BAB 5

Horror & Thriller Completed 8539

Maisarah sendiri pernah ke tingkat 4 blog lelaki Kolej Telekom UUM. Dia dapat merasai sendiri pengalaman berada di dalam bilik paling hujung sayap blok dimana bilik inilah pelbagai kisah seram diceritakan oleh kawan-kawan pelajar di blok tersebut.

Paling menyeramkan serta menimbulkan persoalan, kesan tapak kaki siapakah yang terus berbekas di simen lantai berhampiran bilik tersebut yang masih kekal sehingga kini jika pihak kolej masih belum membuat proses pemadaman.

Maisarah sendiri melihat bekas tapak kaki itu yang bukan dipunyai oleh seorang manusia.

Bilik paling tersorok ditingkat 4 blok lelaki itu ditinggalkan oleh pihak kolej kosong bertahun-tahun lamanya.

Bayangkan, hanya bilik itu sahaja dikalangan bilik-bilik yang ada masih usang, dengan cat lama tanpa ada sebarang perabot.

Menurut sumber kolej, pihak kolej pernah cuba masukkan perabot di dalamnya. Namun, sebelum minggu orentasi, proses semakan bilik amat terkejut kerana perabot di dalam bilik itu, diselerakkan. Dengan cermin dipecahkan dan katil ditungang terbalikkan.

Sejak dari itulah, bilik itu terus dikosongkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience