Rate

BAB 2

Romance Completed 7675

Mega Timur antara syarikat yang terkenal dan ramai ingin menjadi musuh kepadanya. Sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi keselamatan anak lelaki tunggal kesayangannya itu, Dato’ Arash berjumpa dengan Encik Zikri merangkap sahabat baiknya a.k.a ayah si Izyann.

“Iyann…mari sarapan dulu.”

Encik Zikri memanggil lantang buah hatinya itu.Sejak kematian isterinya, dialah yang menjaga buah hatinya itu.

“Ye, ayah..”

Sambut Izyann dengan senyuman manis.

“Lah macam mana kamu nak protect and defend kalau pakai macam ni?”

Encik Zikri menjuihkan bibir kearah pakaian yang tersarung pada tubuh Izyann.

Hari pertama Izyann bekerja dengan Dato’ Arash, dia mengenakan dress labuh berwarna merah dan skirt panjang hitam kesayangannya.

“Ayah, kan ibu hadiahkan skirt labuh ni beserta seluar.Jangan risau takkan ada nampak aurat walaupun Iyann bertarung.”

Encik Zikri mengangguk faham.Dia sangat menjaga batas aurat anak gadisnya itu.

“Nanti kamu baik-baiklah dengan anak kawan ayah tu.Dato’ Arash tu baik orangnya tau.”

Izyann menaikkan tiga jarinya dan mencantumkan ibu jari dengan jari telunjuk membentuk OK!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience