BAB 5

Action Series 6980

"AKU terima." Rayyan memberi keputusan selepas 24 jam berfikir tentang hal ini. Keputusannya muktamad! Dia tak akan sekali-kali tarik katanya kembali.

"Kau tak boleh tarik kata-kata kau." Lelaki tua itu tersenyum sinis. Akhirnya berjaya juga dia memujuk Rayyan.

"Aku nak kau datang markas kita macam biasa. Mulai esok." Rayyan mengangguk lalu beredar meninggalkan orang tua itu keseorangan.

"Bagus! Kau dengar pun kata aku," ucapnya seorang diri. Lelaki tua itu dikenali sebagai Luca Carson.

Dia sudah lama kenal Rayyan Zahrin. Mereka terserempak di Itali semasa Rayyan dijemput untuk hadir ke jualan senjata yang dilakukan secara sembunyi.

Dia fasih bahasa melayu kerana sudah lama tinggal di Malaysia hanya untuk memujuk Rayyan atau dikenali sebagai Ryan Darrow di dalam dunia mafia.

Carson segera mengangkat panggilan telefonnya selepas menerima panggilan dari ketuanya yang berada di Itali.

"Macam mana? Kau dapat pujuk dia tak?" soal ketuanya, Frank Aceyn.

"Dapat. Kali ini dia dengar kata aku, budak mentah itu bukan payah pun. Hati macam ais saja. Mujur dia bertolak ansur, kalau tak memang lunyai aku kerjakan."

Dia mendengar ketuanya ketawa halus. Selepas ini dia akan mendapat ganjaran daripada ketuanya kerana berjaya memujuk Rayyan.

"Bagus! Pandai bertolak ansur," puji Aceyn.

"Aku ada benda nak settle." Carson berkata sambil menunggu ketuanya meletakkan panggilan. Pantang ketuanya jika meletakkan panggilan telefon begitu saja.

"Fasal budak itu ke? Hahahaha kau seksa dia sampai nazak lepas itu didihkan dalam air panas," ketawa Aceyn sejurus berkata begitu.

Sudah menjadi hobi mereka untuk membunuh orang. Selepas membunuh mereka akan membersihkan tempat pembunuhan itu.

"Aku nak pergi markas kita. Jadi settle kan masalah di Malaysia dan kembali semula ke Itali." Aceyn meletakkan panggilan telefon.

"Ryan Ryan. Aku sudah kata yang kau tak akan terlepas dari dunia gelap ini. Kau silap oranglah, nak bermain dengan api. Kita tengok apa yang akan terjadi lain hari." Aceyn berkata sebelum dibawa oleh bodyguardnya untuk ke markas di Itali.

"Doktor! Macam mana dengan dia?" Arfan bangun daripada kerusi dan bertanya tentang perempuan yang dijumpainya di tengah jalan.

"Mujur kamu bawa dia ke hospital tepat pada masanya Arfan. Kalau tidak, saya tak pasti dia akan selamat." Doktor Rahimah mengeluh perlahan.

"Dia kehilangan banyak darah tapi insya-Allah bekalan darah di sini cukup untuknya." Selepas mendengar kata Doktor Rahimah, Arfan menghembus nafas lega.

"Saya pergi tandas dulu." Arfan beredar ke tandas. Sudah beberapa jam dia duduk di sini hanya untuk menunggu perempuan itu. Nasib baik dia membawa perempuan itu awal ke hospital kalau tidak. Dia tak tahu apa yang akan terjadi.

Arfan memerhati pantulan dirinya di cermin. Dengan rambut serabainya. Dia cuma risau akan perempuan itu.

"Kenapa kau act macam kenal dia? Kenapa kau perlu risau?" Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.

Sementara itu Aariz baru saja sampai di hospital yang menempatkan Raisha. Dia mendapat panggilan daripada pihak hospital.

"Nurse! Ada tak pesakit yang bernama Raisha Arissa di sini? Bilik dia nombor berapa?" Aariz bertanya sambil matanya melilau memerhati sekeliling. Dia perlu cepat!

"Bilik pesakit nombor 304." Selepas diberitahu Aariz berlari secepat yang mungkin dan mencari bilik yang diduduki kakaknya.

'Kau selamatkanlah kakakku ya-Allah,' desis hatinya. Matanya sudah berair. Dia perlu berada di sisi kakaknya!

"304!" Aariz meluru masuk ke dalam bilik itu. Dia melihat kakaknya yang terlantar di atas katil sambil kepalanya berbalut.

"Kakak!" Aariz memeluk kakaknya erat. Kenapa semua ini terjadi?

"Kau siapa?" tegur seseorang. Aariz berpaling melihat orang yang menegurnya.

"Kau pula siapa?" Soalan dibalas dengan soalan. Dapat rasakan aura dingin daripada kedua-dua lelaki itu.

"Kau keluar sebelum aku panggil nurse halau kau!" Arfan memberi amaran. Siapa lelaki ini tiba-tiba saja masuk dan yang pelik sekali kenapa dia peluk perempuan itu? Tak tahu haram ke?

"Siapa kau nak halang aku? Aku adik dia dan aku berhak ada di sini. Kau siapa?" Arfan diam membisu. Kiranya dia hanyalah orang luar saja dan tak ada kena mengena dengan mereka.

"Arfan!" Doktor Rahimah masuk ke dalam bilik itu. Melihatkan muka masing-masing yang tegang. Dia cuba mendamaikan suasana.

"Pihak kami kekurangan bekalan darah. Siapa yang mempunyai darah yang sama seperti pesakit ini?" Doktor Rahimah melihat Raisha yang terlantar di atas katil. Jatuh kasihan dia sama perempuan itu.

"Kau adik dia kan, pergilah derma darah," suruh Arfan sambil matanya tidak lepas dari memandang Raisha.

"Darah aku berbeza dengan kakak." Walaupun mereka berdua adik-beradik kandung. Mereka mempunyai jenis darah yang berbeza.

"Biar saya yang derma doktor." Arfan memberi kata putus. Dia tahu perempuan itu mempunyai jenis darah yang sama dengan dia.

Aariz pula menundukkan wajahnya. Dia berasa tidak berguna kerana tidak dapat menolong kakaknya yang sakit tenat itu.

"Mari ikut saya." Mereka semua keluar dari bilik itu. Aariz menuju ke taman hospital. Hospital yang sama dia datang seperti hari itu dimana Adira disahkan demam.

Aariz mengelamun sebentar. Tidak dapat bayangkan jika kakak pergi meninggalkannya. Dia tak sanggup. Sudahlah ayah dan ibu asyik sibuk. Dia hanya ada kakak saja untuk menumpang kasih sayang. Kakak ibarat ibu dan ayah baginya.

"Nama kau apa?" soal Arfan seraya duduk di sebelah Aariz.

"Rayhan Aariz, panggil Aariz saja. Kau pula?" Aariz berpaling melihat Arfan di sebelahnya. Sudah siap dia menderma darah kepada kakaknya.

"Daniel Arfan, panggil aku Arfan." Arfan hanya memandang taman yang berada dihadapannya.

"Terima kasih sebab dermakan darah kau." Orang sudah tolong jadi kena ucapkan terima kasih.

"No problem. Aku tolong dia ikhlas." Dia sudah jatuh kasihan sama perempuan itu. Apa salahnya jika tolong dermakan darah.

"Dia suruh aku datang markas ini tapi dia tak ada. Tak akan aku nak tercegat dekat sini seorang-seorang. Lebih baik aku pergi office, buang masa aku saja." Rayyan mengomel sambil memerhati sekelilingnya. Sudahlah semua benda yang ada di dalam markas ini hitam. Dia pergi ke sebuah meja dan membuka fail-fail yang ada.

Ssrrt!

Bunyi benda diseret serta merta membuatkan seorang Rayyan berhenti dari memeriksa fail-fail.

Rayyan dapat merasakan ada orang berdiri di belakangnya. Dia tidak mahu berpaling. Dia hanya menunggu untuk bertindak saja.

Ssrrt!

Bunyi itu semakin lama semakin dekat dengan dirinya. Dia mendengar dengan teliti seraya menunduk dengan pantas. Batang kayu yang dibaling kuat itu tersasar lalu terkena pada dinding.

Rayyan berpaling melihat belakangnya. Terdapat beberapa orang lelaki berbadan sasa yang memakai topeng muka dan setiap seorang memegang sebatang kayu.

"Haish, dia sengaja nak mencabar kesabaran aku." Rayyan berkata perlahan sambil tangan ligat melipat lengan hoodienya.

THANKS FOR READING !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience