BAB 7

Action Series 6980

"Kakak, bila nak bangun? Aariz tunggu lama tahu tak." Aariz menggenggam erat telapak tangan kakaknya. Tidak mahu dilepaskan.

"Adik rindu bebelan kakak." Menitis air matanya. Dia rindu semua tentang kakaknya termasuk bebelan dan masakan.

"Nama kakak kau apa?" soal Arfan sambil di tangannya terdapat satu mangkuk bubur. Siapa lagi kalau bukan untuk Aariz.

Sejak kakaknya masuk ke dalam hospital dia sudah tidak menjaga pemakanan dan kesihatan. Habis semua benda kelihatan serabai.

"Raisha Arissa." Aariz langsung tidak berpaling melihat Arfan malah matanya hanya menunggu untuk melihat kakaknya sedar daripada tidur yang berpanjangan itu.

'Cantik nama,' desis hati Arfan. Dia mengulumkan senyuman nipis.

"Kau pergilah solat dulu lepas itu makan bubur yang aku belikan. Aku tengok dah macam bukan rupa orang kau ini."

Sebiji serupa perangai Rayyan si Aariz ini. Aariz hanya menurut kata Arfan. Lagaknya seperti adik dan abang.

"Yalah. Kau tolong jagakan kakak aku. Kalau terjadi apa-apa pada dia, nahas kau." Arfan mencebik.

Dia tidak pernah terfikir untuk buat benda bukan-bukan pada Raisha itu. Aariz keluar dari bilik itu lalu menuju ke surau yang berada di dalam hospital.

Arfan membaringkan badannya di atas sebuah sofa sambil mata masih melekat pada perempuan yang terlantar atas katil.

Seperti ada tarikan daripada Raisha yang membuatkan seorang Arfan berjalan mendekatinya.

"Kenapa kau menarik sangat, Raisha Arissa? Di mana ibu bapa kau?" Dia ingin tahu semua benda tentang perempuan yang berada di hadapannya ini.

"Cantik!" Perkataan yang sentiasa terbit daripada bibirnya. Tengok saja wajah itu, hatinya tenang. Dia pun kembali semula ke tempat pembaringannya sebentar tadi.

"Kau ada nampak ayah dan ibu aku?" soal Aariz yang baru saja masuk ke dalam bilik itu. Dalam setengah jam juga dia solat tadi.

"Tak." Tiba-tiba telefon kepunyaan Arfan berdering lalu diangkatnya panggilan itu.

Selepas beberapa minit, dia meminta diri untuk balik katanya urgent. Tinggallah Aariz keseorangan bersama kakaknya.

"Mana ayah dan ibu ini? Kata dah sampai." Sejurus berkata begitu seseorang menolak pintu bilik dari luar.

Kelihatan sepasang suami isteri dan seorang perempuan iaitu Amni. Mereka terserempak semasa ingin menaiki lift. Lagipun mereka kenal antara satu sama lain.

'Kenapa Kak Amni ada juga?' soal hati Aariz. Sejujurnya dia tidak berapa suka sama Amni dengan pakaian yang... argh dia tak boleh.

Nasib baik kakaknya tidak mengikut berpakaian dan perwatakan diva seperti Amni. Kalau tak memang haru-biru hidupnya.

"Sayang!" Datin Melanie meluru ke arah Aariz lalu memeluknya erat. Sudah lama dia tidak ketemu sama anak terunanya ini. Apalagi bercucuran air matanya di dalam pelukan ibu yang tersayang.

"Kakak," sebut Aariz lalu pandangan Datin Melanie bertukar ke arah Raisha yang terlantar itu.

"Raisha! Macam mana boleh terjadi ini?" soal Datin Melanie. Semua perasaan risau dan geram bercampur-baur tatkala melihat anak daranya. Ibu mana yang tidak sedih.

"Riz tak tahu." Datin Melanie melepaskan pelukannya bersama Aariz. Luluh hatinya melihatkan balutan pada kepala Raisha.

Amni pula memberikan pandangan simpati. Dia turut risau apabila mendengarkan sahabatnya masuk ke dalam hospital akibat kemalangan.

"Siapa tolong dermakan darah?" soal Dato' Frace. Dia mahu berjumpa dengan orang itu kerana selamatkan nyawa anaknya. Dia terhutang budi.

"Arfan." Dato' Frace dan Datin Melanie berpandang sesama sendiri seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan.

Hanya mereka saja yang tahu benda itu. Pucat wajah mereka apabila mendengarkan nama yang sudah lama tidak disebutkan.

Aariz yang melihat wajah orang tuanya pucat mula pelik.

'Ada sesuatu yang aku tak tahu ke?' Soalan itu hanya didengari di hatinya saja. Dia tidak mampu utuk mengungkapkan. Pelik!

"Kenapa muka ayah dah ibu pu..." Aariz yang sedari tadi menggenggam tangan kakaknya melihat. Dia dapat rasakan yang jari-jemari kakaknya bertindak balas.

Dato' Frace dan Datin Melanie yang perasan akan anaknya melihat mereka berdua terus berubah ekspirasi wajah.

"Kakak!" panggil Aariz perlahan. Dia mahu kakaknya membuka mata dan bercakap dengannya. Dan dia ingin memberitahu yang ayah dan ibu sudah balik.

Keluarga mereka sudah lengkap. Dia tahu itulah harapan kakaknya untuk melihat keluarga kecil mereka lengkap.

"Raisha, ini ibu dan ayah datang." Datin Melanie memberitahu apabila anak daranya itu sudah sedar sepenuhnya.

"Ibu ayah!" sebut Raisha perlahan. Dia seperti tidak percaya yang ayah dan ibunya ada di hadapannya sekarang. Mereka sudah balik Malaysia.

"Raisha aku rindu kau!" ucap Amni ikhlas seraya memeluk Raisha. Dia betul-betul rindu kawannya yang seorang itu.

"Aku pun rindu kau juga Amni." Raisha membalas pelukan itu. Rasa dihargai pula apabila ada orang melawat dia di hospital.

"Aariz panggil doktor kejap." Aariz berlalu keluar dari bilik itu. Kakaknya memerlukan check up, Doktor Rahimah sudah memesan kepadanya jikalau Raisha bangun cepat-cepat memberitahunya.

"Biar ayah tolong Raisha duduk," pelawa Dato' Frace apabila melihat anaknya bersusah payah untuk duduk.

"Terima kasih, ayah." Raisha tersenyum nipis. Sakit-sakit pun senyuman masih lagi terbit daripada bibir mungilnya.

Aariz masuk ke dalam sambil di belakangannya terdapat Doktor Rahimah. Pucat muka Doktor Rahimah apabila pandangannya bercantum dengan Dato' Frace dan Datin Melanie.

Selepas semua benda yang terjadi, mengapakah dia perlu berjumpa dengan mereka lagi? Dia tidak boleh lemah dihadapan mereka.

Dia hanya perlu menyelesaikan kerjanya dengan cepat dan pergi dari bilik ini. Hatinya panas membara apabila teringatkan kejadian itu.

"Mari saya cek awak, Raisha." Hatinya tidak berhenti dari berzikir. Cuba untuk mengendurkan hati yang panas itu.

"Bila Raisha boleh keluar doktor?" soal Datin Melanie. Dia mahu menjaga anaknya.

"Insya-Allah, lusa dia boleh keluar," ujarnya dingin sambil tangannya ligat menyiapkan kerjanya.

Dia mahu cepat keluar. Tindakannya yang terburu-buru itu mendapat perhatian daripada Aariz.

'Doktor ini okey ke tak? Masa aku dengan Arfan okey saja, tak terburu-buru macam ini. Tak faham betullah,' omel hatinya.

"Saya sudah siap, jadi saya minta diri dulu. Ada pesakit lain yang perlukan saya." Doktor Rahimah keluar dari bilik itu. Suasana sunyi sebentar sebelum Aariz membuka mulut.

"Kakak macam mana, kepala ada pening tak? Risau Riz bila hospital call beritahu kakak kemalangan." Aariz mengambil tempat di sebelah Raisha lalu melentokkan kepalanya atas bahu kakaknya. Dia rindu nak bermanja!

"Okey sajalah. Cuma pening-pening sikit." Manja betul adik dia. Raisha hanya membiarkan.

"Ayah dan ibu lama ke stay sini?" soal Raisha. Selalunya ayah dan ibu tak tinggal lama. Sekejap saja balik lepas itu pergi semula ke oversea.

"Ayah dah tiada kerja dekat sana. Jadi, kami akan tinggal sini." Wajah Aariz dan Raisha sudah bersinar-sinar. Akhirnya, ayah dan ibu mereka akan tinggal bersama mereka.

Gembiranya mereka tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Aariz dan Raisha melihat sesama sendiri sebelum menjerit.

"Yeay! Jom hug hug!" Lagak mereka seperti kanak-kanak. Dato' Frace dan Datin Melanie hanya menurut lalu mereka satu keluarga berpeluk.

THANKS FOR READING !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience