BAB 6

Romance Completed 9044

Dr. Ubaid perlahan-lahan membuka balutan mata si gadis itu. Balutan putih itu kemudian digulung lembut ke tangannya sehingga ke semua lingkaran balutan terlerai dari menutup mata gadis itu.

Sama ada si doktor mahupun si pesakit, kedua-duanya berdebar-debar menanti keajaiban yang bakal berlaku nanti. Gadis yang bernama Fazira ini terasa lebih teruja. Inilah pertama kalinya bebola mata Violet miliknya bakal menerima pantulan cahaya yang bakal menerobos terus ke retina mata dan urat-urat di sebalik matanya. Pantulan tersebut bakal menyampaikan kod-kod imbasan yang bakal diterjemahkan dalam bentuk visual. Visual yang dia tidak pernah lihat sebelum ini sejak dari dia dilahirkan ke bumi.

Dr. Ubaid tersenyum. Dia bakal memberikan kehidupan baru kepada si gadis yang dia sudah mula jatuh hati sejak dari hari pertama mata mereka bertaut.

“Fazira… cuba awak buka mata awak sekarang..” arah Dr. Ubaid dengan lembut.

Pelepuk mata Fazira mula bergerak-gerak. Kemudian kelopak matanya terbuka sedikit demi sedikit.

“AHHH!” Fazira terjerit kecil. Cahaya yang menerobos ke dalam retina matanya sungguh terang dan begitu menyakitkan. Rasa pedihnya melingkar hingga ke urat-urat kepala.

“Fazira tutup mata awak semula… dan buka perlahan-lahan…” Dr Ubaid tetap bersabar. Dia tahu ia bukan suatu perkara yang mudah untuk sepasang mata milik Fazira menerima cahaya matahari. Tambahan pula apabila pesakitnya tidak pernah mempunyai keupayaan untuk melihat sebelum ini.

“Saya takut… tapi saya cuba lagi.” Fazira nekad. Sakit pun sakitlah. Kalau kesakitan itu dilayan, usaha Dr. Ubaid terhadap dirinya hanyalah sia-sia.

Lafaz Bismillahirmanirrahim bermain di lidahnya. Kemudian perlahan-lahan cahaya yang memasuki mata Fazira mula membentuk rupa dan visual yang sungguh asing baginya. Wajah seseorang memunculkan rupa. Seorang lelaki mungkin? Hatinya berbelah bahagi untuk melihat objek-objek lain yang terbentang kini pada pandangannya. Fazira lekas-lekas menutup matanya kembali.

“Fazira? Kenapa?” tanya Dr Ubaid. Dia keliru dengan kelakuan Fazira.

“Saya takut… saya tak tahu apa yang saya lihat tu betul ataupun tidak…” jawab Fazira yang masih mengatup matanya dari terus melihat.

“Fazira…. Awak jangan takut. Pegang tangan saya dan buka mata awak..”

Fazira mencuba sekali lagi. Kali ini dia berasa sedikit yakin oleh kerana Dr. Ubaid memberikan tangannya sebagai jaminan.

“Doktor…” Fazira tidak dapat menterjemahkan apa yang sedang diperlihatkan di matanya. Namun bagi dirinya, Dr Ubaid adalah manusia pertama yang pernah dia lihat. Doktor itu berwajah licin dan bebola matanya berwarna gelap. Mungkin dia juga seorang yang kacak kerana baginya senyuman Dr Ubaid menenangkan hatinya.

“Nampaknya, awak perlu belajar banyak perkara…” kata Dr Ubaid sambil tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience