Bab 3 - Jiran Baru

Family Series 3488

"Hello gorgeous!" Selena menyapa Maggie. Maggie tersenyum.

"Macam mana sekolah harini? Best tak?"

"Macam biasalah kak. First day school, pengetua bagi ceramahlah. Sempat tau Maggie terlelap sekejap."

"Hahaha, teringat zaman akak sekolah dulu."

Ringtone New Rules kedengaran menunjukkan ada mesej baru masuk. Maggie membaca mesej dan tersenyum lebar.

"Akak! Cepat kak. Cepatlah drive!"

"Lah kenapa ni Maggie. Siapa yang mesej tu?" Selena kaget dengan permintaan Maggie yang menyuruhnya memandu dengan laju. Dia cuak, takut ada sesuatu yang berlaku di rumah.

"Mama mesej. Dia cakap jiran baru pindah kat sebelah rumah kita. Harap-harap ada hot guy kan kak. Hahaha." Maggie tidak sabar untuk melihat jiran baru yang dikatakan oleh Jennifer.

"Haishhh, adik ni! Terkejut akak tau. Akak fikirlah ada emergency ke. Risau sebab mama tinggal sorang kat rumah sekarang," Selena menggelengkan kepalanya.

"Hehehe. Ni pun kira emergency kan kak?" Maggie tersengih sambil membalas mesej Jennifer.

"Ok mama. In 5 minutes, tak lama lagi kami sampai." menaip emoji smile dan Maggie menekan send. Mesej delivered tanda Jennifer sudah menerima mesejnya.

-------------------------------------

"Hi mama." Selena menegur Jennifer yang sedang rancak berborak dengan seorang wanita.

"Hi Maggie, Hi Selena. Sel, Mag, kenalkan jiran baru kita Puan Diana. Diana, ni anak saya, Selena dan Maggie."

Selena dan Maggie menyalami Diana. Mereka bertiga tersenyum.

"Jennifer, cantiknya anak-anak kamu. Macam ibunya juga." Puji Diana. Jennifer tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Ketika mereka berempat rancak berbual, seorang lelaki menghampiri Diana.

"Mama, semua barang dah habis punggah."

"Baik Cam. Terima kasih. Sorry, mama rancak sangat berbual dengan jiran kita. Terlupa nak tolong Cam and papa. Oh ya, Cameron, yang ni Puan Jennifer, dan yang ni Selena dan Maggie, anak Puan Jennifer. Yang ni anak saya, the one and only anak yang saya ada. Cameron." Diana memperkenalkan jirannya kepada Cameron.

Cameron menyalami Maggie dan Selena. Namun sebaik sahaja matanya menatap mata Selena, dia terpegun dengan kecantikannya. Dan tanpa disedarinya, dia memegang dadanya kerana degup jantungnya laju sekali!

"Cam, are you ok? Kenapa ni darling?" Diana tampak risau melihat Cameron yang tiba-tiba memegang dadanya.

Cameron tersedar daripada menatap mata Selena.

"Eerrr. Ya mama. Cam ok je. Mama jangan risau." Cameron menggaru belakang kepalanya dan tersenyum ke arah Diana.

"Cam ni buat mama risau jer. Jennifer, saya masuk dulu ya. Nak kemas barang sikit-sikit. Kesian pulak papa dia sorang-sorang yang kemas."

"Baiklah Diana. Oh ya, malam nanti saya ada masak sikit-sikit. Diana, suami dan Cameron datang ya nanti by 7pm. Nanti bolehlah suami Diana berkenalan dengan suami saya. At least, ada jugaklah geng dia berborak nanti." Jennifer memeluk dan mencium pipi Diana.

"Baiklah, Jennifer. Malam nanti kami datang." Diana memeluk selena dan Maggie dan tersenyum ke arah Jennifer lalu berlalu meninggalkan mereka. Manakala Cameron masih malu-malu lagi segera mengikut belakang Diana selepas bersalaman dengan jirannya.

"Ok ladies! Cepat mandi dan bersiap ya. Lepas tu tolong mama masak. Jiran baru kita nak datang malam nanti." Jennifer mengusap rambut Maggie.

"Kak, mama. Anak jiran baru kita hensemkan?" Maggie tersenyum.

"Hehehe. Adik suka Cam ek?"

"Mungkin?" Maggie ketawa dan diikuti oleh Selena dan Jennifer. Selena terus menggeletek Maggie. Mereka berdua ketawa dan berlari masuk ke dalam rumah.

Jennifer menggelengkan kepalanya melihat anak gadisnya. Dia bersyukur kerana anak-anaknya tidak pernah bersengketa. Adapun, hanya perkara kecil sahaja dan akan berdamai tidak sampai satu hari.

Jennifer melangkah masuk ke rumah dan menutup pintu. Malam ni tetamu baru akan datang ke rumah. Jadi, dapur jadi lebih sibuk daripada biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience