BAB 10

Romance Completed 13927

Suasana bangle mewah itu kelihatan sepi sekali.Khabar niat Amanda untuk menyambung pelajaran ke Ireland cukup membuatkan seisi keluarga tergamam.Tetapi itulah yang terbaik untuknya.Dia perlu bangkit dari kekalahan ini dan dia perlukan ruang yang baru untuk bangkit semula.Sudah berbuih Dr.Harlina dan Puan Marissa memujuk Amanda.Namun segalanya sia-sia.Amanda tetap dengan keputusannya.

“Amanda sayang pasti ka nak sambung belajar nie.Manda kan baru ja keja ‘bout a year kan?”,ujar mama lembut.

“Ma.Manda pasti.Tumpang tak da tanggungan nie.Kang dah kahwin susah pulak nak sambung belajar”,balas Amanda memujuk mamanya.

“Ikut kamu la.Passport semua dah siap ka?”

“Dah ma”

“Mama tidur dulu”

“Nite Ma”

Sepi malam seolah mengerti hatinya.Dia masih berharap Aqil akan muncul dan menghalang dia dari pergi.Amanda masih berharap bahawa semua ini hanyalah mimpi dan semua kenyataan Aqil itu adalah palsu.Sedaya upaya dia memaksa dirinya untuk lena namun resah di hatinya menguasai lenanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience