lakonan lagi.

Perkarangan Masjid Putra terang- menerang bermandikan cahaya lampu.Bulan penuh menambahkan lagi keindahan malam itu.Langkah Amanda ibarat terhenti.Mulutnya ibarat terkunci.Dengan kudrat yang berbaki Amanda melangkah menghampiri pintu masjid.Aqil.Itulah perkataan pertama yang terpancul dari bibir seorang wanita bernama Almira Amanda.Air matanya kian laju membasahi pipinya.Ini bukan lagi mimpi.Aqil tersenyum riang dalam pakaian melayu serba putih menghadap Tok Kadi.Dan aku hanyalah penonton di situ.Amanda ingin sekali menjerit tetapi mulutnya terkunci rapi.Dengan hati yang luruh,Amanda mengundur diri.Dengan kekuatan yang berbaki,Amanda berlari sepenuh hati.Amanda sendiri tidak sedar sudah sejauh mana dia sudah berlari hingga akhirnya terhenti pabila dia terjelepuk jatuh.

“Amanda”

Sahut seseorang memecahkan kesunyian malam.Namun suara itu seolah ditelan oleh kegelapan malam.

”Amanda”,sapa Sara sambil tangannya menyentuh lembut bahu Amanda.Tanpa berfikir panjang Amanda menolah ke arah Sara dan memeluk erat Sara.

”Sara.Aku sayangkan dia.No.Aku cintakan dia.Aku tahu.Aku silap.Aku ego.Aku takut aku kecewa.Aku tak nak orang sakitkan hati aku lagi.Tapi Sara.Aku sayangkan Aqil”,ujar Amanda.Hari ini terluah segala rahsia di hati seorang gadis bernama Almira Amanda.

6 tahun dia menolak cinta.Peristiwa kematian Anuar bekas tunangnya,cukup menjadikan dia fobia untuk bercinta.Bukan kerana lelaki itu melukakannya.Tetapi Amanda tidak mampu untuk menghadapi sebuah kehilangan.Kerna itulah dia menanam perasaan benci terhadap kaum Adam.Tapi segalanya berubah di saat Aqil muncul.Namun lelaki itu muncul untuk mempermainkan hati saja.Tapi Amanda tak mampu untuk menipu lagi.Dia sayangkan lelaki itu walaupun lelaki itu telah melukai hatinya.

“Amanda.Janganlah menangis”,pujuk Sara tetapi seolah-olah tiada apa-apa yang boleh memujuk hati Amanda lagi.Perlahan-perlahan pelukan itu dileraikan.Sekujur tubuh berdiri di sisi Sara menghulurkan tangan untuk membantu Amanda.Sara bergerak ketepi memberi ruang kepadanya.Amanda masih tertunduk dan teresak-esak.

“Almira Amanda sudikah awak menjadi pemaisuri di hati insan kerdil bernama Aqil Darwis Hakimi?”,ujar Aqil sambil tangannya mengenggam erat tangan Amanda.

Amanda ibarat tersedar dari mimpi.Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya sambil mencari kekuatan untuk menatap wajah yang dirinduinya itu.Perlahan-lahan jua Aqil menyeka air mata yang masih berbaki di wajah wanita kesayangannya itu.”It’s for true”,ujar Amanda.Aqil dengan penuh kelembutan mengiakan.”Kalau awak katakan bulan itu segi empat pun saya masih percayakan awak.I don’t know why.But Aqil.It’s enough.I dah penat”,perlahan-lahan Amanda melepaskan genggam Aqil.Amanda bangkit dari kesakitannya.Perlahan-lahan dia mengatur langkah meninggalkan Aqil.Namun Aqil lebih pantas menarik pergelangan tangan Amanda.

“Amanda sudikah awak menjadi isteri saya”

“AQIL!!!! It’s enough.Cukuplah.I tak tahu permainan apa yang awak main nie.But please jangan libatkan I lagi”

Tak faham bahasa ka.Amanda relaks.Mamat nie dah la suasana dah cukup sadis nie.Omel Amanda.Tetapi sekali lagi mamat nie berjaya membuatkan Amanda mengalirkan air mata.Sebentuk cincin bertahtakan permata Ruby tersergam indah di dalam sebuah kotak cincin yang dipegang erat oleh Aqil.”It’s for real Aqil”,ujar Amanda.

“Almira Amanda Hj Armand.Dah la Tok Kadi tunggu pengantin perempuan.Penat saya kejar pengantin perempuan saya nie”,ujar Aqil sambil tersenyum manis.

“Saya pengantin tu?”

“Ya.Awak.Dan takkan ada orang lain yang boleh ambil watak awak tu Cik Amanda”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience