BAB 6

Horror & Thriller Completed 8539

Pelajar di sekitar bilik itu mengakui mereka sering melihat, di waktu malam, bilik itu yang tiada penghuni akan dinyalai sendiri lampunya. Tanpa ada sesiapapun berani membuka bilik itu.

Jika nasib kurang baik, mereka akan nampak bayangan seorang wanita berambut panjang berdiri mengadap tingkap di dalam bilik itu.

Paling malang, pelajar tingkat 3 yang mana bilik berhantu itu betul-betul berada di atas bilik mereka. Ada yang pernah diganggu terutama di lewat malam.

Pernah diceritakan pelajar yang duduk di tingkat 4 yang sama berhampiran bilik berhantu itu diganggu oleh hantu seorang wanita.

Pelajar itu katanya tertidur di atas katilnya. Ditengah malam, dia terjaga dan terkejut, kerana disebelah katil kawannya duduk seorang wanita berambut panjang dan bebaju putih.

Namun dalam keadaan mamai pelajar itu tidur semula dan keesokan harinya, dia sendiri tidak dapat menduga kejadian malam semalam adakah mimpi atau benar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience