Chapter 1 - Senior

Family Series 3488

"Maggie, bangun! Akak tak nak Maggie lambat pergi ke high school harini. Harini kan hari pertama Maggie?" Selena mengetuk pintu bilik adiknya.

Tiada respon.

"Maggie, cepatlah bangun! Akak dah tolong mama siapkan sarapan. Cepat ya!" Selena terus turun untuk bersarapan.

Dengan longlai, Maggie terus bangun dan mengambil tuala yang tersidai di belakang pintu biliknya. Seusai mandi dan bersiap, Maggie terus turun untuk bersarapan.

"Good morning papa, good morning mama, good morning Sel." Ucap Maggie.

Dwayne sedang menghirup kopi dan tersenyum melihat anaknya.

"Wah, cantiknya anak papa! Mesti dah tak sabar nak turun ke sekolahkan?"

"Mestilah papa. Maggie kan dah senior sekarang. Ratu cheerleader lagi." Selena tersenyum memandang adiknya sambil menyediakan bekalnya. Dia lebih senang bekal makanan dari rumah dari makan di kedai. Lagipun ekonomi keluarganya membuatkan Selena terpaksa untuk berjimat sedikit.

"Hehe, akak ni. Puji lebih-lebih pulak."

"Maggie, ni bekal untuk kamu dan yang ni untuk Chloe," Jennifer sudah mengasingkan bekal Maggie dan Chloe.

"Sedapnya bau. Tak sabarlah nak makan mama, " Jennifer tersenyum. Dia tahu anak dan suaminya tidak pernah memilih setiap kali dia masak.

"Ok Maggie, jum. Akak tak boleh lambat harini. Nanti bos akak meroyan lagi. Bye mama, bye papa. Kami pergi dulu," Selena mencium pipi Jennifer dan Dwayne.

Maggie terus mencapai beg dan mencium pipi kedua orang tuanya.

"Sel jangan drive laju sangat ya! Seat belt kamu berdua jangan lupa pakai!" Pesan Jennifer. Begitulah saban hari. Jennifer tidak pernah lupa untuk memesan anaknya supaya berhati-hati.

"Sayang, kenapa pancake honey I ni tak manis?" berkerut dahi Dwayne.

"Tak manis? Anak tak complaint apa-apa pun. Ok jer sayang rasa." Jennifer hairan. Rasa pancake honey yang dimasak olehnya sudah cukup rasa. Tidak kurang atau lebih rasa masin atau manis.

"Tulah, I rasa kalau you cium pipi I baru pancake honey I ni manis kot." Dwayne tersengih.

"Mengada betullah you ni" Jennifer memukul lembut bahu dan mencium pipi Dwayne.

-----------------------------------------------

"Ok Maggie, dah sampai. Say hi to Chloe nanti ya." Selena memberhentikan keretanya dihadapan Beverly Hills High School.

"Ok kak. Bye, hati-hati drive." Maggie mencium pipi Selena.

"Maggie!" Chloe berlari mendapatkan Maggie. Mereka berdua berpelukan. Rindu dengan persahabatan mereka. Cuti sekolah dah habis, maka bermulalah tahun akhir bagi mereka berdua.

"Selena cakap hi dekat kau. Oh ya, nah, ni mama aku buat special untuk kau," Maggie menyerahkan bekal yang disediakan oleh Jennifer kepada Chloe.

"Wahhhh, lama tak rasa pancake mama kau Mag. Terima kasih! Rindu jugak dengan Selena, aku tengok kakak kau makin cantik." Chloe tersenyum lebar. Dia memang menyukai makanan yang dimasak oleh Jennifer. Dia tidak pernah menolak setiap kali Maggie memberikan bekal makanan kepadanya. Walaupun makanan sudah ada di cafeteria.

"Kau tengoklah sapa adik dia." Maggie meninggikan keningnya.

"Eleh, perasan." Mereka berdua ketawa.

"Kita dah tahun akhirkan? Wah, akhirnya kita jadi super senior." Chloe membuka kunci lokernya dan mengambil buku pelajarannya.

"Aku pun. Macam baru semalam je kita junior." Maggie menutup pintu lokernya.

"Chloe, kau tengok tu. Geng King kat hujung tu." Maggie memuncungkan mulutnya.

"Mana? Wahhhhh, hensemlah Hayes. OMG, boleh pengsan aku sekarang ni!" Chloe meletakkan tangannya ke dahi. Maggie hanya menggelengkan kepala dengan lakonan Chloe.

"Eleh, kalau kau couple dengan dia pun kau sanggup ke? Kau tengok lah tu, semua gadis sekolah ni dia layan. Cuba kau tengok Queen Wannabe tu siap kenyit mata lagi." Hayes, Ethan dan Grayson atau lebih dikenali sebagai Dolan Twins melayani kerenah gadis-gadis yang meminati mereka.

Geng King digilai gadis Beverly Hills High School dek kerana ketampanan dan kecekapan mereka bermain football (rugby). Queen Wannabe pula adalah gadis popular yang cantik, kaya dan mempunyai cita rasa yang tinggi. Megan Fox adalah ketua Queen Wannabe dan juga merupakan ketua cheerleader. Ariana dan Loren adalah kawan Megan sejak kali pertama mereka menjejak kaki ke Beverly Hills High School.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience