Rate

BAB 5

Romance Completed 7675

“Adik! Mana aci main sepak kat sini.”

Kedengaran lantang suara Raihana memarahi adik kesayangannya apabila Raihan silap untuk menyerang kakaknya itu. Gelagat mereka diperhatikan dari jauh oleh sepasang suami isteri.

“Abang fikir apa tu?”

Izyann menghampiri suaminya yang duduk melihat anak-anak mereka yang sibuk bermain tempur sesama mereka.

Seni pertahanan diri yang Izyann belaja diajar kepada anak mereka untuk keperluan pada masa akan datang. Lagipun seni pertahanan diri itu kan sunnah.

“Eh, tak ada apa, abang tengok anak-anak teringat kisah dulu-dulu.”

Qae tersenyum sebelum mennepuk ruang kosong di bangku kayu disebelahnya.

“Kisah dulu?”

Izyann mengerutkan keningnya.

“Ha’ah. Dari abang kenal Iyann sampai sekarang ni.”

Qae tersengih.

“Isteri abang ni memang pelakon terbaik tau dan penyelamat abang!!! Nah hadiahnya.”

Qae pantas mengucup pipi Izyann yang semakin berisi.

“Abang, anak-anak kan ada tu, ape yang abang ingatkan tu?”

Izyann melentokkan kepalanya diatas bahu suami kesayangannya itu.

“Abang tak sangka, Izyann yang abang kenal merupakan seorang inspektor polis, dulu bila ditanya cakap major cabuk sahaja. Abang ni buta-buta je percaya.”

Izyann tertawa kecil. Qae memang pernah melontarkan soalan itu. Jawapan yang sama diberi, major cabuk!

“Selepas Izyann pengsan setelah bertarung, abang hantar Iyann ke hospital, dan di situ satu persatu rahsia Iyann terbongkar, time abang tau Iyann sakit barah hati tu, abang memang tak boleh berdiri dah. Menggeletarnya hanya Allah yang tahu. Pandai sayang sembunyikan semua eh?”

Qae mencuit manja hidung Izyann. Izyann hanya menggaru kepala yang tidak gatal.

Izyann pernah menghidap penyakit barah hati suatu ketika dahulu. Tiada siapa tahu kecuali Imran sahaja dan Alhamdulillah sekarang Izyann sudah sembuh. Qae yang mendermakan separuh hatinya buat Izyann disaat Izyann kritikal. Kebetulan hati Qae sesuai, terus Qae dermakan buat Izyann. Perempuan yang dia cintai separuh hati. Opss…tapi cinta Allah lagi tinggi eh.

“Lepastu, suatu lagi kejutan untuk abang bila lelaki yang abang cemburu tu, rupa-rupanya abang susuan sayang. Mati-mati abang ingat dia tu kekasih sayang. Cemburu tu hanya Allah yang tahu.”

Izyann tersengih. Imran dengannya memang adik beradik susuan memandangkan dia menyusu dengan mak Imran kerana ibunya telah pun kembali kepada pencipta sejak dia lahir lagi.

Qae menyulam jarinya dengan Izyann sebelum mengucup penuh kasih. Tangan itu lah yang pernah lindunginya satu masa dahulu.

Disebabkan cemburu punya pasal, hampir je mereka hilang nyawa diatas jalan raya. Tapi Alhamdulillah, jodoh mereka kuat dan mereka mampu membina rumah tangga yang bahagia sekarang dengan kehadiran anak-anak sebagai penyeri kehidupan mereka.

“Sayang nak tahu?”

Qae memandang Izyann penuh kasih.

“Sayanglah penyelamat abang dunia akhirat.”

“Abang juga penyelamat Iyann, hati ni inshaAllah selamanya untuk abang.”

Izyann mengangkat matanya dan membalas pandangan suaminya.

“Cop..tanpa pertolongan Allah takkan jadi semua ni tau abang!”

Izyann menemukan kelima jarinya membentuk mulut itik.

“Tau, Alhamdulillah terima kasih pada Allah sebab selamatkan kita dari bahaya, DIA lah penyelamat yang sebenar-benarnya.”

Qae melemparkan pandangan kearah anak-anak mereka.

Mereka tersenyum gembira. Walaupun mereka saling menyanyangi antara satu sama lain, mereka masih sedar bahawa sayang Allah itu mestilah lagi tinggi berbanding sayang manusia. Selalu orang cakap sayang awak lebih dari segala-galanya.Itu salah, sepatutnya kita hanya menyanyangi Allah melebihi segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience