MANA pergi nota assignmentnya? Qistina pelik, terpamer kerutan di dahinya. Kelam-kabut dia mencari notanya itu dalam beg galasnya.
Tapi, tak berjumpa pun.
Sejak tadi Qistina mencari. Puas dia menyelongkar habis ke dalam begnya. Habislah dia! Minta-mintalah nota itu tidak hilang. Masalahnya siap terselit sekali dengan assignment yang mahu dihantar kepada pensyarah.
"Haisy, mana pula perginya nota exam tu? Seingat aku, semalam lagi aku dah masukkan awal-awal dalam beg." Gumamnya.
"Apa aku nak buat ni?" dia berkata sendirian.
Sepasang matanya melingas ke seluruh dewan kuliah yang hingar-bingar dengan suara pelajar.
Mungkinkah dia telah tertinggal nota itu di bilik semasa bergegas nak bersiap tadi? Tak pun ada terjatuh di mana-mana tak?
Qistina terus berdiri. Dia mahu mencari notanya. Kutlah tercicir semasa mahu ke sini tadi.
Qistina berasa hampa kerana masih tak berjumpa lagi dengan notanya itu. Dia memerhati ke sekelilingnya. Berundur secara perlahan-lahan dengan mata masih tertancap ke depannya. Mana yang dia boleh nampak, dia akan terus usaha mencari. Masih sempat kerana pensyarah mereka belum memunculkan diri.
Kalau tidak... Apa dia nak jawab nanti? Takkanlah nak menipu? Belum pernah lagi Qistina gagal menghantar assignment tepat pada masanya.
Tanpa diduga, tubuh kecil molek Qistina berlaga dengan tubuh seseorang.
Qistina terkejut, lalu menoleh. Berderau darahnya. Dia mendongak dek ketinggian itu.
Raffa sedang merenungnya tajam. Mereka bertentang mata. Namun, Raffa langsung tak bersuara. Membiarkan Qistina segera menjarakkan diri.
Qistina terkedu.
Bebola matanya bergerak pula kepada bahagian siku Raffa yang terdedah itu. Ada kesan luka yang nampak seperti baru saja dibersihkan.
"Sorry." Katanya teragak-agak.
Raffa mengerling sekilas.
"Lain kali jalan pakai mata. Bukan kepala lutut. Sampai hampir nak bunuh orang." Ucap Raffa dengan mata tepat memandang Qistina.
Qistina mengerutkan dahi. Biadabnya.
"Saya tak sengaja. Lagipun saya dah cuba mengelak kan tadi. Awak tu yang salah. Sesuka hati aje bawa laju dalam kampus. Manalah boleh tak accident." Dia menjawab.
Mana boleh dia dipersalahkan. Sebab dia tahu yang dirinya tidak bersalah apa-apa. Dia sudah pun meminta maaf.
Raffa bermuka sinis. "Jadi, salah akulah ni?"
Dia kian mendekati. Selangkah demi selangkah dengan pandangan yang menakutkan. Qistina mengetap bibir bawahnya.
"Taklah. Bukan itu maksud saya..."
"Kau sedar tak? Kalau kau tak menyibuk macam mak cik bawang... Pasang telinga sambil curi dengar perbualan orang lain... Benda macam tu takkan berlaku. Faham." Raffa berbisik rapat. Cukup hampir di gegendang telinga Qistina.
Qistina menelan air liur yang tersekat.
"Aku anti betul dengan orang macam kau ni. Sengaja nak play victim pula. Kau takkan terlepas, Qis."
Qistina tersentak. Kata itu seperti berbaur ugutan pun ada. Raffa mencampak kasar satu nota ke muka Qistina.
Mata Qistina terpejam sesaat. Bahunya terhinggut sedikit. Terkejut dengan tindakan spontan itu.
Qistina terpanar, lalu mencapai nota itu. Dia menyedari nota itu kepunyaannya. Assignmentnya turut terselit di celah nota itu. Rupanya dijumpai Raffa. Barangkali tercicir semasa di kolej. Dia menghela nafas lega.
Qistina terus-terusan memandang Raffa yang berlalu ke bahagian hujung dewan. Tanpa sempat dia membalas satu apa pun.
Raffa berjalan pun lambat-lambat, berusaha tidak menampakkan yang dia sebenarnya tengah menahan kesakitan yang masih lagi belum hilang akibat insiden itu.
Qistina serba salah jadinya. Tapi, dia susah nak terima kata-kata biadab itu. Dia turut berlalu ke tempat duduknya semula. Membalas senyuman kawan sekelas mereka.
"Awak okey, Qis?" Kawannya itu bertanya.
"Okey."
Qistina cuma angguk.
_
"QISTINA."
Prof Rahmat memanggilnya. Qistina menghentikan langkah di depan pintu dewan seraya membalas senyuman itu. Membiarkan beberapa pelajar lain berlalu keluar. Dia memandang muka pensyarahnya yang berusia lingkungan awal 50-an itu.
"Ada apa, prof?" tanyanya.
"Boleh tak saya nak minta tolong sesuatu?"
Qistina mengerutkan dahi. "Ermm... Apa maksud prof?"
Prof Rahmat memikirkan sesuatu, lalu meletakkan genggamannya itu ke meja. Qistina sibuk memerhati gelagat pensyarahnya itu.
"Saya mahu nanti Raffa ditugaskan sama kumpulan dengan awak. Boleh?" Ucap Prof Rahmat.
Qistina terdiam. Dia mengeratkan genggaman sebelah tangannya. Dia mengambil masa agak lama, memikirkan kata-kata Prof Rahmat. Biar betul prof aku ni? Apa dia nak jawab ni?
"Tapi... Kenapa prof?" dia memberanikan diri untuk bertanya.
"Saya percaya hanya awak yang boleh bantu Raffa untuk naikkan balik pointer dia yang agak bermasalah. Dia yang paling bermasalah dengan subjek saya. Awak pula antara ramai-ramai pelajar yang berpotensi untuk lebih ke depan, Qistina. Markah awak selalunya cemerlang."
Qistina mendengar dengan khusyuk.
"Awak fikir saya masuk kelas hanya semata-mata dengan mengajar saja ke? Bagi kuliah dan tugas macam biasa. Saya sebenarnya perhati setiap studen yang ada dalam kelas. Sama ada fokus ke atau pun tidak waktu saya tengah mengajar." Ujar Prof Rahmat.
"Maksud prof, err... sampai pergi site visit nanti?" Tanya Qistina.
Dia pandang anggukan itu. Raut Prof Rahmat turut serius.
"Kalau dah sama kumpulan, mestilah sampai final." Prof Rahmat memutuskan.
Qistina tak tahu apa perlu dijawab. Nak tak nak saja dia mengangguk.
"This whole semester memang saya nak Raffa satu kumpulan dengan awak. Bukan orang lain. Lebih-lebih lagi dengan kawannya tu. Kalau tidak... dia susah nak betul-betul fokus pada subjek yang saya ajar ni. Nampak macam main-main pun ada. Bolehlah awak tolong ajarkan Raffa apa-apa yang patut."
Prof Rahmat memerhati Qistina yang mematungkan diri.
"Awak tak pernah ada apa-apa masalah dengan subjek saya, kan?"
Prof Rahmat menanti.
"Insha-Allah, prof. Setakat ni alhamdulillah." Jawab Qistina dengan senyuman kecil.
Dia sebenarnya mampu mengagak, mengapa dirinya juga yang Prof Rahmat pilih untuk sama kumpulan dengan Raffa. Memanglah dia selalu mendapat A+ bagi subjek Prof Rahmat. Tak bermakna yang dia tahu hendak mengajar.
Lebih-lebih lagi dengan Raffa. Takut nak berdepan dengan Raffa yang dia anggap macam berdendam pula dengannya setelah insiden itu. Kata ugutan itu dia masih ingat lagi. Muka Raffa cukup serius. Tak menampakkan langsung yang Raffa tengah main-main.
Kalau boleh dia lagi hendak menjauhkan diri daripada Raffa. Hendak kata tak setuju, apa pula yang pensyarahnya fikirkan nanti?
"Awak pun tahu, kan. Dia ada ulang subjek saya sebelum ni. Kalau dia masih gagal lagi... Tak pastilah sama ada dia masih boleh grad ke atau pun tidak sem ni." Keluh Prof Rahmat.
"Nampak macam ada benda yang awak nak cakap. Apa dia? Cakaplah." Prof Rahmat perasan perubahan Qistina.
Lambat-lambat, Qistina membuka mulut.
"Maaf, prof. Bukanlah saya tak mahu tolong. Saya cuma tak berapa selesa..."
Prof Rahmat memandang muka Qistina.
"Saya taklah rapat sangat dengan Raffa." Qistina berterus terang.
"Hmm... Yake."
Qistina memandang raut penyarahnya yang bertukar hampa sedikit. Prof Rahmat kelihatan serius seraya meraup muka dengan kedua-dua tangan.
Sedikit sebanyak Qistina rasa bersalah. Takkanlah dia hendak mencampur adukkan hal tadi dengan yang sekarang? Selama ini pernah ke dia menolak permintaan seseorang yang betul-betul mahu meminta tolong dengannya?
Sudahlah dia jenis yang sensitif. Mudah rasa bersalah. Berhati lembut. Inilah kelemahannya.
Emaknya tidak pernah mengajar dia begitu. Jangan sesekali menolak apabila ada seseorang meminta bantuan, lebih-lebih lagi jika orang itu betul-betul dalam kesusahan. Sekurang-kurangnya dia boleh membantu setakat yang termampu.
"Kalau macam tu..." Prof Rahmat bersuara.
"Macam ni, prof." Qistina lekas memintas percakapan itu.
"Tapi... saya boleh aje tolong tunjuk ajarkan Raffa apa yang saya tahu. Andai kata Raffa susah nak faham dengan topik tertentu, saya akan minta dia rujuk dengan prof. Nak kata saya ni tahu sangat tu takdelah. Setakat sikit-sikit tu bolehlah. Saya setuju nak bantu prof." Dia senyum.
Prof Rahmat membalasnya lalu, mengangguk.
"Baiklah. Apa pun terima kasih ya, Qistina."
"Sama-sama, prof."
Hingga tiba ke bilik pun Qistina masih lagi memikirkan kata-kata Prof Rahmat. Seakan dibayangi satu mimpi buruk. Dia sedang mengundang bala nampaknya. Baru saja mahukan ketenangan di tahun akhir pengajian.
Huh, jangan harap. Nak tolong Raffa konon... ah, itu semua hanya lakonan di depan pensyarahnya.
Mahu ke lelaki biadab itu bekerjasama nanti?
Dia tak rasa pun begitu.
Hi lovely readers! Another chapter saya post hari ni. Dua bab sekaligus. Saya akan cuba update cerita ni ASAP. Insha-Allah. Tengok pada views yang positif naik buat author lebih bersemangat untuk menghasilkan satu lagi karya buat bacaan anda semua. Happy reading. Lots of love from author Amyra Aimi^^
Share this novel