Bab 1

Drama Completed 19682

Sebuah kereta baru saja tiba di perkarangan rumah mewah dan megah yang didominasi oleh warna putih, Seterusnya, seorang perempuan turun dengan gaya anggun nya.Dengan memakai skirt selutut berwarna merah maroon serta baju berlengan panjang berwarna cream. Dia juga memakai hight heels hitam setinggi 5cm.
Dia menatap dengan kagumnya pada bangunan dihadapan nya. Ternyata rumah ini lebih mewah dari dugaannya. Tapi ada perasaan ragu dihatinya.Akankah rumah ini sehangat rumahnya yang dahulu?
Ketika asyik mengelamun pintu kukuh itu terbuka menampakkan seorang budak perempuan yang sedang memeluk anak patung beruang di tangan kanannya.Budak perempuan itu tersenyum manis ketika melihat nya, dia tiba-tiba berlari sambil mendepakan kan tangannya.
"Kak Farah"
Perempuan yang tadinya tengah termenung itu seketika terus tersadar dari lamunannya lalu berjongkok dan mendepakan tangan untuk menyambut pelukan budak perempuan tersebut .
"Kak Farah bila sampai, kenapa tak bagitau Alisya? "tanya budak perempuan itu dengan muka cemberutnya. "Kalau Alisya tahu, Alisya akan tunggu depan pagal" Sambung nya lagi
Dia adalah Alisya Natasya adik kepada Nur Farah binti Mohd Yusof. Adik perempuan nya itu belum dapat menyebut huruf R, membuatnya nampak semakin comel. Apalagi bila dia bercerita dengan mata yang bersinar dan mimik muka yang bersungguh sungguh.
"Kan baru SURPRISE! " jawap Farah sambil memegang muka adiknya yang tembam itu.
"Farah" panggil seorang wanita yang cantik walaupun usia sudah tidak muda lagi tapi masih elegan dengan senyuman nya.
Farah melihat wanita tersebut itu lalu tersenyum kemudian dia berdiri untuk memeluk Zulaikha iaitu ibu tirinya. Zulaikha membalas pelukan anak tirinya dengan tak kalah erat nya "Welcome back sayang !".
Zulaikha telah menjadi ibu tiri kepada Farah sejak 6 tahun yang lalu. Pada mulanya Farah merasa takut ketika mengetahui bahawa Zulaikha akan menjadi ibu tirinya. Dia sempat mengajukan ketidaksetujuan nya. Namun apalah daya Yusof Ibrahim ayah Farah tidak memerlukan izin darinya untuk berkahwin lagi.
Fatihah Adawiah ibu kandung Farah meninggal ketika melahirkannya. Itu yang Farah tahu dari Mak Cik Siti pengasuh nya sejak masih kecil. Hanya setakat itu Mak Cik Siti menjelaskan kepada nya tidak kurang dan tidak lebih. Dia juga selalu bertanya pada Yusof dan Ar Rayyan abang nya. Namun mereka tidak memberi jawapan apapun.
Sejak menikah Yusof telah menetap di Kuala Lumpur. Zulaikha sering kali memujuk Farah untuk tinggal bersama mereka tetapi Farah menolak dan berkeras untuk menetap di kampung.Farah saat itu juga masih berasa takut dengan Zulaikha. Bagaimanapun dia saat itu belum berfikiran matang dan masih terpengaruh dengan drama yang menujukan ciri-ciri ibu tiri yang jahat.
Sejak kecil Farah sangat susah bergaul itu menyebabkan dia tidak mempunyai kawan dan mereka pun seakan tidak mahu berkawan dengan nya. Sekarang Farah terpaksa pindah ke Kuala Lumpur kerana Mak Cik Siti memilih untuk berhenti bekerja setelah suaminya meninggal dunia.
Sekarang Zulaikha bersyukur Farah mahu tinggal bersama keluarga nya. Sudah lama Zulaikha menginginkan momen ini tetapi Farah kerap kali menolak ajakannya untuk tinggal bersama mereka.
Zulaikha cukup paham yang Farah tidak selesa berhadapan dengan ayahnya kerana hubungan mereka cukup buruk. Selain itu hubungan Farah dengan abang nya cukup renggang dan di kesempatan ini Zulaikha ingin mengubah segalanya menjadi lebih baik. Meraka pasti menjadi keluaga yang harmoni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience