"BANYAK betul Arfan suruh aku beli barang dapur. Kalau ya pun nak suruh aku tak payahlah sampai cecah tanah list ini." Lelaki pun pandai membebel okey!
"Gula ada dekat mana? Milo? Minyak?" ujarnya seorang diri di dalam supermarket itu.
"Dekat sini rupanya." Rayyan mengambil 5 paket gula. Beli banyak-banyak lagi bagus. Lain kali tak payah keluar.
Rayyan menolak troli itu. Ini semua disebabkan Arfan. Seperti biasa dia akan memakai pelitup muka dan topi.
Orang yang lalu lalang di situ memandangnya pelik. Yalah mana taknya semua pakaian dia serba hitam. Rayyan kan jenis yang tiada perasaan.
Pandanglah sampai nak terkeluar biji mata dia akan membuat muka bekunya 24 jam. Payah nak tengok seorang Rayyan senyum selepas keluarganya meninggal.
Tanpa sengaja seorang perempuan telah merempuh Rayyan. Perempuan itu terjatuh manakala Rayyan statik di tempat dia berdiri.
"Auch. Macam mana boleh cuai ini Raisha." Dia berkata perlahan seraya mengetuk kepalanya berkali-kali.
'Perempuan ini sihat ke tak?' desis hati Rayyan.
"Sorry, encik. Saya tak sengaja." Raisha bangun lalu menundukkan sikit wajahnya tanda meminta maaf atas kesalahannya. Dia mengangkat muka.
'Kenapa lelaki ini pakai pelitup muka dengan topi?' Raisha tersenyum tipis.
"Kenapa senyum?" soal Rayyan pelik melihat perempuan di hadapannya tiba-tiba senyum.
"Aku syak dia ini memang gila," ujar Rayyan perlahan di sebalik mask yang dipakainya.
"Kenapa awak pakai mask dan topi?" Soalan dibalas soalan. Raisha menutup mulutnya menahan tawa yang akan meletus sebentar saja lagi.
"None of your business," ujar Rayyan kasar.
'Hek eleh mamat ini sikit-sikit nak marah.' Tidak jadi dia ketawa.
Selepas Rayyan berkata begitu, dia berlalu meninggalkan Raisha.
"Apa malang nasib aku jumpa perempuan gila dalam kedai ini." Rayyan berkata perlahan lalu pergi mencari barang-barang dapur.
"EH, ini pak cik yang..." Lelaki tua itu memotong percakapannya.
"Ya, ini pak cik." Rayyan hanya mengangguk.
"Pak cik, marilah saya belanja pak cik makan tengah hari dan saya nak ucapkan terima kasih kerana selamatkan saya minggu lepas."
Kejadian itu sudah berlaku seminggu yang lalu. Kalau bukan kerana lelaki tua ini berjaya selamatkannya pasti dia akan mendapat kecederaan teruk ataupun mati.
"Jom kita makan di restoran itu." Rayyan menunjuk restoran yang dikatanya kepada lelaki tua itu.
"Tak payahlah, nak. Restoran ini mahal." Lelaki itu berasa segan.
"Tak apa." Rayyan mencari tempat duduk untuk mereka berdua. Selepas memesan makanan, mereka berbual kosong.
"Pak cik tinggal di mana?" soal Rayyan sambil matanya melihat wajah lelaki tua itu. Seperti muka seseorang.
"Pak cik tinggal area sini saja." Rayyan mengangguk dan makanan telah pun dihantar oleh pelayan.
"Pak cik makanlah. Jangan segan-segan," ujar Rayyan.
"Pak cik nak minta sesuatu boleh?" soal lelaki tua itu. Rayyan menganggukkan kepalanya.
"Anak saudara pak cik sudah meninggal beberapa hari yang lepas..." Rayyan hanya menunggu lelaki tua itu menyambung bicaranya.
"Jadi, pak cik nak minta tolong kamu ganti tempat dia." Rayyan mengerutkan keningnya. Ganti tempat apa? Dia tak faham?
"Maksud pak cik?" soal Rayyan sambil memfokuskan dirinya untuk mendengar dengan teliti.
"Ganti tempat ketua mafia." Rayyan terbungkam. Ma... mafia? Kenapa harus sekarang baru dibangkitkan? Kenapa bukan dulu?
"Tapi kenapa saya pak cik?" Kenapa dirinya dipilih oleh lelaki tua itu?
"Pak cik tahu kamu pernah jadi mafia dulu kan. Jadi, apa kata kamu masuk kembali." Rayyan terkedu. Baru dia perasan yang lelaki tua itu adalah ketuanya. Orang yang sama. Dia pasti!
"Sesiapa yang pernah jadi mafia tidak akan sama sekali boleh keluar dari dunia gelap itu." Lelaki tua itu mendekatkan dirinya kepada Rayyan lalu berbisik sesuatu yang membuatkan Rayyan terkedu sekali lagi.
"Saya tak nak," ujar Rayyan tegas. Cukuplah dulu dia pernah jadi. Dia ada benda yang perlu diselesaikan!
"Aku beri kau tempoh selama 24 jam untuk fikir masak-masak dan aku tahu kau memerlukan pertolongan aku." Terus berubah panggilan saya kepada aku. Rayyan hanya mendiamkan dirinya.
"Dan kau tengah rancang sesuatu kan untuk seksa pemb..."
"Ya aku tengah rancang! Tapi itu tak ada kena mengena dengan kau,"ujar Rayyan kasar. Sudah hilang rasa hormatnya pada orang tua ini.
"Siapa kata benda itu tak ada kena mengena dengan aku?" Rayyan menyandarkan dirinya di kerusi. Susah nak berurusan dengan orang tua ini!
"Aku." Lelaki tua itu mendengus kasar. Degil betul!
"Kau dengar elok-elok. Kalau kau tak mahu masuk kembali dalam dunia itu. Kau tengoklah apa yang aku akan buat pada kawan baik kau."
Lelaki tua itu beredar keluar dari restoran itu.
Kawan baiknya? Ada seorang sahaja iaitu Daniel Arfan. Arfan!
Rayyan meninggalkan sekeping not RM100 di atas meja lalu mengejar orang tua tak sedar diri itu. Tidak lupa juga dia memakai pelitup muka dan topinya.
"Woi!" Rayyan memanggil sambil berlari selaju yang mungkin dan melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan.
"Awak tepi!" Seseorang menjerit dengan kuat.
"Aduh." Rayyan dapat merasakan lukanya yang mahu pulih itu bertambah teruk disebabkan dirinya telah ditolak oleh seseorang. Dia menoleh ke jalan dan melihat ramai orang berkerumun di situ.
'Kenapa?' soal hatinya. Dia mencelah dan melihat perempuan yang baru dijumpanya sebentar tadi terbaring di atas jalan dengan kepalanya berdarah.
'Aduh kenapa nasib aku sentiasa malang?' Rayyan berlari masuk ke dalam keretanya.
Dia menghentak kuat stereng keretanya.
"Argh! Macam mana benda ini boleh terjadi?" Semua ini disebabkan orang tua tak sedar diri itu!
Dia memandu keretanya ke rumah. Selepas beberapa minit, dia sampai di depan rumahnya. Bukan rumah dia dan Arfan tapi rumah arwah keluarganya.
Dia masuk ke dalam rumah agam itu lalu membersihkan dirinya dan memberitahu Arfan yang dia akan tidur di rumah arwah keluarganya.
Arwah papa telah memberikan rumah ini kepada dirinya. Dia jarang datang ke situ kerana sibuk dengan hal kerja.
"Perempuan itu." Rayyan mengambil sekeping gambar yang terlekat di papan kenyataan yang dibuat sendiri olehnya.
Ya, dia kenal perempuan itu yang bernama Raisha Arissa. Dia takkan pernah sesekali lupa pembunuh yang menyebabkan keluarganya mati.
"Kau jangan haraplah boleh mati macam itu je. Kau kena mati di tangan aku ini." Dia melihat tangannya yang kekar.
"Dan kau orang tua. Aku akan masuk kembali dalam dunia itu." Dia tersenyum sinis sebelum membaringkan badannya di atas katil. Lalu tidak sedarkan diri diulik mimpi.
Banyak benda yang sudah dirancangnya. Hanya menunggu masa sahaja. Esok dia akan selesaikan hal yang remeh dan meneruskan rancangannya.
THANKS FOR READING !
Share this novel