Seorang lelaki duduk di dalam sebuah kereta yang sedang melaju membelah jalan di malam hari. Disampingnya tempat memandu Iman Azani ayah Adam Mikael sedang memandu, Adam duduk sambil melihat pemandangan di luar tingkap. Dia merasa sangat geram kerana rancangan untuk melarikan dirinya telah digagalkan oleh Iman ayahnya.
Sebenarnya Adam memang sudah keluar dari rumahnya untuk bertemu dengan kawan-kawannya, tetapi seperti Iman menyewa seseorang untuk mengikutinya sehingga tiba-tiba kereta yang dibawanya dihadang dengan kereta ayahnya.
Adam tidak boleh lagi mengelak. Dengan sedikit ancaman dari Iman akhirnya Adam mengalah."Kita nak pergi mana? "
"Ikut je, ayah tak nak kamu lari lagi!"
Adam menggeleng laju kepalanya "Adam takkan lari lagi"
Iman terlihat ragu, terlihat dari dahinya yang berkerut.Dengan mata yang tajam,Iman mencuba mencari kebohongan pada anak lelakinya.
"Janji"Iman menundingkan jari kelingkingnya.
Dengan menghela nafas kasar Adam pun menundingkan jari kelingkingnya. Selepas itu,dia keluar kereta kerana tidak mahu terus-menerus bersama ayahnya.
Setelah memastikan Adam telah memasuki hotel Iman menghidupkan kereta dan melaju pergi. Sedangkan Adam pergi menuju ke kerusi paling hujung, tentu itu bukan tempat yang ditempah khas oleh Iman untuknya.
Kerana sudah terlanjur sampai, Adam ingin sedikit bermain-main dengan perempuan itu, mungkin membuatnya menunggu. Mungkin menyenangkan. Adam mahu melihat seberapa lama perempuan akan menunggu nya.
Tiga puluh minit kemudian, akhirnya perempuan itu datang. Sudah tentu Adam mengenalinya, kerana ayah dan umienya sudah memberikan nya berpuluh puluh gambar perempuan itu.
Adam masih ditempatnya hingga satu jam tiga puluh minit lamanya,dia melihat ke atas untuk memastikan adakah perempuan itu masih menunggu nya atau pun tidak?. Dan ternyata perempuan itu masih ada disana .Apakah perempuan itu tidak penat menunggunya. Adam sendiri malah sudah pegal kerana hanya duduk sahaja.
Akhirnya, Adam memutuskan untuk naik bagi menemui perempuan itu. Setidaknya hanya untuk mempelihatkan diri. Ternyata perempuan itu tertidur,patutlah perempuan itu belum berganjak pergi.
Kerana merasa lapar,Adam memesan makanan untuk diri nya sendiri. Sebisa-bisanya dia tidak mahu membangunkan perempuan itu.
Share this novel