BAB 1

Romance Completed 9044

Panahan sinaran matahari pagi itu tidak seterik semalam, cukup sekadar membiaskan cahayanya yang terang menerangi seisi bumi. Angin bayu bertiup lembut membekalkan kenyamanan pada semua. Teringat dia pada satu puisi yang pernah dibacanya.

‘’ It's time for a champion soothe the soul of the land Mend the heart from the sea and the sand, 'Til the sun comes up again.’’

Jadi benarlah jika mentari tak pernah jemu memberi sinaran pada seisi perut bumi, tetap membawa cahaya selepas kegelapan, mengapa kita manusia perlu beralah. Matahari patut dijadikan inspirasi. Tumbuhan hijau tumbuh mekar dan segar dengan adanya matahari.

Manusia? Ada yang gembira akan kehadiran matahari kerana mereka boleh bersiar-siar dan merencana pelbagai aktiviti luar. Ada juga yang kurang senang kerana keadaan panas boleh menggelapkan kulit mereka dan menimbulkan suasa melekit dan tidak selesa.

Tapi buat si gadis ini, cuaca cerah atau gelap, matahari ada atau tiada…. Semuanya kelihatan sama. Fazira tidak tahu sama ada dia sedang berhadapan dengan hari yang indah atau hari mendung yang mengharukan. Baginya, semuanya gelap gelita. Tiada permandangan indah, tiada sinaran biasan cahaya matahari.

Namun gadis buta yang memiliki iris berwarna Violet ini tidak pernah mengalah. Setiap langkah dalam kehidupannya adalah bermakna. Setiap rasa dan perasaan yang dilaluinya mempunyai erti yang indah. Fazira adalah gadis bermata Violet yang istimewa.

Pagi itu seperti biasa tugasannya berjalan. Menjual kuih bersama adiknya, Fatiha adalah kebiasan sehari-seharian mereka. Kalau tak menjual, perut tidaklah beralas. Kalau diikutkan perasaan letih dan penat, maka bergelandanganlah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience