Hari yang ditunggu tunggu pun telah tiba. Sekarang Farah berada dihadapan cermin sedang menilai penampilannya.Dengan memakai seluar jeans putih dan baju hitam dipandukan dengan hight heels silver, rambutnya di lepas lurus terlihat sangat elegan .
Farah beralih melihat gambar dia atas meja. Lagi-lagi dia mampu menahan senyum. Dia tak mampu menipu dia jatuh cinta dengan lelaki kacak itu.Dia menutup muka dengan kedua tangan nya. Perassannya sangat pelik selepas melihat gambar tersebut,ada perasaan yang susah diungkapkan seolah-olah ada beribu rama-rama yang menggeletik perut nya. Farah baru pertama kali merasakan perasaan ini. Adakah ini dinamakan jatuh cinta pandang pertama?
Untuk pertama kalinya dalam hidup Farah berjumpa dengan lelaki, bukan maksud nya selain kawan kolej nya. Harap semua baik-baik sahaja.
------------
Setelah sampai di hotel yang dimaksudkan ayahnya sekitar 8.30p.m..Dia masuk suasana lobby hotel sangat sunyi dan hening,pelanggan pun hanya beberapa.
"Atas nama Cik Farah?"tanya seorang pekerja hotel yang tiba-tiba menghampiri nya. Farah hanya mengangguk canggung. Dia bingun harus bersikap seperti apa.
"Mari ikut saya"
Pekerja hotel itu membawa Farah pada meja di sebelah cermin kaca yang menujukan suasana jalan yang penuh dengan cahaya.
Selepas pekerjaan itu pergi,Farah hanya memainkan jari-jemari nya.Orang yang ditunggu belum datang membuat nya diserbu perasaan risau.
Minit berganti minit kian berlalu tak terasa sudah satu jam tiga puluh minit Farah menunggu namun orang itu tak kunjung datang. Berapa lama dia harus menunggu.Malah dia sudah menghabiskan lima gelas air kosong.Dia mahu menelefon ayahnya, Yusof mungkin takkan memberi respon apapun.
Setalah menunggu dua jam lamanya, sehingga Farah tertidur di lipatan tangannya. Akhirnya lelaki itu datang, dia duduk begitu saja dan memesan makanan tanpa ada niat membangunkan Farah. Malah setelah dia selesai makan, dia tetap tidak membangunkan.
Sebelum pergi lelaki itu menatap wajah perempuan yang tertidur itu. Dia akui perempuan itu sangat cantik. Namun kecantikan tidak mampu menggerakkan hatinya.Jika bukan kerana terpaksa dia tidak akan menemui perempuan ini. Dia sudah merancang tidak mahu datang tetapi ayahnya mengetahui nya. Malah ayahnya sendiri yang menghantar nya ke sini.
Sebenarnya, bukan perempuan itu yang datang lebih awal melainkan dia. Lelaki itu malah datang tiga puluh minit sebelum Farah datang. Dia bersembunyi di lantai bawah,nasib tiada yang mengenali nya, Pada mulanya dia mahu melihat seberapa lama Farah mahu menunggu nya, tapi selepas satu jam lebih perempuan itu tidak kunjung pergi.
Hingga akhirnya dia mahu memastikan adakah Farah masih mahu menunggu nya atau tidak dan ternyata perempuan itu menunggu nya sampai tertidur. Lelaki itu menghampiri Farah dengan niat tidak mahu membangunkan nya kerana tidak ingin berinteraksi dengan perempuan itu.
Bukankah ini hanya makan malam? itu maksudnya dia telah menepati janji nya walaupun perempuan itu tertidur.
Share this novel