BAB 7

Horror & Thriller Completed 8539

Nama aku Hannan. Dah masuk semester 3 aku kat sini di kolej ini. Blok-blok kolej kat sini memang banyak. So aku memang tinggal kat kolej la. Kolej ni nak kata dikelilingi hutan pun tak jugak tapi sunyi la apabila waktu malam.

Cerita dia start bila aku mula-mula daftar kolej nak masuk sem 3. Sebenarnya aku sampai awal untuk daftar tapi sebab tunggu kawan-kawan punya pasal untuk serumah so dekat pukul 3 petang jugak baru selesai daftar.

Masam jugaklah muka pengurusan asrama tu sebab kami student yang last daftar nak masuk kolej. Sebab daftar last sekali kami dapat rumah kat tingkat atas sekali, tingkat 9.

Tingkat 9 hanya ada 5 rumah and rumah yang diduduki hanya rumah kami. Memang menakutkan.

Satu hari tu aku balik kolej lewat malam sebab keluar beli barang. Tu hari ketiga selepas daftar. Pukul 1 pagi lebih kurang.

Memang sunyi sepi kawasan kolej. Hanya ada beberapa lampu bilik je yang terpasang sebab awal semester.

Siapa je rajin nak stay up belajar. Lepas je kereta kawan aku pergi, aku pun tengok sekeliling kot-kot ada teman nak naik lif sekali.

Aku ni cuak sikit dengan tempat sempit sendirian. Tapi memang tak adalah masa tu. Waktu kaki nak masuk lif tu aku macam teragak-agak.

Aku fikir waktu tu nak naik tangga je tapi tingkat 9, tinggi sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience