Bab 2 - Bos Gila!

Family Series 3488

"Good morning Sel!" tegur Vanessa sebaik sahaja Selena melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Morning!" senyum Selena.

"Bos dah masuk office ke?" tanya Selena.

"Belum lagi. Awal kau harini."

"Mestilah. Tak kuasa aku nak hadap dia. Melenting macam orang gila."

"Siapa yang gila?" Vanessa dan Selena terkejut mendengar suara tersebut. Tidak lain tidak bukan Mr. Nicolas Cage!

"Takda boss, Selena yang gila. Dia suka buat cerita lawak pagi-pagi macam ni." Vanessa menepuk-nepuk bahu Selena. Selena hanya tersenyum kekok.

"Oh. Meeting start dalam masa 10 minit lagi. Beritahu yang lain," Mr. Nicolas terus berlalu meninggalkan Vanessa dan Selena yang menarik nafas lega. Wajahnya tegang.

"Nasib baik tak kantoi!" Ketawa mereka berdua meletus. Tidak dapat dibayangkan jika Mr. Nicolas tahu gerangan siapakah yang dikatakan gila.

------------------------

"So, saya harap Mr. Nicolas suka dengan cover depan majalah yang saya bentangkan tadi. New Trend pasti akan memecah rekod untuk kali kedua dan habis terjual! Saya dapat rasa yang New Trend akan mengalahkan Star Magazine." Lily Collins memetik jarinya. Dia berharap presentation yang dia bentangkan mendapat persetujuan Mr. Nicolas.

"Hmmmm, tapi, saya rasa macam ada yang kurang, macam masih ada yang tak memuaskan hati saya saja. Selena, awak ada apa-apa nak tambah?" Selena terpinga-pinga dengan soalan Mr. Nicolas.

"Errr... errr... Saya nak bagi cadangan untuk colour cover magazine, guna yang cerah sikit. Sebab majalah kita selalu nampak kelam sebab tu majalah kita tenggelam. Saya dah kaji yang Star Magazine dan Vogue Style menyerlah je cover magazine dia. Lagipun, tajuk magazine kita happening, jadi colour magazine kita pun mestilah happening jugak." panjang lebar Selena menyatakan cadangannya.

Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat mengganguk setuju. Mr. Nicolas meletakkan tangannya ke dagu. Dia berfikir sejenak.

"Tapi, Mr. Nicolas bukan ke trend majalah kita memang colour gelap macam ni. Takkan nak ikut style yang sama dengan magazine lain." ujar Lily. Dia menjeling ke arah Selena. Lily adalah magazine designer, dia berasa Selena tidak layak untuk memberikan cadangan, kerana Selena hanya editor magazine. Dia lebih tahu fashion terkini daripada Selena.

Selena menundukkan kepalanya. Dia tahu Lily Collins tidak menyukai cadangannya.

"Ok Selena, saya nak awak fikir colour happening yang awak rasa sesuai untuk cover magazine kita. Nanti awak bagi idea tu dekat Lily. O'brien, good job. Saya suka gambar yang awak ambil." Mr. Nicolas berlalu meninggalkan bilik mesyuarat.

"Boleh tak kau diam atau cakap tak tahu je. Kau tu editor magazine jer. Semak kau punya kerja dah lah!" Lily menghentakkan kakinya.

"Hmmm. Malas saya nak bertekak dengan awak Lily. Saya tak nak buang air liur saya."

"Errrrgggg." Lily sekali lagi menghentakkan kakinya.

"Woo... Lady Collins, behave. Mr. Nicolas yang cadangkan Selena untuk bagi idea. Bukan salah Sel yang..." Belum sempat Dylan O'brien menghabiskan ayatnya, Lily mengambil kertas kerjanya dengan kasar dan ingin berlalu keluar.

"Lily, saya cadangkan colour magazine kita yellow and orange." Selena tersenyum ke arah Lily, dia berharap Lily menyukai warna yang dipilihnya.

Lily menjeling dan terus berlalu keluar.

"Wow, singa." Vanessa mendapatkan Selena dan Dylan. Mereka bertiga ketawa.

"Singa merah mengganas." Dylan merujuk kepada gincu Lily yang merah menyala sambil membuat aksi mulut muncungnya.

"Hei, sudahlah. Jum buat kerja. Nanti bos besar marah." Selena terus meninggalkan Vanessa dan Dylan.

Dia tidak sanggup sekiranya ditangkap bergosip oleh Mr. Nicolas. Cukuplah sekali sahaja. Dia bersengkang mata selama 2 hari kerana bercerita tentang kucing Mr. Nicolas yang telah di sunat.

------------------------

"Sebab tu lah kucing dia tak bising lagi."

"Kucing Mr. Nicolas je yang selalu merayau tu, sampai jiran sebelah bising sebab kucing dia selalu bunting. Kau rasa kucing siapa yang patut disalahkan? Yelah. Kucing pun bernafsu jugak." kata Selena. Dia pernah pergi ke rumah Mr. Nicolas setiap kali ada majlis yang dianjurkan olehnya. Dia selalu melihat kucing Mr. Nicolas pergi ke rumah jiran sebelah.

"Ehemmmm... ehheemmm..." Mr. Nicolas bercekak pinggang dibelakang Vanessa dan Selena.

"Hah? Bos kucing! Eh, no salah... Good morning bos!" ucap Selena ketakutan. Sampai tersasul dia kerana terkejut dengan kedatangan bosnya yang tiba-tiba sahaja datang. Vanessa mengucapkan selamat pagi dan laju meninggalkan Selena.

"Rancak awak borak pasal kucing saya yer Sel..." sindir Mr. Nicolas.

"Hmmm. Bos saya minta maaf..."

"Nope. Brian! Ada lagi tak yang awak nak edit? Sebab saya tengok Selena ni tengah senang lenang sekarang. Sakit pulak mata saya tengok orang relaks macam ni." Selena terkejut. Habislah hari weekend dia. Baru sahaja dia mahu bersenang lenang. Bos dah buat perangai!

"Ada bos. 3 nakshah ni." Brian menghulurkan magazine yang belum di edit kepada Mr. Nicolas.

"Ok, Selena, oleh kerana kucing saya dah disunatkan. Saya nak celebrate dengan awak lah. Nah, edit 3 naskhah ni, hari isnin mesti dah ada atas meja saya!" Selena menyambut majalah tersebut.

"Aduh! Masak aku!" Selena menepuk dahinya. Silap dia juga tidak tengok keadaan sekeliling sebelum bergosip. Apakan daya salah sendirikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience