Rate

BAB 4

Romance Completed 7675

Seminggu kemudian.

“Izyann, Qae ingat nak balik kampung lah, Izyann okey ke?”

Qae memandang wajah Izyann yang sibuk menerawang memerhatikan sekeliling.

Mereka sedang menjamu di sebuah kedai mamak. Walaupun kaya, Qae tidak suka pergi restaurant, dia lagi suka melekat dengan Izyann kesayangannya dekat kedai mamak je. Kesayangan ke? Entahlah sayang kot.Tanpa sedar, Qae tersenyum sendiri. Izyann yang melihat sudah berkerut seribu, dah kenapa dengan pakcik ni?

“Qae ni kenapa? Senyum sorang-sorang.”

Qae yang baru tersedar cepat-cepat membetulkan posisi duduknya dan berdehem berapa kali. Kawal macho beb!

“Tak, tengok Iyann je lah, Qae suka Iyann. Iyann comel. Jadi makwe Qae nak tak?!”

Izyann tersenyum sengit.

“Qae, Iyann kan tengah bertugas ni. Jangan main-main.”

Kata-kata Izyann mematikan senyuman Qae. Bukan dia sengaja, tapi dalam tugas kita tidak boleh leka, sekali leka nyawa sesiapa sahaja berada dihujung tanduk.

Izyann dapat merasakan bahawa mereka diperhatikan. Petunjuk yang dia perolehi tadi malam serupa dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Tipulah kalau Izyann tiada rasa suka dengan jejaka dehadapannya itu. Namun disebabkan nyawa, dia terpaksa letak tepi dahulu perasaanya. Lagipun couple-couple ni kan haram! nak cintan cintun lepas kahwin lah. Ha lepastu nak I Lap you you, Lap me pun dia tidak kisah.

Qae cuba mencapai jemari Izyann.

“Qae, bukan mahram lah. Mana boleh sentuh-sentuh. Berdosa tau.”

Mati terus niat Qae untuk memegang tangan Izyann.

“Iyann!”

Seorang lelaki menjerit memanggil nama Izyann lantang. Izyann menoleh mencari suara itu. Irman Shah tersenyum lebar apabila bertemu dengan gadis kesayangannya itu.

“Qae kejap eh?”

Izyann memegang tangan Irman. Mereka bergerak beberapa langkah dari Qae. Qae sudah pasang riak tegang.Amboi kata tak bersentuh dengan lelaki bukan mahram, tapi tu pegang siap bersayang-sayang bagai. Qae mendongkol geram. Perempuan memang macam tu!

“Jom Qae.”

Ajak Izyann apabila perbualannya dengan Irman sudah habis. Irman terpaksa beredar cepat kerana ada hal emergensi di hospital.

Tanpa bicara Qae pantas bangun dan menuju ke kereta yang diparking. Izyann yang melihat Qae sudah jauh kehadapan pantas meninggalkan not lima puluh ringgit diatas meja.

Terkocoh-kocoh dia mengejar Qae yang sudah jauh kehadapan. Dia tidak boleh meninggalkan Qae sendirian. Bahaya!

Dalam kereta Qae memecut laju keretanya. Izyann hanya menelan liur pahit. Dah kenapa.

“Qae! Awak perlahan kan kereta ni.”

Izyann bukan takutkan kelajuan. Kelajuan sudah sebati dengan dirinya.Tapi tu kalau dia yang bawak kereta. Ni orang lain! Kalau kemalangan apa dia nak jawab!

“Qae! Awak dengar tak ni! Perlahankan kereta ni!”

Izyann terhantuk apabila kereta Qae berpusing dan kerana mengelakkan terbabas di selekoh tajam. Berpinar kepalanya.

“Siapa dia tu? Owh cakap tak pegang bukan muhrim lah, jangan nak tunjuk alim sangat lah Iyann!”

Suara tengkingan Qae membuatkan Izyann terkedu.

Dahlah kepala sakit, kena tengking lagi. Izyann menggelengkan kepalanya berkali-kali.

‘Kuat Iyann! Sikit lagi! Lepas Qae selamat kau nak rebah, rebahlah sebelum tu kuat!’

Izyann memberi semangat pada dirinya.

Seketika kemudian, beberepa buah kereta berhenti mengelilingi kereta Qae. Mereka keluar dengan membawa senjata. Izyann dan Qae terkedu. Tepat jangkaannya!

Cermin kereta milik Qae dipecahkan tanpa amaran. Kedua-dua mereka ditarik keluar. Izyann yang dicengkam lengannya hanya memerhati. Muka tenang dipasang. Berlainan pula dengan Qae yang dah pucat tanpa darah.

Segala gerak-geri mereka Izyann perhatikan seorang demi seorang, apabila lelaki itu ingin mencederakan Qae, Izyann pantas bertindak. Segala seni pertahanan diri yang dia belajar, semua digunakan sehabis baik.

Qae yang melihat ternganga dengan kebolehan dan kekuatan Izyann melawan beberapa orang lelaki yang berbadan tegap. Dia terhuyung haying ditarik kekiri dan kekanan oleh Izyann.

Sesuatu yang membanggakan, walaupun Izyann berlawan dengan menggunakan skirt labuh, langsung tidak kelihatan sedikit pun auratnya terbuka lantaran Izyann memakai seluar sebagai pelindung. Izyann memang pandai menjaga auratnya. Terdetik perasaan bangga dihati Qae tika itu.

Sekejap sahaja semua penjahat itu sudah terbaring dengan darah yang berlumuran. Izyann tersenyum mengah. Qae pula terkedu hilang suara terus. Rahangnya bagai nak terjatuh saat itu jugak! Terernye!

“Macam mana? Tu..penjahat..rebah…”

Tergagap Qae dibuatnya.Ha! Don’t judge a book by it cover lah bro!

Tidak lama selepas itu, kedengaran siren polis. Inspektor Radzi tersenyum bangga dengan kelebihan yang dipunyai Izyann. Izyann selalu diberi tugas untuk melindungi orang penting kerana Izyann mempunyai kebolehan yang luar biasa.

“Tuan! Tahniah tepat jangkaan kamu Iyann.”

Inspektor Radzi memberi tabik hormat kepada Izyann. Izyann membalas dengan cara yang sama.

“Alhamdulillah, anugerah tuhan.”

Meletus tawa kedua rakan seperjuangan itu. Qae yang memerhati makin dilanda kepelikkan.

Selepas semua selesai, Izyann yang masih mengah menapak menghampiri Qae, senyuman manis diberikan, baru berapa langkah dunia dirasakan gelap gelita. Tubuhnya yang sedia lemah mula rebah menyembah bumi.

Hanya kedengaran suara Qae yang menjerit memangil namanya. Tapi dia tidak mampu membalas.Dia penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience