BAB 10

Romance Completed 9044

“NADIM, aku dah tahu hal ni dah lama sebenarnya.”

“Maksud kau? Kau tahu yang aku kenal Fazira?” tanya Nadim dengan kerutan seribu di dahi. Ubaid dah tahu? Tapi kenapa dia rahsiakan?

“Ya… aku dah tahu. Aku juga tahu Fazira tak cintakan aku. Dia cuma terhutang budi dengan aku.” Dr Ubaid mengeluh berat. Hatinya juga terluka. Namun apakan daya, gadis bermata Violet itu tidak mencintai dirinya.

“Aku hanya bertepuk sebelah tangan,” sambung Ubaid lagi dengan dekahan ketawa dihujung kata.

“Ubaid… saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak atau menipu awak. Saya…” Fazira menunduk dan menyambung kata-katanya, “Saya cintakan awak.”

“Fazira… tolong jangan ucapkan perkataan tu kalau awak tiada perasaan yang mendalam untuk menyatakannya,” jawab Ubaid. “Saya hanya nak awak bahagia dan… kebahagian awak ada bersama Nadim.”

Fazira sebak. Dia berasa bersalah dan pada masa yang sama dia tidak boleh mencintai Dr Ubaid seperti dia menyayangi dan mencintai Nadim dengan sepenuh hatinya.

“Ubaid… aku tak pun tak bermaksud juga untuk merosakkan hubungan kau dan Fazira. Kau kawan baik aku.” Nadim kini berbelah bahagi. Ubaid, hatinya sungguh mulia.

“Semua orang berhak untuk memiliki kebahagiaan. Begitu juga dengan kau, Nadim dan juga Fazira,” jawab Dr Ubaid. Dia redha dengan apa yang terhampar buat dirinya.

Nadim tersenyum kelat. Begitu juga dengan Fazira. Mungkin hari ini bahagia dan nasib menyebelahi mereka. Tapi esok lusa, siapa tahu apa yang terhampar buat cinta si gadis bermata Violet. Cuma satu yang dia pasti saat ini, dia hanya mahu pemilik mata Violet itu hamparkan segala lelah dan berehat di sisinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience